7 Perkara Perlu Buat Bila Bercinta
7 Perkara Perlu Buat Bila Bercinta | Bercinta adalah saat indah yang setiap manusia lalui dalam hidup . Segala perkara yang dilakukan terasa indah . Jika boleh , setiap hari mahu bersama , lakukan aktiviti juga bersama .
7 Perkara Perlu Buat Bila Bercinta
Bila sebut bercinta , automatik kita akan berfikir tentang pasangan muda mudi atau lebih mudah pasangan yang belum berkahwin . Sebagai orang Islam , banyak perkara yang perlu dielak daripada berlaku semasa bercinta untuk mengelak dari berlakunya keterlanjuran . Antaranya :
1. JANGAN GADAI BODY
Bila bercinta ni ibarat DUNIA NI korang yang punya . Maklumlah " CINTA ITU BUTA " . Nak buta pun biarlah mata jer , HATI tu kena buka besar - besar ya . Jangan kerana cinta , IKUT JER apa yang si dia nak . Mesti ada maruah . JANGAN SAMPAI TERGADAI BODY . Kalau betol dia sayangkan korang , CONFIRM DIA HORMAT KEPUTUSAN KORANG . TAK DE PAKSA - PAKSA .
2. JANGAN SERAH CINTA TU 100%
Nanti kalau PUTUS TENGAH JALAN korang juga yang meraung . Simpan sikit cinta itu untuk ALLAH , IBU BAPA DAN DIRI SENDIRI . Lebih baik kalau SAYANG DIRI SENDIRI LEBIH DARIPADA SEGALANYA sebab apa pun keputusan yang korang buat , korang tentu lebih utamakan diri sendiri dulu .
3. SIMPAN BAHAGIA UNTUK SUAMI SAHAJA
Tak jadi masalah kalau korang nak GEMBIRA SAKAN BILA DI LAMUN CINTA . Gembira kat sini bukan bermakna berseronok . Ish , nanti lain lak jadinya . Bahaya tau . Cukuplah suka kat si dia sebab buat kita gembira dan faham kita . Kalau jodoh tak panjang tak la terkilan sangat .
4. JANGAN TERTIPU DENGAN KEBAHAGIAAN YANG DIPAMERKAN
Bila dah kahwin nanti barulah korang tau apa sebenarnya bahagia . Sebelum kahwin tu hanyalah keseronokan sebab belum ada tanggungjawab . Hidup masa bujang tak de orang leh kawal . Bebas nak buat apa saja .
5. KORANG PERLU PANDU DIA UNTUK JADI LEBIH BAIK
Seorang suami / isteri yang hebat sebab ADA SUAMI / ISTERI YANG HEBAT DIBELAKANGNYA . Jangan push dia untuk jadi macam mana yang korang nak . Tapi pandu dan didik lah dia untuk jadi lebih baik sesuai dengan kehendak Islam dan korang sendiri . Kalau benar dia sayang kita , insya Allah , dia akan dengar teguran kita .
6. MEMBINA KESERASIAN
Perlu ada tolak ansur dan saling bekerjasama serta saling hormat menghormati . Kadang - kadang PENDAPAT BERCANGGAH . Memang susah nak capai kata sepakat . Asalkan perkara itu boleh DIUBAH IKUT KESESUAIAN DAN DAPAT PERSETUJUAN BERSAMA , itu dah memadai .
7. BERCINTA GUNA OTAK BUKAN GUNA PERASAAN
Kalau bercinta guna otak , kita akan PERTIMBANGKAN SETIAP PERKARA SEBELUM BUAT KEPUTUSAN ATAU BERSETUJU dengan kata - kata , pandangan atau permintaan si dia . Hati kita MUDAH CAIR DAN MENGALAH bila ikut rasa cinta kita pada dia . Pada masa tu kita akan bersetuju saja tanpa banyak berfikir . Kalau tak memudaratkan / menyusahkan diri sendiri , tak mengapa . Bila dah menyusahkan diri sendiri , pasti akan susahkan orang lain juga termasuklah ibu bapa kita .
Semasa bercinta , kenalah BERPIJAK DI BUMI NYATA . Jangan ikut pepatah , MAKAN TAK KENYANG , TIDUR TAK LENA . Bimbang nanti hanyut dalam keinginan dan kebutaan hati sendiri . pada masa tu korang gak yang TERKULAI ... sob sob sob ...
0 comments:
Post a Comment