loading...

Rundingan sulh dalam proses perceraian


Rundingan sulh dalam proses perceraian | Penceraian bukanlah sesuatu yang disukai oleh semua pasangan yang berkahwin . Namun sekiranya sudah pelbagai cara dilakukan tetapi masih belum menemui titik keserasian , maka penceraian adalah langkah terakhir .


Rundingan sulh dalam proses perceraian


Rundingan Sulh


Rundingan Sulh adalah majlis perbincangan bersama antara pihak yang terlibat dalam sesuatu pertikaian , yang melibatkan satu atau lebih tuntutan di Mahkamah Syariah Selangor dengan dikendalikan oleh pegawai sulh .

Seandainya satu persetujuan secara damai tercapai secara sukarela di antara kedua-dua belah pihak , ia akan direkodkan oleh hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa melalui proses perbicaraan .

Sulh hanya boleh dibuat selepas berlakunya perceraian sahaja atau permohonan poligami . Asas perlaksanaan sulh terdapat dalam Surah An-Nisa': 128 sebagaimana firman ALLAH SWT yang bermaksud: 


" Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul daripada suaminya nusyuz (kebencian) atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian antara mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang baik-baiknya) kerana perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai-berai). "


Rundingan sulh dalam proses perceraian


Ada dua hasil rundingan sulh iaitu rundingan sulh berjaya dan juga rundingan sulh gagal . Sama ada berjaya atau gagalnya rundingan sulh itu , ianya bergantung kepada persetujuan kedua - dua belah pihak .


Antara faktor yang menyebabkan sulh berjaya adalah:


1. Kedua-dua pihak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan tuntutan di luar mahkamah.

2. Kedua-dua pihak sedia memberi dan menerima serta bersedia berunding secara ikhlas dan terbuka, bukannya secara emosi atau membalas dendam.

3. Kedua-dua pihak sedar penyelesaian adalah bagi kepentingan pada masa hadapan.

4. Kedua-dua pihak sedar implikasi jika kes diteruskan dengan perbicaraan.



Antara faktor yang menyebabkan sulh gagal adalah:


1. Satu pihak atau kedua-dua pihak berbincang secara emosi atau atas faktor ingin membalas dendam.

2. Satu pihak atau kedua-duanya tidak ada keupayaan untuk membuat sebarang keputusan.

3. Satu pihak atau kedua-duanya tiada komitmen sebenar untuk menyelesaikan pertikaian.

4. Satu pihak atau kedua-duanya tiada persediaan sewajarnya.

5. Satu pihak atau kedua-duanya sukar untuk membuat keputusan.


Kelebihan Rundingan Sulh


Terdapat banyak kelebihan rundingan sulh ini , antaranya ialah dapat menjimatkan kos serta masa pihak dan mahkamah .

Perundingan melalui sulh adalah bersifat terpimpin dan bukannya dominasi sebelah pihak atau melihat kepentingan pada masa akan datang serta bukannya mengungkit dan menyalahkan pihak lain .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan