loading...

Resepi Ringkas Ayam Panggang Ala Itali


Resepi Ringkas Ayam Panggang Ala Itali | Ayam dimasak cara panggang dapat mengurangkan lemak yang akan masuk ke dalam perut kita . Malah ayam yang dimasak dengan cara panggang lebih sihat kerana tidak menggunakan bahan yang menambahkan lemak dalam badan .

Resepi Ringkas Ayam Panggang Ala Itali

Resepi Ringkas Ayam Panggang Ala Itali


Dah selalu panggang ayam guna stail ayam percik , satay , kebab dan menggunakan madu . 
Kali ini , kita panggang ayam ala itali pula .
Sedap ke panggang ayam ala itali ?
Kena cuba Resepi Ringkas Ayam Panggang Ala Itali baru tahu sedap ke tidak .
Jom tengok bahan dan langkah pembuatan ayam panggang ala itali di bawah .


Resepi Ringkas Ayam Panggang Ala Itali

Bahan-bahan:




1) Bawang putih*
2) Italian Herb*
3) Season All (McCormick)*
4) Lada Hitam*
5) Garam*
6) Lemon
7) Ayam 
8) Potato
9) Daun Ketumbar
10) Olive oil




*Bahan yang ditumbuk



Cara Membuatnya :


Resepi Ringkas Ayam Panggang Ala Itali

1- tumbuk bawang putih , italian herb , season all , lada hitam dan garam .


Resepi Ringkas Ayam Panggang Ala Itali

2- Lumurkan bahan tumbuk .

3- Perahkan lemon .

3- Gaul semua bahan pada ayam hingga mesra .

4- Perap semalaman . Boleh juga perap dalam sejam .

5- Grill dalam oven selama 1 1/2 jam dengan suhu 200 - 220 .

6- Balikkan ayam selepas 45 minit supaya ayam masak sekata .

7- taburkan  daun ketumbar sebelum dihidangkan .


Ayam panggang ala itali sedap dimakan bersama kentang panggang juga salad sayuran campur .
Selamat mencuba !





0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan