Resepi Ringkas Makaroni Cheese Frozen
Resepi Ringkas Makaroni Cheese Frozen | Arwah abah Chinta suka sangat dengan makaroni . Selalunya bila masuk bulan puasa , beliau akan beli makaroni untuk dimasak sup dan di makan ketika sahur . Masa Chinta kecil , Chinta tak tahu pun makaroni ni adalah makanan orang barat . Maknanya , dari kecil lagi Chinta dah jadi mata biru lah kan ... hehehee .
Makaroni Cheese Frozen Food
Tujuan Chinta berkongsi Resepi Ringkas Makaroni Cheese Frozen ini adalah untuk membantu anda di luar sana yang sedang mencari cara untuk menambah pendapatan sampingan . Maklumlah , semua harga dah naik , maka kos untuk membesarkan anak dan menyara keluarga juga meningkat .
Resepi Ringkas Makaroni Cheese Frozen
Makaroni cheese frozen food ni anda boleh jual pada kawan-kawan sepejabat juga jual secara online . Cara dan langkah nak membuat makaroni cheese frozen pun mudah sahaja . Bila dah siap , anda hanya perlu simpan makaroni cheese frozen dalam peti sejuk sebelum makaroni cheese frozen dijual .
Bahan Untuk Ditumis
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 bungkus daging kisar
1/2 cawan air
1 tin cendawan butang
1 tin kecil tomato puree
3 sudu besar sos cili
Herba campuran
Garam
Lada hitam / putih
1- Potong dadu bawang besar , hiris nipis bawang putih dan ciang halus hirisan halia .
2- Panaskan minyak dan tumis bahan no.1 hingga layu .
3- Masukkan daging hancur dan air . Masak hingga daging empuk .
4- Masukkan cendawan dalam tin yang telah dipotong dadu . Gaul rata .
5- Masukkan tomato puree dan sos cili . Gaul rata .
6- Masukkan herba campuran , serbuk lada hitam dan garam . Masak hingga pekat .
Cara Sediakan Sos Putih
2 ulas bawang putih
1 sudu besar butter
2 cawan susu UHT atau lebih
2 cawan air
2 sudu besar tepung jagung
2 kiub pati ayam
Herba campuran
Garam
1- Panaskan butter, masukkan bawang putih yang dicincang halus . Bila dah keperangan , masukkan susu segar ( UHT ) . Biarkan mendidih seketika .
2- Masukkan air dan tepung jagung , kacau guna whisk .
3- Masukkan herba campurn , garam dan kiub ayam . Kacau lagi hingga kuah menjadi pekat .
4- Angkat dan biarkan seketika .
Cara Sediakan Makaroni
1- Rebuskan air bersama sedikit minyak dan garam hingga kembang .
2- Gaul sentiasa supaya makaroni tidak melekat di dasar .
3- Bila makaoni sudah masak , toskan dan letak diatas tapisan . Kemudian cuci di bawah air paip
yang mengalir supaya makaroni tidak melekat antara satu sama lain .
Cara Sediakan Makaroni Cheese Frozen
1- Sediakan bekas aluminium .
2- Tuang sedikitsos putih , ratakan .
3- Masukkan makaroni dan ratakan .
4- Letakkan daging yang ditumis tadi di atas makaroni , ratakan . Boleh taburkan parutan cheese jika mahu .
5- Tuangkan sos putih dan
6- Taburkan lagi makaroni di atas daging , ratakan .
7- Tuang sos putih sekali lagi .
8- lakukan proses tersebut sehingga selesai .
9- Taburkan parutan mozarella cheese , taburkan herba campuran dan letakkan cheese slice jika mahu .
10- Tutupkan bekas dengan plastik wrapper .
11- Masukkan dalam peti sejuk .
12- Bila mahu makan , baru dibakar dalam oven .
by Nida Mahdar
0 comments:
Post a Comment