loading...

Hukum Pakai Inai Bercorak


Hukum Pakai Inai Bercorak | Pemakaian inai sudah menjadi kebiasaan kaum wanita sejak dari dulu lagi . Inai yang dihasilkan melalui daun inai mengeluarkan warna yang merah dan ambil masa yang lama untuk hilang . Oleh kerana warna inai terhasil dari tumbuhan , maka pemakaian inai dibenarkan dalam Islam . Inai bukan sahaja dipakai oleh rakyat Malaysia malah dinegara India yang disebt sebagai henna dan juga di rantau timur tengah .


Hukum Pakai Inai Bercorak

Hadis



Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah berkata 

" Tidak apa-apa berhias dengan memakai inai, terlebih lagi bila si wanita telah bersuami dimana ia berhias untuk suaminya. Adapun wanita yang masih gadis, maka hal ini mubah (dibolehkan) baginya, namun jangan menampakkannya kepada lelaki yang bukan mahramnya kerana hal itu termasuk perhiasan . "

" Banyak pertanyaan yang datang dari para wanita tentang memakai inai ini pada rambut, dua tangan atau dua kaki ketika sedang haidh. Jawabannya adalah hal ini tidak apa-apa kerana inai sebagaimana diketahui bila diletakkan pada bagian tubuh yang ingin dihias akan meninggalkan bekas warna dan warna ini tidaklah menghalang air sampai ke kulit, tidak seperti anggapan keliru sebahagian orang. Apabila si wanita yang memakai inai tersebut membasuhnya pada kali pertama saja akan hilang apa yang menempel dari inai tersebut dan yang tertinggal hanya warnanya saja, maka ini tidak apa-apa. " 

(Majmu’ Fatawa wa Rasail Fadhilatusy Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin, 4/288).

Hukum Pakai Inai Bercorak


Inai Bercorak


Bila tahun berlalu , musim berganti , daun inai sudah diproses dan dijadikan produk . Bila sudah jadi produk , maka lebih mudah untuk mendapatkannya dipasaran berbanding terpaksa menanam sendiri . Justeru itu , mudah untuk mendapatkan perkhidmatan melukis inai bercorak untuk pengantin dari salon / butik pengantin . Inai bercorak untuk pengantin ini , bukan sekadar mudah hilang , malah lebih senang untuk diuruskan semasa dalam tempoh pemakaiannya .


Hukum Pakai Inai Bercorak

Hukum Pakai Inai Bercorak


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan