loading...

Tips Didik Anak Untuk Berjaya Di Dunia Juga Akhirat


Tips Didik Anak Untuk Berjaya Di Dunia Juga Akhirat | Selepas kempen " I Want To Touch A Dog " dan merasa daging biawak , Chinta terpanggil untuk berkongsi tentang tips didik anak untuk berjaya di dunia juga di akhirat . Sebagai ibu bapa , anda perlu protect anak - anak anda dari telibat dengan kempen sebegitu . Hanya dengan didikan agama serta kasih sayang seawal dari mereka kecil sahaja yang dapat elakkan mereka dari terjebak . Sebagai ibu bapa , anda bukan sahaja bertanggung jawab di dunia malah akan ditanya diakhirat kelak . 


 Tips Didik Anak Berjaya Di Dunia Juga Akhirat


Tips Didik Anak Untuk Berjaya Di Dunia Juga Akhirat


1- Sebagai ibu bapa , anda diperintahkan oleh Allah supaya memastikan anak - anak sentiasa berada di landasan kehidupan yang betul berdasarkan syariat agama , seimbang antara keperluan hidup di dunia dan persediaan untuk kehidupan di akhirat nanti .

2- Ibu bapa yang perihatin akan sentiasa mengambil berat tentang aktiviti seharian keluarganya . Bermula dari celik mata di pagi hari sehinggalah terlelap di waktu malamnya . Pemantauan dari semasa ke semasa serta ingat mengingati setiap ketika mampu mengawal anak - anak , sekalipun mereka tiada di hadapan kita .

3- Bagi memastikan anak - anak sentiasa hidup beragama , mulakan sejak di usia kecil mereka . Ini supaya anak - anak terbiasa dengan amalan beragama seperti ibadah solat , puasa , membaca al - Quran , berakhlak dengan mulia dengan semua orang dan sebagainya . Bak kata pepatah , melentur buluh biarlah dari rebungnya .

4- Ketegasan  ibu bapa dalam mendidik anak - anak perlulah secara berkasih sayang . Gandingan sifat pengasih ibu , bapa dan semua ahli keluarga akan membuatkan anak - anak merasa dihargai dan diperlukan dalam kehidupan . Justeru , anak - anak perlu diberikan penjelasan apabila dihukum sesuai dengan kesalahan yang dilakukan .

5- Setiap kesalahan yang dilakukan oleh anak - anak perlu diperingatkan agar tidak diulangi pada masa yang lain agar mereka belajar membetulkan kesalahan dengan kebaikan dan amalan yang baik di sisi agama . Ibu bapa perlu memberi tunjuk ajar yang betul agar anak - anak tahu tentang perkara yang bertentangan dengan ajaran agama yang sebenar .

6- Demikian juga dengan perbuatan anak - anak yang baik pada pandangan agama perlu diberikan pujian dan galakan agar anak - anak merasa usahanya dihargai dan dilihat sebagai satu kelebihan yang perlu dikongsi dengan orang lain agar dicontohi .

7- Setiap ibu bapa yang sedar tentang tanggungjawab dan amanah yang akan ditanya oleh Allah apabila kembali kepada - Nya , akan sentiasa berusaha untuk membentuk diri anak - anak di samping memohon bantuan dari orang lain agar bersama - sama mendidik dan mengasuh anak - anak menjadi manusia yang berjaya di dunia dan bahagia pula di akhirat kelak .

Anak Amanah Allah


Walau sibuk bagaimana sekalipun seharian , ibu bapa perlu pastikan mereka ada masa bersama anak - anak di sebelah malam walaupun terasa letih dan masa amat terhad . Bersembang , bergurau senda dan ketahui masalah juga aktviti seharian mereka . Manfaatkan cuti hujung minggu juga cuti am untuk bersama - sama mereka . Tugas ini perlu digalas bersama oleh kedua ibu dan bapa . Bukan hanya ibu sahaja dan bapa sekadar memerhati kerana diakhirat nanti kamu akan ditanya kedua - duanya sekali . 

Anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa untuk dijaga dan didik sesempurna mungkin . Mereka adalah ibarat kain putih sejak lahir dan anda sebagai ibu bapalah yang mencoraknya .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan