Resepi Ringkas Donat Gebu Sukatan Cawan
Resepi Ringkas Donat Gebu Sukatan Cawan | Ramai orang selalu buat donat dan ramai juga yang panda buat donat tetapi nak dapatkan donut yang gebu , tak semua orang dapat buat . Meh la Chinta kongsikan Resepi Ringkas Donat Gebu Sukatan Cawan yang Chinta jumpa di facebook Sharmiza Zamiza .
Resepi Ringkas Donat Gebu Sukatan Cawan
Untuk dapatkan donut yang gebu mudah sahaja resepinya . Tak percaya ? Moh la kita tengok bahan - bahan dan langkah pembuatan Resepi Ringkas Donat Gebu Sukatan Cawan . Chinta pun macam tak percaya je sebab sangat mudah dan bahan untuk membuat Resepi Ringkas Donat Gebu Sukatan Cawan juga sangat ringkas .
Campurkan sepeket yis(mauripan),
2sudu besar gula,
2sudu besar susu pekat
bersama 1 cawan air suam.
biar sampai kembang macam dalam gambar di atas .
Dalam bekas lain campurkan 4 cawan tepung gandum,
2 sudu besar planta atau marjerin,
2 sedu kecil serbuk penaik dan
1sudu kecil garam.
Ramas-ramas sampai jadi macam serbuk roti.
Lepas itu, masukkan campuran yis tadi ke dalam tepung.
just sebatikan je, tak payah nak uli-uli .
tutup bekas selama 1 jam .
Lepas 1 jam doh akan kembang sekali ganda mcm ni.
tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
Bulat-bulatkan doh.
saya tekap pakai cawan je.
Dah siap tekap semua doh terus goreng je..
Dh siap goreng boleh la gaulkan donut dengan gula..
wow nak cuba la sis...
ReplyDelete