loading...

Gubahan Hantaran Buah Strawberi



Gubahan Hantaran Buah Strawberi | Bersantai lagi kita di hujung minggu . Sekarang adalah musim perkahwinan . Minggu ini saja sudah banyak jemputan perkahwinan yang anda terima . Minggu hadapan adalah sambutan Krismas . Maka akan ada lebih banyak lagi majlis perkahwinan . 

Dalam perkahwinan Melayu , hantaran adalah salah satu agenda penting . Hantaran adalah merupakan hadiah dari pengantin kepada pasangannya . Ada kandungan hantaran itu sederhana sahaja . Sekadar menunaikan adat . Tapi ada juga kandungan hantaran yang melambangkan status kehidupan seseorang . Semuanya terpulang kepada anda untuk memilih yang mana .


Gubahan Hantaran Buah Strawberi

Gubahan Hantaran Buah Strawberi


Di sini Chinta nak memberi pengkhususan kepada hantaran buah - buahan . Jika anda seorang pengantin yang mahukan kelainan seperti ada sentuhan kreatif terhadap gubahan hantaran buah - buahan anda , Chinta mencadangkan anda mencuba hantaran gubahan buah strawberi ini . 


Gubahan Hantaran Buah Strawberi



Gubahan Hantaran Buah Strawberi



Bagaimana ? Cantik bukan ? Lihatlah hasil gubahan hantaran buah strawberi seperti di atas . Sebuah jambangan bunga strawberi bersama daun salad sebagai hiasan dedaunan . 

Buah strawberi walaupun agak mahal dan agak sukar untuk diperolehi , asalkan anda berhajat , pasti anda boleh sahaja dapatkannya . Buah ini anda boleh cari di mana - mana pasaraya .

Perkahwinan hanya sekali seumur hidup . Itu yang semua orang harapkan . Makanya , adalah berbaloi untuk menghasilkan hantaran gubahan buah strawberi ini .




Selamat Pengantin Baru kepada anda yang bakal menempuhinya .



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan