Smart Start Elak Cerai ?
Smart Start Elak Cerai ? | Penceraian merupakan perkara yang sudah lazim berlaku di zaman ini . Banyak faktor yang menyumbang kepada sebuah penceraian . Walaupun banyak cara yang boleh dilakukan untuk elak cerai , bagi pasangan yang berada di dalamnya , mereka juga ada banyak sebab untuk bercerai . Elak cerai sudah tidak boleh dilakukan lagi .
Smart Start Elak Cerai ?
Atas sebab itulah , ' Smart Start ' dicadangkan supaya kadar penceraian di negara ini dapat dikurangkan . Persoalannya , mampukah smart start elak cerai ? Untuk pengetahuan pembaca , Smart Start adalah kursus yang sudah lama dijalankan tetapi hanya dihadiri secara sukarela dan akan diwajibkan bagi semua pasangan yang ingin berkahwin selewat - lewatnya sebelum akhir tahun 2015 .
" Modul ini telah dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sejak Mei 2003 untuk semua kaum bagi memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pasangan yang baru berkahwin atau yang akan berkahwin . "
Sikap Dan Perangai Pasangan
Bagi Chinta , walau banyak mana pun kursus dianjurkan , walau ramai mana pun pasangan yang menghadirinya , penceraian tetap berlaku . Setiap pasangan yang akan berkahwin selalunya akan memikirkan perkara yang indah - indah bersama bakal pasangannya . Apabila memasuki alam rumahtangga , banyak perkara yang akan berbangkit terutama soal keserasian sikap dan perangai pasangan masing - masing .
Sudah tentu akan ada banyak kejutan , percubaan untuk menerima kelemahan pasangan seadanya . Akan wujud juga antara kehendak hati dan perasaan sayang . Tetapi selalunya desakan keperluan itu melebihi perasaan cinta masa sebelum kahwin . Inilah realitinya .
Smart Start tidak akan tahu apa masalah sebenar pasangan tersebut juga rumahtangga mereka . Selalunya sikap dan perangai pasangan yang menunjangi kehendak itulah yang sukar untuk elak cerai .
Kembali Kepada Syariat Islam
Seandainya pasanga tersebut kembali kepada syariat Islam iaitu melayari bahtera perkahwinan belandaskan syariah , insha Allah pasangan tersebut akan faham dan tahu tanggungjawab masing - masing .
Seorang suami wajib menjadi imam kepada isteri dan menjadi pendidik kepada isteri dan anak - anak . Si isteri pula perlu tahu tanggungjawab kepada suami juga pandai mendidik anak - anak mengikut Islam dengan baik malah menjaga kehormatan rumahtangganya tanpa membuka aib sedikit pun waima sekadar memberitahu suami suka makan apa .
Masalah sekarang adalah , ramai para isteri yang membuka aib rumahtangga di media sosial . Tanpa rasa segan silu bercerita dan mengadu . Ketahuilah , di SANA nanti , anda yang akan bersoal jawab dengan Malaikat bukan para pembaca setia anda . Makin ramai yang membaca cerita dan like status anda , makin bertambahlah dosa yang anda perlu tanggung . Nampaknya Chinta dah lari dari tajuk tapi inilah sebenarnya yang Chinta nak tegur tapi tak boleh secara direct ... ermmm .
0 comments:
Post a Comment