loading...

Hiasan Bilik Pengantin


Hiasan Bilik pengantin perlulah dihias . Hiasan bilik pengantin terpulanglah kepada pembaca nak yang macam mana . Selalunya bakal pengantin akan memilih warna dan hiasan yang romantik dan membangkitkan seri malam pertama .


Bilik Pengantin


Hiasan Bilik Pengantin 


Bagi Chinta , ada kreteria tertentu yang Chinta tetapkan untuk hiasan bilik pengantin idaman . Bukan sekadar dekorasi bilik pengantin tetapi juga pemilihan warna certa pencahayaan bilik pengantin . Chinta tak suka hiasan bilik pengantin yang terlalu banyak hiasan . Nanti dah nampak macam taman bunga pula .


Bilik Pengantin


Lampu Di Kepala Katil


Bila Chinta menghias bilik pengantin , Chinta akan utamakan pencahayaan kerana cahaya itulah yang akan membangkitkan suasana romantik di bilik pengantin . Bukan cahaya dari lampu utama di syiling tapi cahaya dari kepala katil . Chinta tak suka cahaya dari lampu syiling sebab sangat terang . Kalau nak bangkitkan suasana romantik bilik pengantin , haruslah guna lampu dinding yang samar - samar . Contohnya , rujuk je gamaber bawah ni .


Bilik Pengantin


Bilik Pengantin


Bilik Pengantin


Bilik Pengantin


Lampu Meja Sisi


Selain meletakkan lampu di kepala katil pengantin , idea menggunakan lampu meja sisi juga boleh membangkitkan suasan romantik bilik pengantin . Lampu meja sisi yang paling mudah digunakan . Penggunaa lampu meja sisi sebagai hiasan bilik pengantin adalah pilihan kedua Chinta . Chinta pasti akan meletakkan bunga - bungaan di sebelah lampu sisi sebagai elemen romantik .


Bilik Pengantin


Bilik Pengantin


Suasana Romantik 


Selain penggunaan lampu dibilik pengantin , Chinta juga suka gunakan warna langsir , cadar dan bunga - bungaan sebagai hiasan bilik pengantin untuk membangkitkan suasana romantik di bilik pengantin . Yang satu ini pasti Chinta tak akan lupa . Apa dia ? Dah tentulah minyak wangi atau boleh juga gunakan bunga rampai dan sudah pasti Chinta akan gunakan lilin beraroma jika perlu sebagai terapi di malam nan indah itu .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan