loading...

Risiko Asma Kepada Ibu Hamil



Risiko Asma Kepada Ibu Hamil | Hari ini Chinta nak kongsikan sedikit maklumat tentang risiko asma kepada ibu hamil . 

Risiko Asma Kepada Ibu Hamil

Asma berlaku apabila saluran pernafasan kecil di dalam paru - paru menjadi lebih sempit sehingga mengganggu peredaran oksigen yang dibekalkan kepada tubuh badan . Penyempitan saluran pernafasan ini adalah disebabkan oleh otot - otot pada saluran pernafasan mengecut serta banyak lendir yang dihasilkan di dalam saluran pernafasan . Apabila keadaan ini berlaku , seseorang itu akan menjadi sukar untuk bernafas serta pernafasannya berbunyi  dan mengalami batuk .

Tanda Seseorang Mengalami Serangan Asma Yang Tidak Terkawal



1- Mengalami serangan asma teruk melebihi dua kali dalam seminggu ( memerlukan bantuan nebulizer atau inhaler ) melebihi dua kali dalam seminggu .
2- Batuk berlendir sehingga mengganggu tidur pada awal pagi ( sebelum subuh ) atau tengah malam melebihi dua kali seminggu .
3- Terpaksa menggunakan pil - pil steroid (prednisolone) melebihi dua kali dalam setahun .

Asma boleh menyerang ibu hamil sama ada mereka tiada asma atau memang sudah menghidapi asma . Kajian menunjukkan bahawa asma akan menyerang ibu hamil ketika kandungan berusia antara 24 hingga 36 minggu . Sekiranya tiada gangguan asma di usia awal kelahiran ( kurang 13 minggu ) , berkemungkinan ibu hamil akan bebas dari serangan asma sepanjang kehamilan .

Risiko Asma Kepada Ibu Hamil


Dalam satu kajian yang dilakukan di American College of Obstetricians and Gynecologists pada tahun 2008 mendapati bahawa asma yang tidak terkawal akan memberikan risiko tekanan darah tinggi semasa hamil seterusnya mewujudkan masalah preeclampsia iaitu tekanan darah terlalu tinggi ketika hamil sehingga menyebabkan kerosakan pada uri , buah pinggang , hati dan otak . 

Apabila asma menyerang ibu hamil , maka si anak di dalam kandungan akan mendapat kurang oksigen . Keadaan ini akan menjejaskan bayi seperti perkembangan fizikal bayi dalam rahim yang terencat intrauterine growth retardation ) di mana bayi yang dilahirkan bersaiz kecil dan mempunyai berat badan yang kurang dari 2500 gm , berlaku kelahiran pramatang ( belum mencapai 37 minggu ) dan risiko kematian bayi semasa dan selepas dilahirkan .



Rawatan Asma Dan Pencegahan


Sekiranya ibu hamil mendapati ada tanda - tanda serangan asma seperti batuk teruk di waktu malam atau di awal pagi , rasa ketat pada dada dan sukar untuk bernafas , ibu hamil dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan doktor dengan segera .


Tahukah anda bahawa rasa loya dan kerap muntah - muntah pada awal kehamilan juga boleh menyebabkan asma menyerang menjadi lebih teruk  . Sekiranya perkara ini berlaku , maka doktor akan mencadangkan pemeriksaan pergerakan bayi dalam rahim dilakukan setiap hari selepas usia kehamilan 28 minggu .


Ibu hamil dinasihatkan supaya tidak berada dekat dengan orang yang sedang merokok , tidak mendekati binatang peliharaan , elak dari berpanas atau terlalu sejuk , menjaga kebersihan rumah dari habuk dan elak berbaring di karpet supaya dapat menghindarkan diri dari mendapat serangan asma .


Selebihnya , berserah kepada Allah , banyakkan berdoa minta dijauhkan dari segala jenis penyakit dan bayi berada dalam keadaan baik dan sihat sehingga saat melahirkan dandilahirkan serta rajinkan diri membaca al - Quran  .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan