loading...

Resepi Ringkas Carrot Chips


Resepi Ringkas Carrot Chips | Carrot atau lebih dikenali dengan lobak merah , selaluya orang melayu kita buat campuran dalam masakan , kek lobak merah dan juga buat jus carrot . Bagi Chinta pula , Chinta lebih gemar makan carrot mentah kerana rasanya yang manis . Dah macam arnab pulak kan !

Resepi Ringkas Carrot Chips


Carrot / Lobak Merah


Satu perkara yang sinonim dengan lobak merah adalah rabun mata . Bagi anda yang ada rabun mata , anda digalakkan supaya kerap meminum jus lobak merah / carrot . Kajian terbaru pula mengatakan bahawa meminum jus carrot setiap hari boleh menyembuhkan kanser . Bukan calang - calang khasiatnya ni .

Resepi Ringkas Carrot Chips

Resepi Ringkas Carrot Chips


Dah panjang juga Chinta berceloteh , meh la Chinta kongsi macam mana nak buat carrot chips ni . Langkah-langkah nak buat carrot chip adalah seperti berikut ;

1- Hiris nipis carrot menggunakan pisau untuk kupas kulit buah macam kat gambar di atas .
2- Taburkan sedikit garam dan minyak zaitun . Gaul mesra .
3- Bakar pada suhu 350 darjah selama 12 minit .
4- Sejukkan dan makan .



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan