Ruang Tamu Gaya Inggeris
Ruang Tamu Gaya Inggeris | ruang tamu gaya Inggeris agak popular di Malaysia . Malah ada pecintanya sanggup mencari dan menyimpan aksessori hiasan rumah bercirikan ala Inggeris . Ruang tamu gaya Inggeris sudah sinonim dengan motif bunga sama ada pada perabut , dinding serta barang perhiasan lainnya .
Ruang tamu gaya Inggeris tidak susah untuk menghasilkannnya . Selain menggunakan motif bunga , boleh juga menggunakan motif garisan sebagai hiasan dinding , bantal kusyen , sarung kusyen dan langsir .
Ruang Tamu Gaya Inggeris
Ruang tamu gaya Inggeris tidak susah untuk menghasilkannnya . Selain menggunakan motif bunga , boleh juga menggunakan motif garisan sebagai hiasan dinding , bantal kusyen , sarung kusyen dan langsir .
Jenis Penggayaan
Berikut adalah contoh penggayaan ruang tamu gaya Inggeris yang anda boleh jadikan contoh untuk menghias ruang tamu rumah anda menjelang aidil fitri tidak lama lagi .
1- Motif Bunga Hampir Keseluruhannya
2- Motif Bunga Hanya Sebahagian
3- Motif Bunga Yang sederhana
Tips Tata Rias Ruang Tamu
Apa pun pilihan anda , penggunaan motif bunga itu biarlah sederhana agar ruang tamu itu kelihatan tidak sarat dan boleh bernafas . Mungkin juga anda suka dengan motif bunga sepenuhnya . Tetapi keadaan itu hanya akan membuatkan ruang tamu anda kelihatan seperti sebuah taman Inggeris .
Penggunaan akseseoi perhiasan seperti pinggan mangkuk , vas , bantal kusyen , tembikar , jambangan bunga serta lainnya di ruang tamu dan dinding biarlah yang minima . Kalau terlampau banyak , ruang tamu anda sudah menjadi seperti sebuah tempat pameran koleksi barangan Inggeris .
Ada baiknya sekiranya anda meletakkan koleksi barang perhiasan di satu tempat khas seperti kabinet display sahaja . Ianya akan kelihatan lebih kemas dan cara itu lebih selamat dari sebarang kerosakan .
Elakkan melekat / menggantungkan terlalu banyak barangan di dinding . Dinding hanya sesuai dan kelihatan cantik dengan satu atau tiga bingkai gambar sahaja .
0 comments:
Post a Comment