loading...

Cara Mudah Jadikan Bilik Tidur Romantis


Cara Mudah Jadikan Bilik Tidur Romantis | Tak kira lah sama ada kita masih bujang atau dah nak kawin atau dah bergelar isteri , kita tetap nakkan bilik yang selesa untuk kita lelapkan mata selepas melalui satu hari yang panjang . 



Cara Mudah Jadikan Bilik Tidur Romantis


Bilikku Syurgaku


Ungkapan bilikku syurgaku adalah yang sangat sesuai . Kenapa ? Sebab bilik tidur adalah tempat paling aman di dunia ni . Tak ada orang tau apa kita buat kan ! Di situlah kita melepaskan segala - galanya . Gembira , sedih , geram , marah malah jadi tempat yang paling sesuai untuk mencari ilham nak selesaikan masalah atau mencari inspirasi . Maka kita perlu tahu cara jadikan bilik lebih romantis dan lebih kreatif .

Cara Mudah Jadikan Bilik Tidur Romantis


Orang yang bekerja sudah tentu tidak punya banyak masa untuk menghias bilik tidur mereka . Justeru itu , mereka selalunya hanya menggunakan aksesori bilik tidur yang perlu sahaja serta perabot yang minima supaya bilik tidur mereka mudah dikemas dan ada sentuhan romantis  . 

Ada beberapa tips / cara untuk jadikan bilik tidur lebih romantis . Antaranya :

1. Perabut yang bersesuaian .


Kalau boleh perabut tuh janganlah terlalu banyak . Kang nampak sempit lak bilik tuh . Cukuplah sekadar set bilik tidur saja . 

2. Elemen kaca


Tak kira la kat mana korang nak letak kaca tu . Kaca akan buat bilik tu nampak lebih luas . 

3. Warna yang lembut


Warna yang lembut memberi ketenangan terutama bagi orang yang selalu stress . Ada juga yang suka warna terang untuk lambangkan kegairahan mereka .

4. Pencahayaan 


Unsur cahaya dapat timbulkan suasana romantik dan tenang . Gunakan cahaya yang samar . Korang boleh guna lilin , lampu tidur atau balut jer lampu kalimantang tuh dengan warna yang korang suka . Tak digalakkan guna cahaya yang terang sebab korang akan rasa lebih tegang . 

5. Bauan


Bauan aromaterapi yang paling sesuai . Korang boleh guna pewangi penyegar dalam bentuk cecair , lilin wangi dan pot puri . Kat pasaran ada banyak pilihan . Den lebih suka bauan lemon . Korang mungkin suka ngan vanilla , mawar , lavender atau lainnya .

6. Bunga


Hiasan bunga - bungaan boleh tambahkan seri bilik korang . Tak kira la bunga palsu atau segar . Asalkan warna , vasnya dan kedudukannya sesuai dengan warna dan pilihan perabot , dah cukup menarik perhatian .

7. Muzik 


Alunan muzik dapat tenangkan jiwa selain beri ilham pada kita . Muzik juga boleh dodoikan kita yang mungkin tak boleh tidur sebab perkara - perkara yang terpaksa kita lalui / kepenatan di siang hari . 



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan