loading...

Resepi Ringkas Kek Buah Gula Hangus Sukatan Cawan


Resepi Ringkas Kek Buah Gula Hangus Sukatan Cawan | Mungkin ada antara anda yang ingin membuat kek buah untuk hidangan hari raya nanti tetapi tidak tahu cara membuat kek buah yang betul . Anda ak perlu bimbang kerana di bawah ini ada diajar langkah demi langkah cara membuat kek buah menggunakan sukatan cawan .


kek


Gebu dan menarik . 
cara penyimpanan nye ;
dah sejuk balut pakai wraping plastik dan masuk dalam tapawere dan tutup baik-baik .
 masuk peti ais kalau nak makan keluarkan awal 2 jam .
kek akan lembut kembali dan tahan selama 3 bulan .


13557816_1048226938563766_432533912427950060_n

Bahan-bahan utama


2 cawan buahan campuran kering
kismis 1/2 cawan
Rendam dengan air suam 3 hingga 4 minit dan toskan 
(tujuan die buang manis melampau buah dan kotoran)


13516485_1048227065230420_6031937598204677161_n

5 bijik kurma berkualiti basuh dulu


13537694_1048227105230416_3217398375118679636_n

gunting-gunting kurma dan satukan dengan buah-buah tadi


13501643_1048227121897081_1169623159112290726_n

2 cawan gula pasir hanguskan
maksudnya bagi die karamel warnanya .


13516177_1048227141897079_9115576699959607071_n

Tambah 1/4 cawan air panas


13512065_1048227155230411_5836222953236719851_n

Terus masukkan 250g butter ha ni contoh butter sedap tuk kek buah .


13495180_1048227181897075_6141336102316174108_n

Kacau sehingga butter cair perlahan-lahan dan sebati dengan gula caramel .



13516461_1048227205230406_1170027163372656107_n

Ayak bersama :


4 cawan tepung gandum
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
1sk cream off tartar
1/2 sk serbuk kayu manis (pilihan tuk bau sedap je)



13512029_1048227228563737_9051854432947855931_n

Rupe cream off tartar..


13501947_1048227245230402_6418573945812317594_n

Ok sekarang bila gabungan karamel+air +gula + butter dah cair macam rajah tu 
masukkan buah-buahan kering tadi dan kacau sebati .


13439137_1048227271897066_3187917159959436983_n

Macam tu..eh eh api stil idupkan tapi kecil je..
terus masukkan tepung tadi dan kacau..
masa ni memang agak pekat .
dan matikan api pastikan kacau sebati ye


13533314_1048227285230398_6449156355233614612_n

3 bijik telur
1sk esen vanila
1sk pes oren ke lemon ke sunquick ke mangga ke .
Blend hingga sebati .


13516580_1048227321897061_5180272504681732671_n

Pas blend 5 minit , tuang dalam adunan dan kacau


13516389_1048227348563725_6953309608480111167_n

Last cam ni ha tudiaaa siap tuk dituang


13510795_1048227365230390_4360086001142333587_n

Adunan ni akan dapat 1.5kg so bahagi dua
 1 sekilo punye oder 1 lg 500g 
Permukaan bekas tutup pakai plastik dan panaskan kukusan - kukus 2 jam
Api sederhana last 30 minit api kecil je .


13528794_1048227415230385_4895392014609709859_n

Gebu dan mabeless 



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN | Distributed By Belog Kehidupan