Bercinta Cara Rasulullah
Bercinta Cara Rasulullah | Alam perkahwinan merupakan alam yang sesiapa inginkan kebahagiaan di dalamnya . Walaupun pada awal perkahwinan , tiada siapa dapat mejangka apa yang akan mereka lalui di sepanjang tempoh perkahwinan itu , setiap pasangan akan berusaha melakukan yang terbaik .
Sunnah
Apa sahaja yang Rasulullah lakukan dan amalkan dalam sepanjang hidupnya merupakan Sunnah yang perlu dicontohi dan diikuti oleh semua para muslimin . Dalam konteks ini Chinta akan memfokuskan tentang bercinta dalam perkahwinan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
" Selamatkan dirimu dan keluargamu daripada api neraka . " ( Surah al - Tahrim 66 : 6 )
Bercinta Cara Rasulullah
Seorang wanita mudah masuk ke dalam syurga walaupun tanpa suami bersama - samanya , tetapi seorang lelaki sangat sukar masuk ke dalam syurga tanpa isterinya . Seorang suami hanya layak masuk ke dalam syurga apabila tanggungjawab terhadap isteri dan anggota keluarganya sudah dipersoalkan .
Bercinta cara siapakah yang perlu dicontohi ?
Jawapan daripada Rasulullah SAW , mafhum sabda baginda :
" Orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang paling baik terhadap keluarganya . Dan akulah orang yang paling baik antara kamu terhadap ahli keluarganya . " ( Riwayat Ibnu Majah )
Sejarah mengatakan ada satu ketika Rasulullah pulang ke rumah pada lewat malam , malah menjelang dinihari . Baginda tidak mengetuk pintu rumah untuk mengejutkan isteri yang sedang nyenyak tidur . Bahkan dibentangkannya sahaja kain rida'nya , lalu dijadikan lapik untuk Baginda tidur di muka pintu .
Jika tiada makanan untuk dimakan , Baginda akan tersenyum lalu memutuskan untuk berpuasa pada hari tersebut . Tenang dan indah sekali . Pada hari ada rezeki untuk di makan , Baginda bersyukur . Apabila tidak ada , Baginda bersabar .
Ada kalanya baginda menjahit sendiri bajunya yang koyak dan menampal sendiri kasutnya yang bocor .
Baginda juga rajin bergurau senda bersama isterinya . Antaranya Baginda berlumba lari dengan Aisyah sehinggakan Aisyah berkata :
" Ada kalanya Baginda menang dan ada kalanya aku yang menang . "
Sikap " gentleman " dan romantik baginda bukan sahaja pada Aisyah tetapi juga terhadap Saudah , seorang janda yang dinikahi ketika telah berusia . Oleh kerana telah berusia , kurang berdaya dan badannya besar , Baginda sering melipatkan lututnya untuk dipijak oleh Saudah apabila isterinya hendak menaiki unta . Bayangkan , berapa ramai daripada para suami kini yang membukakan pintu kereta untuk isterinya ? Heh heh ...
Selepas peristiwa Perjanjian Hudaibiah , Ummu Salamah mencadangkan kepada baginda supaya bercukur dan menyembelih binatang korban supaya menjadi ikutan para sahabatnya . Mata Baginda bersinar atas cadangan isterinya itu lantas keluar bercukur dan menyembelih kambing .
Bayangkan betapa besarnya jiwa Baginda apabila sudi mendengar cadangan daripada para isterinya . Jika benar dan betul , Baginda akan menerimanya tanpa rasa malu dan ego . Tetapi jika batil dan salah , Baginda tidak akan mengalah atau berundur walaupun selangkah .
Di rumah juga , Baginda sentiasa tersenyum , ceria dan menolong kerja - kerja rumah . Hanya apabila azan bergema , Baginda akan berhenti dan serta merta menuju ke masjid seolah - olah tidak mengenali isterinya lagi .
Ada kalanya Baginda akan mandi bersama - sama dengan isterinya dan mencedok air dari bekas yang sama .
Sabda Baginda :
" Bermain - main itu boleh dalam tiga hal ; ketika melatih kudamu , memanah dan bercanda dengan isterimu . "
Baginda juga biasa mencium isterinya sebelum hendak bermusafir jauh ataupun dekat , lama ataupun sekejap . Ciuman yang bukan hanya apabila nafsu bergolak , tetapi ciuman cinta yang lahir dari hati yang penuh kasih dan sayang .
Baginda seorang suami yang sporting . Suatu ketika pada hari raya , Sayidina Abu Bakar masuk kedalam rumah Aisyah . Ketika itu ada dua orang perempuan sedang menyanyi dan memukul gendang , sedangkan nabi sedang menutup dirinya dengan baju ( tidak melihat ) . Abu Bakar yang melihat keadaan itu membentak kedua - dua wanita tersebut , lalu Rasulullah menampakkan wajahnya seraya berkata :
" Wahai Abu Bakar , biarkan mereka . Sekarang hari raya . "
Baginda turut minum daripada gelas yang sama dengan isterinya . Bahkan Baginda meletakkan bibirnya betul - betul di tempat bibir isterinya minum . Bahkan pada saat - saat akhir pemergiannya pun , Baginda meminta Aisyah melembutkan kayu sugi dengan menggigitnya , kemudian Baginda meminta disugikan dengan kayu sugi tersebut . Hinggakan kerana itu , Aisyah mengatakan bahawa air liur nya dan air liur Baginda bertemu hingga saat akhir menuju kewafatan Baginda .
Apabila Baginda berada dalam bulan Ramadhan , Baginda akan bangun pada waktu dinihari untuk menunaikan solat dan bermunajat . Demi kasih sayang terhadap isteri , Baginda akan mengejutkan mereka untuk sama - sama memburu kecintaan Allah . Tidak dibangunkan isterinya dengan gerakan yang kasar ataupun lengkingan suara yang tinggi tetapi cuma disentuh dengan penuh kasih sayang dan dibelai dengan kata - kata pujukan .
Jika pembaca ingin menjadi suami mithali , contohilah seorang suami yang bergelar Rasulullah . Baginda utusan Allah yang membuktikan kepada kita bahawa perkahwinan itu bukan hanya soal hidup bersama , tetapi " bercinta bersama " buat selama - lamanya .
* NOTA ;
Masyhurlah bagai di kata " marriage is loving together , not just living together , " namun nabi Muhamad lah suami yang membuktikan hakikat itu dalam kehidupan rumah tangganya lebih 1400 tahun yang lalu .
0 comments:
Post a Comment