Resepi Ringkas Spaghetti Cupcakes
Resepi Ringkas Spaghetti Cupcakes | Ramai antara anda peminat kepada hidangan makanan barat . Tak kiralah lasagna ke spagetti ke , roti juga kentang . Mungkin sebab penyediaan hidangan itu mudah dan ringkas . Maklumlah , bila hari cuti ni , kita tantu nak habiskan banyak masa dengan keluarga kan . Tak kan nak dok memanjang kat dapur .
Resepi Ringkas Spaghetti Cupcakes
Entri hidangan mudah untuk sekeluarga di hujung minggu , Chinta kongsikan resepi ringkas spaghetti cupcakes untuk anda mencuba dan makan bersama keluarga tercinta . Lasagna ke spagetti ke , ramai antara anda dah biasa buat tapi mungkin resepi ini anda belum mencubanya .
Bahan - bahan
Untuk menghasilkan spaghetti cupcakes ni , anda perlukan spaghetti , hirisan daging, sosej, sos tomato, butter, telur, keju parmesan , mozarella dan ricotta . Chinta tak pasti sama ada kesemua keju tu ada di Malaysia .
Cara Membuat
Langkah yang perlu anda ambil untuk menghasilkan spaghetti cupcakes ini , anda hanya perlu memasak spaghetti seperti biasa . Selepas itu , anda masukkan kedalam tray acuan cupcakes . Langkah terakhir adalah , taburkan sahaja segala keju diatasnya sebelum di bakar dalam oven . Agak - agak keju cair , keluarkanlah dari oven .
Hidangan ini sesuai untuk anda yang berhajat untuk mengadakan parti ringkas seperti sambutan hari jadi . Boleh juga dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga anda .
0 comments:
Post a Comment