Blogger Artis Hanis Zalikha Berkahwin
Dikalangan blogger , Hanis Zalikha bukanlah asing lagi . Beliau adalah antara blogger yang popular di zaman awal kemunculannya . Kerana kepopularannya itulah , Hanis Zalikha mendapat tawaran menjadi pengacara . Bidang pengacaraan telah menjadi batu loncatan baginya untuk terjun ke bidang lakonan . Kini , Hanis Zalikha bukanlah nama asing lagi dipersada seni tanahair .
Blogger Artis Hanis Zalikha Berkahwin
Jumaat 5 Jun 2015 adalah merupakan hari bersejarah kepada Hanis Zalikha apabila beliau disahkan menjadi isteri kepada Hairul Azreen yang juga merupakan seorang pelakon . Blogger artis Hanis Zalikha sah menajdi isteri Hairul Azreen hanya dengan sekali lafaz pada pukul 3.50 petang di kediaman keluarga Hanis Zalikha di Bukit Jelutong .
Hantaran Dan Mas Kahwin
Dalam majlis pernikahan ini , Hanis Zalikha menerima mas kahwin sebanyak RM300 bersama sebentuk cinicn . Pihak lelaki memberi 11 dulang hantaran dan dibalas 11 dulang hantaran juga dari pihak perempuan . Hairul Azreen telah memberi wang hantaran sebanyak RM 91,019.90 sebagai simbolik kepada tarikh hari lahir Hanis Zalikha yang jatuh pada 9 Oktober 1990 .
Ringkas Tetapi Menarik
Di hari bersejarah itu , blogger artis Hanis Zalikha telah mengenakan busana warna kelabu di hari pernikahannya . Tetap kelihatan menarik walaupun tidak memilih warna putih di hari pernikahannya seperti pasangan lain . Pelamin yang ringkas berdekorasi ala Inggeris tetap menawan bersama hantaran yang berkonsepkan kehijauan .
Pelamin resepsi majlis kahwin artis Hanis Zalikha dan Hairul Azreen menggunakan warna putih sama ada pada busana juga pada pelamin impiannya . Pelamin diserikan dengna hiasan bunga - bungaan berwarna kuning dan hijau . Combinasi warnanya agak pucat dari pandang saya .
0 comments:
Post a Comment