Al - Quran , Bukan Sekadar Hantaran
Al - Quran , Bukan Sekadar Hantaran | Sekarang dah masuk musim mengadakan majlis perkahwinan . Al - Quran dalah salah satu barang hantaran yang menjadi kegemaran . Maka , para pengantin perlu tahu apa tanggungjawab anda bila jadikan al - Quran itu sebagai hantaran . Bukan sekadar pelengkap adat dan penyeri , tapi untuk dibaca dan dihayati sepanjang hayat kita .
Al - Quran , Bukan Sekadar Hantaran
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran.. Al - Quran hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tegur ustaz Sa’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama.. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya. Hari semakin cepat berlalu . Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari .
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati."
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, dua malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.
Tapi lelaki kacak itu berkata :
" Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga. "
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata :
"Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih. "
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :
" Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat. "
Sumber : FB
Jangan rasa malas untuk membaca walau sebaris ayat al - Quran . Kalau pembaca ada masa nak bermedia sosial yang ambil masa berjam -jam , dah tentu juga ada masa untuk menghayati sebaris ayat al - Quran . Sekurang - kurangnya lakukan sebelum tidur juga selepas solat . Pastikan al - Quran dan tasbih tu sentiasa ada di site table sebelah katil anda .
0 comments:
Post a Comment