loading...

Resepi Ringkas Puding Roti Nutella


Resepi Ringkas Puding Roti NutellaRamai yang suka denagn Nutella ni kan . Jem nutella n kalau sapukan pada roti memang walla ! Nutella kalau dicalitkan pada jari kemudian masukkan ke dalam mulut , juga lazat . Malah anak-anak tidak enolak jika diberikan nutella .


Resepi Ringkas Puding Roti Nutella

Resepi Ringkas Puding Roti Nutella


Oleh kerana ramai yang suka dengan nutella ni apa kata kita buat satu hidangan menggunakan nutella . Chinta nak kongsi resepi ringks dan mudah serta cepat siap dibuat iaitu Resepi Ringkas Puding Roti Nutella .


Resepi Ringkas Puding Roti Nutella

Berikut adalah bahan-bahannya :


1 bungkus roti Gardenia jumbo (boleh juga guna French Loaf)

3 cawan susu segar
1/4 cawan krim (boleh guna brand Anchor)
1 cawan gula
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil serbuk kopi segera (Nescafe)
1 sudu besar ekstrak vanilla
6 biji telur dipukul sedikit
8 oz dark chocolate compound
1/4 cawan + 2 sudu besar Nutella



Resepi Ringkas Puding Roti Nutella

Langkah-langkah:



1. Panaskan oven pada suhu 170 degC.

2. Roti dipotong dadu besar.

3. Griskan loyang dengan sedikit mentega dan masukkan roti yang telah dipotong ke dalam loyang.

4. Di dalam sebuah mangkuk, gaulkan krim dan susu segar sehingga sebati. 

5. Di dalam mangkuk yang lain, gaulkan gula, gula perang, serbuk koko dan serbuk kopi segera sehingga sebati dan kemudian masukkan ke dalam mangkuk berisi susu dan krim. Gaulkan sehingga sebati. 

6. Pukulkan telur bersama vanilla dalam mangkuk kecil dan kemudian, campurkannya ke dalam mangkuk berisi campuran susu dan gula. Gaul sehingga sebati.


Resepi Ringkas Puding Roti Nutella

7. Masukkan dark chocolate compound.

8. Cairkan 1/4 cawan Nutella di dalam sebuah periuk kecil dengan menggunakan api kecil (boleh juga guna microwave) sehingga ianya boleh dituang. Setelah Nutella cair, campurkannya ke dalam campuran susu tadi. Gaul sehingga sebati.

9. Tuangkan bahan basah tadi ke atas roti di dalam loyang. Biarkan terendam selama lebih kurang 20 minit atau sehingga kesemua roti telah menyerap campuran telur tadi.

10. Bakarkan di dalam oven selama 1 jam atau apabila dicucuk dengan lidi, lidi adalah bersih apabila dikeluarkan.

11. Siap untuk dihidangkan panas ataupun sejuk.




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan