RESEPI NASI DAGING DAN AIR ASAM
RESEPI NASI DAGING DAN AIR ASAM | Nasi daging untuk juadah dihari raya ini , sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Resepi nasi daging ini , nasi dimasak bersama daging sekali . Berikut adalah resepi dan cara membuatnya .
RESEPI NASI DAGING DAN AIR ASAM
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3+1/2 cawan air rebusan daging
1 kilo daging
2 bungkus rempah sup bunjut Adabi
2 sudu besar rempah kurma
1 inci halia
3 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
4 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
2 sudu mentega/ minyak sapi
1 sudu minyak masak
3 sudu tomato puree
1 cawan susu cair
1 sudu teh garam
4 titis pewarna kuning telor( jika mahu warna asal nasi daging anda tidak perlu tambahkan pewarna)
Cara penyediaan:
1- Rebus daging bersama rempah sup bunjut, rempah kurma dan garam sehingga empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasi.
2- Tumis bwg putih dan merah, halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau. Masukkan beras dan kacau seketika.
3- Masukkan air rebusan daging. Kalau beras disukat satu cawan pastikan air rebusan juga satu cawan.( lebihkan 1/2 cawan air rebusan daging untuk melembutkan nasi)
4- Bila beras sudah mula kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
Hidangkan nasi daging dengan *air asam dan daging yang telah direbus tadi.
Air Asam
Untuk buat air asam, satukan
- buah tomato,
- hirisan bawang besar,
- 3 sudu kerisik,
- hirisan cili merah,
- air asam jawa pekat,
- perahan air limau,
- sedikit belacan,
- garam dan gula secukup rasa.
( hirisan cili merah boleh diganti dengan cili merah+cili padi ditumbuk @ dimesin kasar) lagi sedap lagi pedas !
Facebook : Ida Shahida
0 comments:
Post a Comment