Apa Kelebihan Bernikah
Apa Kelebihan Bernikah | Kalau anda tanya kepada orang bujang , mahukah mereka bernikah , sudah tentu jawapannya ya kerana bernikah itu mudah . Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan selepas akad itu yang sukar .
Akad Nikah
Akad nikah berlaku apabila seorang lelaki melafazkan akad bersaksikan 2 orang saksi , seorang wali dan pengantin perempuan , maka sahlah nikah tersebut .
Akad nikah adalah satu perbuatan yang dituntut Islam . Daripada Aisyah ra berkata , Rasulullah saw bersabda :
Akad nikah adalah satu perbuatan yang dituntut Islam . Daripada Aisyah ra berkata , Rasulullah saw bersabda :
" Perkahwinan itu adalah sunnahku , sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia daripada golongan umatku . " ( Riwayat Ibn Majah )
Apa Kelebihan Bernikah
Apakah hikmah Allah mensyariatkan perkahwinan ?
1. Sunnah Para Nabi dan Rasul
Firman Allah yang bermaksud :
" Demi sesungguhnya Kami ( Allah ) telah mengutus rasul sebelum kamu dan Kami jadikan untuk mereka isteri - isteri dan juga keturunan . " ( Al - Ra'd : 38 )
Dengan mencontohi sunnah Rasul , kita akan memperolehi kebaikan dan keselamatan yang berpanjangan bukan saja di dunia , malah akan berlanjutan di akhirat .
2. Tenang dan Tenteram
Kita akan rasa bahagia , aman dan tenteram dengan adanya ikatan kasih sayang suami isteri .
Allah berfirman bermaksud :
" Dan antara tanda - tanda membuktikan kekuasaan dan rahmat - Nya , bahawa ia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) isteri - isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra bersamanya dan jadikanlah antara kamu perasaan cinta dan kasih sayang . " ( Ar - Rum : 21 )
3. Memelihara Iman
Al - Baihaqi ra meriwayatkan daripada Rasulullah saw :
" Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu , maka ia telah memenuhi separuh agamanya . Maka bertaqwalah ia kepada Allah kepada separuh yang belum disempurnakan lagi . "
Apabila seseorang itu telah berkahwin , maka ia akan terselamat daripada perkara - perkara dosa , terutamanya yang berkaitan dengan nafsu syahwat .
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
" Barang siapa yang mampu , hendaklah dia berkahwin kerana dengan demikian dapat menundukkan penglihatan dan dapat memelihara kehormatannya . Dan barang siapa yang tak mampu berkahwin , hendaklah ia berpuasa kerana puasa dapat menghalang keinginan nafsunya . " ( Riwayat Ibn Mas ' ud )
4. Yakin Rezeki dari Allah
Perkahwinan dapat mengikis kebimbangan tak dapat memikul tanggung jawab terhadap isteri dan anak - anak sebab miskin . Sedangkan Allah menjamin rezeki setiap hamba - Nya .
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
" Sesiapa yang meninggalkan berkahwin kerana takut miskin , maka ia bukanlah daripada golongan ku . " ( Riwayat Abu Daud )
Rezeki dalam tangan Allah . Kita hanya perlu berusaha dapatkannya . Kita juga boleh buat solat Duha setiap hari , insya - Allah akan dikurniakan Allah murah rezeki .
Dari Aisyah ra , sabda Rasulullah saw :
" Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta dan boleh menjimatkan harta . " ( Riwayat Imam al - Bazzar )
5. Zuriat
Rasulullah saw amat berbangga dengan umatnya yangramai di akhirat nanti . Daripada Ma'qal bin Yasar , Rasulullah saw bersabda :
" Berkahwinlah kamu dengan wanita pengasih dan subur , kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai . " ( Riwayat Abu Daud )
6. Disiplin Hidup
Bila kahwin , kita akan cuba untuk melakukan segala perkara ikut masa . Jadi , segalanya terurus dengan baik . Lagi menarik bila dibantu oleh suami / isteri dan anak - anak . Keluarga jadi rukun , harmoni dan bahagia ... insya - Allah .
0 comments:
Post a Comment