Resepi Ringkas Nutella Brownies
Resepi Ringkas Nutella Brownies | Brownies adalah makanan berasaskan coklat . Tanpa coklat tak jadilah brownies . Browies ni berasal dari Amreika Syarikat pada abad ke 19 dan dipopularkan di Amerika Syarikat dan Kanada pada pertengahan abad ke 20 .
Sejarah Brownies
Pada tahun 1893 , brownies mula diperkenalkan kepada khalayak umum dalam sebuah pameran yang dinamakan sebagai Colombian Exposition bertempat di Illinois , Chicago . Pada ketika itu , seorang tukang masak dari Hotel Palmer House telah membuat innovasi kuih . Beliau melakukan atas permintaan pemilik hotel , Bertha Palmer yang mahukan pencuci mulut untuknya juga tetamu perempuan lainnya . Kuih itu perlulah lain dari yang lain dan dipotong kecil supaya mudah di makan .
Resepi Ringkas Nutella Brownies
Nutella merupakan jem yang biasa disapukan pada roti . Nutella juga berasaskan coklat seperti brownies . Bila Nutella ditemukan dengan brownies , maka sudah tentu kelazatan rasa coklat itu berganda di dalam mulut anda . Nutella brownies pula adalah kek cawan yang terhasil dari gabungan nutela dan coklat .
Cara Membuat Nutella Brownies
Untuk menghasilkan Nutella brownies , anda hanya perlukan
- 1 cawan Nutella
- 10 sudu besar tepung
- 2 biji telur
Setelah ketiga - tiga bahan di atas anda sediakan , campurkan kesemuanya di dalam sebuah mengkuk dan gaul hingga sebati . Selepas itu , masukkan ke dalam acuan kek cawan dan bakar . Sangat mudah bukan resepi Nutella brownies .
Nutella Brownies Hidangan Santai
Nutella brownies boleh sahaja dihidangkan ketika makan petang juga majlis koktil atau sambutan harijadi . Penyediaannya yang ringkas serta mudah menjadikan ianya pilihan utama . Nutella brownies hidangan santai yang sesuai untuk anda bersama keluarga juga teman - teman .
0 comments:
Post a Comment