loading...

Cara Memilih Isteri Menurut Islam


Cara Memilih Isteri Menurut Islam | Islam adalah panduan yang amat tepat dalam kehidupan termasuk juga perkahwinan . Jika anda menjadikan Islam sebagai landasan dalam melayari bahtera perkahwinan , insah Allah , anda tidak akan tersasar dari apa yang anda inginkan .


Cara Memilih Isteri Menurut Islam

Peranan Isteri


Peranan isteri begitu penting dalam Islam . Isteri menguruskan segala hal rumahtangga yang diamanahkan . Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya , isteri perlu menjaga kepentingan makan minum keluarga , mengandung dan mendidik anak - anak , selain menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami dan sebagainya .

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Dunia ialah perhiasan dan sebaik - baik perhiasan ialah wanita solehah . "

Cara Memilih Isteri Menurut Islam


Justeru itu terdapat beberapa cara memilih isteri menurut Islam dan juga syarak . Antaranya :

1- Taat Pada Agama


Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Dinikahi perempuan itu kerana hartanya , dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya , maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan . "

Oleh itu , utamakanlah pemilihan isteri yang taat pada agama seperti suka beribadat , menutup aurat dan lain - lain melebihi yang lain seperti harta kekayaan , nasab keturunan dan rupa paras yang menawan .

2- Memiliki Akhlak Dan Dari Keturunan Yang Baik


Islam menggalakkan supaya memilih bakal isteri daripada nasab keturunan yang baik - baik dan dibesarkan dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat yang berhemah tinggi dan berbudi pekerti mulia serta mengamalkan nilai hidup yang diredhai Allah s.w.t. Ini penting untuk membentuk suasana yang harmoni , saling kasih mengasihi dan hormat - menghormati antara suami dan isteri .

3- Subur Dan Berpotensi Melahirkan Ramai Anak


Rasulullah s.a.w. akan berbangga dengan ramainya umat Islam pada hari kiamat nanti terutamanya umat yang beriman dan bertaqwa . 

Justeru itu , amat tepat kiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang ramai . Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak - anak saudara perempuan dan juga saudara - saudara perempuannya yang terdekat .

4- Sekufu Dan Hampir Sekufu


Antara faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumahtangga ialah faktor ekonomi , pelajaran dan dari segi umur . Maksudnya janganlah bakal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal isteri . Seelok - eloknya ialah 5 tahun lelaki lebih tua dari wanita .

Namun apabila si lelaki mempunyai latar belakang pelajaran yang lebih tinggi dan juga taraf ekonomi yang lebih baik , maka ini boleh menjamin rasa hormat si isteri pada suaminya .

5- Masih Gadis Atau Anak Dara


Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam memilih isteri daripada kalangan gadis , bukan janda , sesuai dengan nasihat Baginda s.a.w. kepada seorang sahabat , Jabir r.a. Kemesraan yang akan lahir lebih menggembirakan kedua - dua belah pihak .

6- Bukan Dari Keluarga Terdekat


Tidak begitu digalakkan berkahwin dengan pasangan dari kalangan kaum kerabat yang hampir seperti sepupu . Antaranya sebabnya adalah mengurangkan keinginan syahwat yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat anak yang cacat dan kurang bijak .



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan