loading...

Pelajari Keinginan Lelaki


Setiap isteri mempunyai satu keinginan yang kuat iaitu untuk merasai dirinya dicintai . Apabila keinginan itu dipenuhi , mereka akan merasa bahagia . Setiap suami mempunyai satu keinginan yang kuat iaitu untuk merasai dirinya dihormati . Apabila keinginan itu dipenuhi , mereka akan merasa bahagia . Apabila salah satu daripada keinginan atau keperluan ini tidak dapat dipenuhi , keadaan perhubungan akan menjadi tidak tenteram . Tidak ada kefahaman tentang rasa cinta dan rasa hormat menjadikan pasangan bertindak secara negatif antara satu sama lain . Memahami tentang rasa cinta dan rasa hormat membolehkan pasangan menangani konflik . "                                                                 
Dr. Emerson Eggerichs , " Love And Respect "

Pelajari Keinginan Lelaki








Pelajari Keinginan Lelaki


Kalau cinta dan sayang tu bahasa perempuan , maka rasa dihormati adalah bahasa lelaki . Kaum lelaki akan merasa dirinya dihormati apabila 6 perkara di bawah ni dapat dipenuhi .

1. Ingin menguasai , mahu kerja keras dan pencapaiannya dihargai .


Mereka nak perempuan memahami pentingnya erti pekerjaan yang ingin dilakukan , tanggungjawab yang ingin ditunjukkan serta sumbangan yang ingin diberikan . Maka para perempuan , berilah galakan dan sokongan ya.

2. Mahu memainkan peranan menyediakan dan memberi perlindungan .


Sekiranya terpaksa bergantung pada perempuan ,  lelaki sejati akan merasa dirinya lemah , dayus , dan rendah harga diri .

3. Mahukan autoriti untuk memimpin dan berkhidmat .


Di dalam perhubungan , rasa hormat itulah yang diinginkan lelaki untuk menyenangkan hatinya memimpin dan berkhidmat .

4. Mahu terlibat , mengambil tahu dan mahu pendapatnya diterima .


Rasa tanggungjawab menjadikan lelaki mahu melibatkan diri dalam hal - hal yang dia boleh membantu . Ajaklah lelaki berbincang . Mereka mahu mengambil bahagian , bekerjasama memainkan peranan dan sama - sama terlibat memegang tanggungjawab .

5. Berkongsi minat dan aktiviti .


Di sebalik kejayaan seorang lelaki berdiri seorang perempuan dibelakangnya . Perempuan yang selalu di sisi berkongsi minat , memberi sokongan moral dan galakan , menolaknya dari belakang untuk lelaki terus maju ke depan akan menjadikan lelaki itu lebih hebat .

6. Dahagakan kemesraan dan layanan .


Lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang memberi layanan mesra ( kerana rasa dihormati ) walaupun terhadap perempuan yang tidak dicintainya . Lelaki akan setia dalam cintanya apabila merasa dihargai . Kesetiaan itu akan kekal selamanya kerana sebenarnya lelaki dahagakan kemesraan dan layanan  perempuan .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan