Featured
loading...

Bahan Kimia Dalam Kosmetik


Bahan Kimia Dalam Kosmetik | Di zaman ini wanita sangat cenderung menggunakan kosmetik . Kosmetik pula mudah didapati di pasaran sama ada secara online atau di kedai - kedai biasa . Hakikatnya , setiap kosmetik yang dihasilkan mengandungi bahan kimia . Sama ada dengan kadar yang sedikit atau berlebihan , bahan kimia dalam kosmetik tetap akan memberi kesan sampingan selepas jangka panjang penggunaannya . Sekiranya anda masih mahu menggunakan kosmetik , anda perlu pandai memilih jenis kosmetk . Pilihlah kosmetik yang menggunakan bahan semulajadi dengan campuran bahan kimia dengan kadar yang paling minima .


Bahan Kimia Dalam Kosmetik



Bahan Kimia Dalam Kosmetik


Pernahkah anda meneliti setiap kandungan di dalam kometik anda ? Sekiranya dilakukan tinjauan , sudah tentu tidak ramai yang rajin menyemak kandungan bahan kimia dalam kosmetik yang ada pada pembungkusannya . Sekiranya anda menemui bahan - bahan berikut pada pembukusan kosmetik anda , saya harap anda berhenti menggunakannya .

1. Anti - bakteria


Anti - bakteria dalam kosmetik mudah diserap oleh kulit dan beracun kerana ia merupakan carcinogenic pada persekitaran . Kaljian pula mendapati anti - bakteria boleh menggangu fungsi testosteron pada sel selain dapat merosakkan beberapa bakteria baik sehingga merencatkan dan memberi kesan tertentu .

Triclosan adalah sejenis anti - bakteri yang banyak sekali digunakan terutama pada sabun , deodoran , floss gigi dan lainnya .

2. Butyl Asetat


Butyl asetat dalam kosmetik sekiranya dilakukan secara kerap dan berterusan akan menyebabkan kulut merekah atau kulit menjadi kering. Jika anda sering menyedut bau butyl asetat , akan menyebabkan anda pening juga mengantuk .

Sifat Butyl asetat adalah bahan berbau dan yang biasa digunakan dalam penghalus kuku dan pengilat kuku. 

3. Kationik Surfaktan


Kationik Surfaktan dalam kosmetik jika digunakan secara kerap akan merosakkan rambut dan membuat rambut anda kering dan mudah putus .

Bahan kimia kationik surfaktan terdapat di dalam perapi rambut atau pelembut yang memiliki muatan listrik positif

4. Coal Tar


Coal Tar dalam kosmatik merupakan bahan kimia yang bersifat carcinogenic ketika menyerap ke dalam kulit .

Bahan kimia Coal Tar berbahaya ini sering digunakan sebagai bahan anti - kelimumur  dan krim anti - gatal . 

5. Diethanolamine (DEA)


Diethanolamine ( DEA ) dalam kosmetik ini bersifat carcinogenic pada persekitaran dan bertindak sebagai pemusnah hormon dan vitamin di dalam tubuh badan kita .

Diethanolamine merupakan racun yang digunakan bersama dengan DEA cocamide dan DEA lauramide sebagai bahan untuk menghasilkan buih dalam banyak produk penjagaan badan seperti syampo , krim cukur , lotion pelembab kulit dan sabun mandi bayi . 

6. Formaldehida

Formaldehida dalam kosmetik adalah bahan yang jika kerap digunakan akan dapat mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti mengganggu sistem antibodi , gangguan pernafasan dan mengakibatkan kanser.

Formaldehida adalah bahan kimia berbahaya yang sering terdapat di dalam sabun mandi bayi , pengilat kuku dan pewarna rambut .

7. Merkuri


Merkuri (raksa) dalam kosmetik yang digunakan secara kerap akan menyebabkan alergi , iritasi pada kulit , kerosakan pada sistem saraf juga lainnya .

Zat merkuri banyak terdapat dalam produk kecantikan untuk memutihkan kulit . Ianya juga ditemui pada mascara. 

8. Partikel Nano


Partikel Nano dalam kosmetik sangat mudah menembusi kulit dan juga menghancurkan sel-sel otak anda . 

Partikel Nano terutamanya zinc oxide dan titanium dioxide biasanya digunakan dalam lotion sunscreen SPF dan krim . 

9. Petroleum Distillates


Bahasa lainnya bagi petroleum distillates adalah parafin cair dalam kosmetik merupakan produk yang berasal dari destilasi minyak bumi.

Banyak digunakan dalam banyak kosmetik seperti mascara, serbuk penghilang bau kaki, dan lainnya. Sifatnya carcinogen bagi tubuh manusia.

10. Talc


Talc dalam kosmetik merupakan zat bersifat sebagai karsinogen manusia dan juga diketahui menyebabkan kanser ovari dan tumor paru-paru.

Talc merupakan bahan kimia beracun yang digunakan dalam kosmetik seperti eye shadow, blush, deodoran, sabun, dan lainnya bertujuan untuk menyerap kelembaban.

11. Paraben


Paraben dalam kosmetik merupakan sintetik yang digunakan di dalam ubat - ubatan sejak tahun 1924 sebagai bahan pengawet . Paraben bertindak sebagai estrogen dalam tubuh .  Paraben berbahaya jika digunakan secara berlebihan .

Selain itu , Paraben terdapat pada banyak produk termasuk produk kosmetik . Paraben selalunya terdapat pada syampo , lotion , sabun mandi dan lainnya . 

Terdapat tiga jenis Paraben yang terdapat di pasaran .
  • Metil dan Etil Paraben
  • Propil Paraben
  • Butil Paraben

Baca Sebelum Membeli


Sebelum anda melakukan pembelian ke atas produk kecantikan dan penjagaan diri , anda dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu kandungan yang terdapat di dalamnya . Mungkin tak ramai yang dapat meningati nama - nama bahan kimia di atas tetapi ada boleh mencatatnya di dalam telefon anda sebagai rujukan .

Bahan kimia di atas tidaklah membunuh dengan kadar segera tetapi akan memberi kesan kepaa anda dalam jangka masa panjang . Sebab itu mengapa ramai manusia di zaman ini meninggal kerana penyakit kanser dan penyakit kronik lainnya .

Resepi Ringkas Ayam Goreng Bumbu


Resepi Ringkas Ramadhan - Ayam Goreng Bumbu | Ayam goreng merupakan kesukaan ramai orang terutamanya kanak - kanak . Mungkin kerana ayam goreng ni rasa ayam tu lebih sedap dengan perasa dan tepung yang rangup , maka ayam goreng garing dan rangup jadi hidangan yang tak menjemukan .


Resepi Ringkas Ramadhan - Ayam Goreng Bumbu


Resepi Ringkas Ramadhan - Ayam Goreng Bumbu


Bumbu ni bermaksud rempah . Orang jawa dah biasa sebut bumbu . Orang Indonesia pun sama . Kalau dah namanya ayam goreng berempah , maknanya ayam ni mestilah goreng dengan rempah kan . Moh kita tengok apa bumbu yang perlu ada untuk buat ayam goreng bumbu ni .

Bahan - bahannya ;


  • Ayam
  • buah keras
  • bawang putih
  • halia
  • kunyit
  • serai
  • ketumbar
  • kelapa parut
  • telur
  • serbuk pati ayam
  • garam

Cara Membuatnya :


Sudah ada semua bahan di atas , marilah kita mulakan langkah mneyediakannya .

1- Kisar bersama buah keras , bawang putih , halia , kunyit , serai dan ketumbar .

2- Ambil mangkuk , masukkan ayam , bahan kisar , serbuk kunyit , serbuk pati ayam dan garam .

3- Perap selama satu jam .

4- Goreng ayam sehingga masak .

5- Campurkan bahan perapan bersama kelapa parut dan goreng tanpa minyak sehingga garing .

6- Taburkan kelapa goreng bersama ayam goreng semasa menghidang .


Tergodakah anda ? Mudah saja kan untuk membuatnya . Selamat berbuka .


Kek Pengantin


Kek Pengantin  | sempena musim perkahwinan yang sudah berlangsung , ramai yang mencari design cake yang menarik untuk hari bahagia mereka . Sama ada perkahwinan dan pertunangan , kek merupakan elemen terpenting di dalam majlis tersebut . Amazing weeding cake mungkin dapat memberikan anda inspirasi dalam menghasilkan idea yang lebih unik dan menarik .


Kek Pengantin 










 Amazing Wedding Cakes





Cara Mudah Menasihati Anak Yang Degil


Cara Mudah Menasihati Anak Yang Degil | Anak - anak merupakan aset yang penting bagi setiap ibu bapa . Allah amanahkan kepada ibu bapa agar menjaga , mendidik dan membesarkan mereka dengan sempurna . Lahirnya anak ibarat kain putih dan mereka membesar dengan dicorakkan oleh pendidikan ibu bapa .


Cara Mudah Menasihati Anak Yang Degil

Anak Yang Degil 


Anak yang degil selalunya ada sebab . Ibu bapa harus tahu puncanya anak menjadi degil sebelum mengambil tindakan supaya mudah untuk mencari jalan penyelesaian . Jika anda bertindak melulu mengikut perasaan yang sedang marah , tindakan anda mungkin akan menjadi penyebab anak degil anda tidak mendengar teguran lagi .

Agama adalah landasan yang kukuh dalam membina sahsiah anak - anak . Justeru itu , apa juga masalah yang diwujudkan oleh anak - anak , ibu bapa harus kembali kepada agama sebagai panduan mendidik anak .

Cara Mudah Menasihati Anak Yang Degil


Dalam sesebuah keluarga , adakalanya bukan sekadar anak sahaja yang degil . Kedegilan itu mungkin sahaja ada dalam adik beradik , isteri juga suami . Oleh itu , cara mudah menasihati anak yang degil ini juga boleh dilakukan terhadap ahli keluarga yang lain termasuk isteri juga suami .

1- Semasa anak , isteri atau suami sedang tidur , inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam , kerana fikiran bawah sedarnya ( sub conscius mind ) adalah paling optimum ketika ini . Yang tidur hanyalah conscius mind ( minda sedar ) .

2- Sentuhkan ibu jari anda ke langit - langit dan kemudian sentuh dengan lembut ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati .

3- Semasa ibu jari di atas ubun - ubun , selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad s.a.w. dan bacalah surah al - fatihah . Kemudian terus dengan berzikir dalam hati dan jangan putuskan zikir anda .

4- Angkat ibu jari anda , kalau boleh jangan putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya . Beritahu apa yang ingin anda beritahunya seperti tidak selalu melewatkan solat , banyakkan berselawat dan banyak bersabar . Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat . Jangan putus zikir supaya zikir itu ' masuk ' bersama nasihat anda . 

5- Anda dapat melihat reaksinya sedang ' menerima ' nasihat anda apabila kelopak matanya bergerak - gerak . 

Jika anda amalkan semua cara di atas , insha Allah akan berkesan .


Majalah NUR - Januari 2005



Rekaan Ringkas Sireh Junjung


Sireh junjung merupakan subjek utama atau kepala di majlis perkahwinan . Kalau tak ada sireh junjung , memang cacatlah majlis pertunangan dan perkahwinan . Walaupun cuma adat , sireh junjung tetap penyeri yang tak boleh dipandang ringan .


Rekaan Ringkas Sireh Junjung


Rekaan Ringkas Sireh Junjung


Bila sebut sireh junjung ni Chinta lebih sukakan rekaan sireh junjung yang ringkas . Zaman sekarang kan semua orang nak cepat . Tak ada masa nak membalut batang dengan daun sireh ataupun nak mengatur daun sirih berkeping - keping bagai . Lagipun orang Melayu tak makan daun sireh . Tak payah nak membazir letak daun sireh banyak sangat .


Rekaan Ringkas Sireh Junjung


Jambangan Bunga


Chinta lebih sukakan sireh junjung ala jambangan bunga sebab tak guna banyak daun sireh . Cuma perlukan banyak bunga . Gunakan sekurang - kurangnya 3 warna bunga untuk naik seri . Sireh junjung  ala jambangan bunga ni cepat disiapkan dan ringkas . Cepat sebab kita cuma perlu cacak saja bunga yang ada asalkan tak terlalu banyak . Nanti nampak macam hutan pula . Lepas tu , selitkanlah beberapa helai daun sireh . Dah siap !


Rekaan Ringkas Sireh Junjung



Rekaan Ringkas Sireh Junjung



Rekaan Ringkas Sireh Junjung



Rekaan Ringkas Sireh Junjung



Rekaan Ringkas Sireh Junjung



Rekaan Ringkas Sireh Junjung

Bekas Cincin


Selain digubah ala jambangan bunga , sireh junjung juga boleh dijadikan penyeri bekas cincin penikahan dan pertunangan . Malah gubahan sireh junjung bekas cincin lebih ringkas . Kalau pembaca rasa lagi mudah sireh junjung disatukan dengan bekas cincin , letak je daun sireh sebagai hiasan bekas cincin macam di bawah ni .


Rekaan Ringkas Sireh Junjung


Rekaan Ringkas Sireh Junjung


Ringkas Lagi Menarik


Bagi Chinta , gubahan sireh junjung yang ringkas lagi nampak menarik . Kalau dah banyak sangat bunga dan daun sireh , nampak semak macam dalam hutan je pada pandangan Chinta . Rasnya pembaca pun setuju dengan Chinta pasal ni . Lagi pun kalau ringkas kan cepat siap .



Hiasan Bilik Pengantin


Hiasan Bilik pengantin perlulah dihias . Hiasan bilik pengantin terpulanglah kepada pembaca nak yang macam mana . Selalunya bakal pengantin akan memilih warna dan hiasan yang romantik dan membangkitkan seri malam pertama .


Bilik Pengantin


Hiasan Bilik Pengantin 


Bagi Chinta , ada kreteria tertentu yang Chinta tetapkan untuk hiasan bilik pengantin idaman . Bukan sekadar dekorasi bilik pengantin tetapi juga pemilihan warna certa pencahayaan bilik pengantin . Chinta tak suka hiasan bilik pengantin yang terlalu banyak hiasan . Nanti dah nampak macam taman bunga pula .


Bilik Pengantin


Lampu Di Kepala Katil


Bila Chinta menghias bilik pengantin , Chinta akan utamakan pencahayaan kerana cahaya itulah yang akan membangkitkan suasana romantik di bilik pengantin . Bukan cahaya dari lampu utama di syiling tapi cahaya dari kepala katil . Chinta tak suka cahaya dari lampu syiling sebab sangat terang . Kalau nak bangkitkan suasana romantik bilik pengantin , haruslah guna lampu dinding yang samar - samar . Contohnya , rujuk je gamaber bawah ni .


Bilik Pengantin


Bilik Pengantin


Bilik Pengantin


Bilik Pengantin


Lampu Meja Sisi


Selain meletakkan lampu di kepala katil pengantin , idea menggunakan lampu meja sisi juga boleh membangkitkan suasan romantik bilik pengantin . Lampu meja sisi yang paling mudah digunakan . Penggunaa lampu meja sisi sebagai hiasan bilik pengantin adalah pilihan kedua Chinta . Chinta pasti akan meletakkan bunga - bungaan di sebelah lampu sisi sebagai elemen romantik .


Bilik Pengantin


Bilik Pengantin


Suasana Romantik 


Selain penggunaan lampu dibilik pengantin , Chinta juga suka gunakan warna langsir , cadar dan bunga - bungaan sebagai hiasan bilik pengantin untuk membangkitkan suasana romantik di bilik pengantin . Yang satu ini pasti Chinta tak akan lupa . Apa dia ? Dah tentulah minyak wangi atau boleh juga gunakan bunga rampai dan sudah pasti Chinta akan gunakan lilin beraroma jika perlu sebagai terapi di malam nan indah itu .


Gubahan Buah Di Meja Pengantin



Gubahan Buah Di Meja Pengantin | Buah merupakan pencuci mulutyang mudah disediakan . Kalau untuk makan sendiri , tak perlu bersusah payah nak menyusun atau mereka . Hanya perlu cuci , kupas dan makan saja . Tapi sekiranya untuk majlis , perlulah lebih menarik .


Gubahan Buah Di Meja Pengantin


Gubahan Buah Di Meja Pengantin


Walaupun ada orang kata , gubah buah cantik macam mana sekalipun , sudahnya masuk mulut juga untuk dimakan . Itu memeng benar , tetapi untuk diperlihatkan kepada para tetamu , perlulah gubahan  buah - buahan itu kelihatan lebih menarik .


Gubahan Buah Di Meja Pengantin

 Ringkas Tapi Pelbagai


Selalunya , kita akan meletakkan banyak jenis buah . Bukan tamak atau nak riak tetapi nakkan kepelbagaian pilihan sebab ada sesetengan orang tak makan buah tertentu sama ada tak suka atau atas sebab kesihatan .

Gubahan Buah Di Meja Pengantin


Bila dah ada pelbagai jenis buah , kita tak boleh la nak letak selonggok macam jual di pasar . Perlu ada seni mengatur dan menghias buahan juga . Tak perlulah sampai nak letak semua sekali gus sebab kombinasi antara buah - buahan itu belum tentu sesuai dan menarik . Gubahan yang ringkas selalunya lebih sedap mata memandang .


Gubahan Buah Di Meja Pengantin

Tema


Lebih mudah jika hiasan di meja makan pengantin ada tema tertentu . Jadinya anda tahu bagaimana nak menghasilkan gubahan yang menarik mengikut tema juga pilihan kombinasi buah - buahan yang sesuai .

Gubahan Buah Di Meja Pengantin

Tips 


Untuk mengekalkan kesegaran buah - buahan tersebut , rendam dalam garam selama 15 minit . Warna buah tidak akan berwarna kusam atau kelihatan sedikit lecur walaupun terdedah dalam jangka masa yang lama .


Gubahan Buah Di Meja Pengantin



Gubahan Buah Di Meja Pengantin


Gubahan Buah Di Meja Pengantin


Gubahan Buah Di Meja Pengantin


Gubahan Buah Di Meja Pengantin


Kek Deko Buah - buahan


Kek Deko Buah - buahan | Hujung tahun bermakna akan tiba cuti persekolahan . Ini juga bermakna akan tiba juga musim perkahwinan , pertunangan dan berkhatan . Satu benda wajib yang ada dalam majlis perkahwinan dan juga peetunangan adalah kek . Sudah tentu pada hari yang bersejarah itu anda mahu menyediakan kek yang indah dipandang . Apa kata anda jadikan amazing fruits cake deco ini sebagai panduan untuk anda menghasilkan kek yang dihiasi dengan buah - buahan .

Kek Deko Buah - buahan


Pelbagai deco yang anda boleh hasilkan ke atas kek anda dengan menggunakan buah - buahan sebagai bahan hiasan . Bukan sahaja murah malah buah - buahan mudah didapati . Asalkan anda mahu melakukannya , kek anda pasti menawan di majlis anda . Amazing fruits cake deco membawa anda menjelajah seni fruits cake deco . 


 Amazing Fruits Cake Deco



 Amazing Fruits Cake Deco



 Amazing Fruits Cake Deco



 Amazing Fruits Cake Deco



 Amazing Fruits Cake Deco



 Amazing Fruits Cake Deco



 Amazing Fruits Cake Deco





Diharapkan amazing fruits cake deco yang indah , kreatif dan pelbagai di atas dapat menjadi inspirasi dan memberi idea kepada anda yang sedang tercari - cari fruits cake deko untuk kek anda . Semoga kemeriahan fruits cake deco di atas akan dapat menaikkan lagi seri majlis anda .
Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan