Gubahan Buah-buahan
Gubahan Buah-buahan | Buah adalah satu bahan yang boleh dijadikan hasil seni yang indah . Anda hanya perlu ada skill dan kreatif , maka akan terhasillah gubahan buah yang di toreh sana dan sini . Selalunya hasil seni dari buah ini sekadar untuk mencantikkan meja makan sama ada di hotel juga di meja makan pengantin . Di tempat lain , Chinta tak pasti .
Gubahan Buah-buahan
Tidak semua buah dapat diukir dengan baik dan cantik . Selalunya buah tembikai dan buah betik digunakan . Mengukir buah tembikai memerlukan ketelitian yang tinggi . Malah ukirannya menggunakan pisau - pisau tertentu yang direka khas untuk mengukir . Lihat saja hasil seni dari buah yang indah di bawah ini .
Selain dari tembikai , boleh juga hasilkan imej lain apabila digandingkan dengan beberapa jenis buah untuk menghasilkan satu bentuk yang menarik sebagaimana di bawah ini . Mereka hanya menggunakan nenas , pisang , limau dan buah yang Chinta tak tahu apa . Tapi hasilnya memang menarik .
Berikut pula adalah hasil seni dari buah yang sesuai dilatakkan di meja pengantin juga sebagai hantaran perkahwinan . Melihat hasil seni gubahan buah berikut , rasa macam sayang je nak makan sebab sangat indah gubahan buah untuk dipandang dan dihayati .
0 comments:
Post a Comment