loading...

Majlis Hebat Belum Tentu Berkat


Majlis Hebat Belum Tentu Berkat | Kalau dulu musim kahwin adalah semasa cuti sekolah , sekarang tidak lagi . Majlis perkahwinan dan pertunangan berlaku sepanjang tahun dan dilakukan di hari cuti . Malah majlis pertunangan sahaja sudah sehebat majlis perkahwinan . Ada pelamin dan bakal tunang juga . Salah siapa kalau pasangan pengantin perlu berbelanja lebih untuk mendirikan rumahtangga ? 


Majlis Hebat Belum Tentu Berkat



Majlis Hebat Belum Tentu Berkat


Pasangan zaman sekarang tidak mahu ketinggalan dengan trend majlis pertunangan yang hebat setanding majlis perkahwinan . Sebenarnya , bukan kehebatan majlis itu yang penting tetapi keberkatan ikatan pertunangan dan pernikahan itu sendiri . 

Majlis Biarlah Sederhana


Islam menganjurkan majlis biarlah sederhana bagi mengelakkan pasangan pengantin berhutang selepas majlis . Maka para pengantin perlu tahu ' ukur baju di badan sendiri ' . Kalau nak majlis gah macam orang lain , kenalah tengok poket sendiri tebal ke nipis .

Elakkan Pembaziran


Setiap orang mahukan majlis yang gah hanya kerana berlaku sekali dalam seumur hidup ( jika boleh ) . Tetapi di dalam Islam , jelas menegah umatnya melakukan pembaziran . Elakkan pembaziran selagi boleh . Kalau dah sanggup berhutang demi majlis yang gilang gemilang , kan dah membazir duit sendiri namaya ! 

Firman Allah yang bermaksud ;

Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya . "
( Surah al - Isra' ayat 27 )


Majlis Hebat Belum Tentu Berkat


Rahsiakan Pertunangan 


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud ;

Rahsiakan pertunangan dan iklankan ( maklumkan ) mengenai perkahwinan . "
( Hadis Riwayat Ahmad )

Kenapa Rasulullah berpesan sebegitu ? Mudah sahaja jawapannya , kerana pertunangan itu sesuatu yang belum pasti . Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan dan boleh juga berakhir tidak seperti yang pasangan harapkan .

Ulama menjelaskan antara hikmah pertunangan itu tidak dihebahkan kerana menjaga ikatan pertunangan daripada fitnah dan hasad dengki manusia . Justeri tu , pertunangan itu jika boleh jangan ambil masa yang lama .

Di dalam Islam dianjurkan majlis pertunangan itu untuk memberitahu bahawa si gadis itu sudah ditempah oleh seorang lelaki . Selain itu , pertunangan itu juga bertujuan untuk lebih mengenali antara satu sama lain serta ibu bapa dan ahli keluarga pasangan . Tapi setakat mengenali hati budi sahaja , bukan lesen unuk menghalalkan yang haram !


Majlis Hebat Belum Tentu Berkat

Kesimpulan


Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan pernikahan yang tidak berlebih - lebih iaitu sederhana serta ringkas kerana itulah yang terbaik dan paling diberkati Allah .

Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga , mereka seharusnya merancang perbelanjaan perkahwinan dengan bijak termasuklah dari segi jamuan , barang hantaran , mas kahwin , cenderahati , jurugambar perkahwinan , kad kahwin serta lainnya .

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ;

Buatlah kenduri walau dengan seekor kambing . "
( Hadis Riwayat Bukhari )

Ketahuilah bahawa perkahwinan yang berkat itu bukan terletak kepada nilai hantanran atau gahnya majlis tersebut tetapi restu semua pihak dan dilakukan menurut kehendak Islam iaitu majlis yang sederhana tanpa membezakan jemputan antara yang kaya dengan miskin .



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan