loading...

Resepi Ringkas Muffin Kentang



Resepi Ringkas Muffin Kentang | Kentang merupakan makanan asasi penduduk Eropah . Sekarang , kentang sudah menjadi hidangan di merata dunia . Kentang mengandungi karbohidrat seperti juga nasi dan tepung gandum . Bagi sesiapa yang jemu makan nasi dan malas nak mengadun tepung , kentang boleh dijadikan alternatif gantian kepada sumber karbohidrat di dalam hidangan anda .


Resepi Ringkas Ramadhan - Muffin Kentang

Hidangan Kentang


Kentang merupakan sumber karbohidrat yang boleh dipelbagaikan resepi masaknnya . Jika di Eropah , kentang lecek , pai kentang , stew kentang adalah antara menu hidangan seharian mereka . Di Malaysia pula , kentang hanyalah bahan sampingan di dalam sup , karipap dan sayur goreng . Kemodenan hidup telah menyebabkan citarasa selera rakyat Malaysia juga turut berubah untuk menggemari pelbagai resepi kentang .  


Resepi Ringkas Ramadhan - Muffin Kentang

Resepi Ringkas Muffin Kentang


Hari ini , CM nak berkongsi resepi muffin kentang yang mudah untuk anda sediakan . Langkah yang perlu anda lakukan adalah :

  • merebus kentang hingga separuh masak 
  • parut kentang 
  • masukkan hirisan daun saleri , bawang besar , bawang putih , cili padi , udang , telur dan garam
  • gaul hingga sebati
  • masukkan ke dalam tray muffin
  • taburkan cheese jika suka
  • bakar hingga kekuningan .


Resepi Muffin Kentang

Hidangan Ringkas




Hindangan mufin kentang ini ringkas dan mudah untuk disediakan . Sangat sesuai untuk anda hidangkan di petang hari , ketika sarapan dan hidangan picnic di tepi pantai , di taman juga di air terjun . Malah sesuai juga dijadikan hidangan potluck dan hidangan sambutan harijadi .



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan