loading...

Cara Mudah Menasihati Anak Yang Degil


Cara Mudah Menasihati Anak Yang Degil | Anak - anak merupakan aset yang penting bagi setiap ibu bapa . Allah amanahkan kepada ibu bapa agar menjaga , mendidik dan membesarkan mereka dengan sempurna . Lahirnya anak ibarat kain putih dan mereka membesar dengan dicorakkan oleh pendidikan ibu bapa .


Cara Mudah Menasihati Anak Yang Degil

Anak Yang Degil 


Anak yang degil selalunya ada sebab . Ibu bapa harus tahu puncanya anak menjadi degil sebelum mengambil tindakan supaya mudah untuk mencari jalan penyelesaian . Jika anda bertindak melulu mengikut perasaan yang sedang marah , tindakan anda mungkin akan menjadi penyebab anak degil anda tidak mendengar teguran lagi .

Agama adalah landasan yang kukuh dalam membina sahsiah anak - anak . Justeru itu , apa juga masalah yang diwujudkan oleh anak - anak , ibu bapa harus kembali kepada agama sebagai panduan mendidik anak .

Cara Mudah Menasihati Anak Yang Degil


Dalam sesebuah keluarga , adakalanya bukan sekadar anak sahaja yang degil . Kedegilan itu mungkin sahaja ada dalam adik beradik , isteri juga suami . Oleh itu , cara mudah menasihati anak yang degil ini juga boleh dilakukan terhadap ahli keluarga yang lain termasuk isteri juga suami .

1- Semasa anak , isteri atau suami sedang tidur , inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam , kerana fikiran bawah sedarnya ( sub conscius mind ) adalah paling optimum ketika ini . Yang tidur hanyalah conscius mind ( minda sedar ) .

2- Sentuhkan ibu jari anda ke langit - langit dan kemudian sentuh dengan lembut ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati .

3- Semasa ibu jari di atas ubun - ubun , selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad s.a.w. dan bacalah surah al - fatihah . Kemudian terus dengan berzikir dalam hati dan jangan putuskan zikir anda .

4- Angkat ibu jari anda , kalau boleh jangan putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkannya . Beritahu apa yang ingin anda beritahunya seperti tidak selalu melewatkan solat , banyakkan berselawat dan banyak bersabar . Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat . Jangan putus zikir supaya zikir itu ' masuk ' bersama nasihat anda . 

5- Anda dapat melihat reaksinya sedang ' menerima ' nasihat anda apabila kelopak matanya bergerak - gerak . 

Jika anda amalkan semua cara di atas , insha Allah akan berkesan .


Majalah NUR - Januari 2005



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan