Cara Mudah Sendawakan Bayi
Cara Mudah Sendawakan Bayi | Bayi baharu lahir perlu bersendawa selepas menyusu. Perlukah bayi sendawa? Jawapannya ya! Mengapa? Ini kerana sendawa dapat mengelakkan perut bayi kembung atau kolik. Kembung perut berlaku disebabkan sejumlah kecil udara akan masuk dalam badan bayi semasa bayi minum susu atau menangis. Apabila gelembung udara terdapat dalam perut, ia akan membuatkan bayi berasa tidak selesa.
Cara Mudah Sendawakan Bayi
Sendawa adalah salah satu 'alat bantu' untuk mengelakkan bayi mengalami kembung perut. Berikut adalah cara mudah sendawakan bayi .
1. Bersandar pada bahu
Cuba dukung bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepala bayi bersandar pada bahu anda. Tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi sehingga bayi sendawa. Posisi ini dilakukan secara berdiri atau duduk di kerusi. Bagi mungkin akan jeluak atau termuntah susu, jadi jangan lupa alas bahu anda dengan sapu tangan kecil.
2. Duduk posisi tepi atas riba
Pegang dan baringkan bayi secara meniarap atas perutnya dengan posisi melintang dengan kedudukannya atas paha anda. Pegang bahagian dada bayi dengan sebelah tangan. Pastikan kedudukan kepala bayi sedikit tinggi daripada badannya. Sebelah tangan lagi, perlahan-lahan menepuk belakang bayi atau urut pun boleh dalam cara usap naik dan turun.
3. Bayi duduk
Pegang bayi dan ribanya dalam posisi duduk menghadap ke depan. Semasa bayi di pangkuan anda, pegang bahagian dadanya supaya mudah anda menggerakkan paha anda perlahan-lahan. Gerakkan ini akan membuatkan bayi sendawa sendiri. Jika masih belum berjaya, usap dengan sebelah tangan bahagian belakang bayi.
4. Dukung bayi
Pelbagai posisi dilakukan supaya bayi sendawa, namun anda masih belum berjaya. Mungkin anda boleh menggunakan cara dukung bayi. Mudah sangat untuk dipraktikkan. Hanya perlu dukung bayi dan goyang-goyangkan badan kita kanan ke kiri akan membuatkan bayi sendawa sendiri. Sambil itu, anda boleh usap bahagian belakang bayi dengan berjalan-jalan di sekitar rumah anda.
0 comments:
Post a Comment