loading...

Resepi Ringkas Puding Roti Dan Sos Vanila


ASSALAMUALAIKUM ...



Resepi Ringkas Puding Roti Dan Sos Vanila | Den suka sangat dengan pencuci mulut nih . So kalau tetiba rasa nak makan dan buat , pastu lupa lak resepi , leh la den rujuk kat blog den nih . Pada masa yang sama boleh gak share dengan korang ...


Resepi Ringkas Puding Roti Dan Sos Vanila


Resepi Ringkas Puding Roti Dan Sos Vanila



Puding  roti dan sos vanila adalah gandingan yang mantap untuk pencuci mulut . Sangat sesuai di makan di waktu petang bersama secawan air teh , air kopi dan air milo .

PUDING ROTI



Nak buat puding roti ni bukanlah susah sangat . Bahan - bahannya pun senang disediakan . Kalau korang tak percaya , ikut je langkah kat bawah ni .

Bahan - bahan 


7 - 8 keping roti putih
1 - 2 sudu mentega
1/2   cawan gula kaster
2      biji telur
1 1/2 cawan susu UHT
1/2   cawan krim putar ( whipping cream ) - jika tiada gantikan dengan susu cair
1/2   sudu kecil essen vanila
1/4   sudu kecil serbuk kulit kayu manis 
1/2   cawan sultanas  / kismis
1/4   cawan kacang badam - cincang


Cara Membuat Sos Vanilla


1. Sapukan mentega pada roti dan dadukan .
2. Letakkan roti dalam acuan pembakar mengikut bentuk yang digemari .
3. Campurkan telur , susu , krim , esen vanila dan kulit kayu manis . Kacau sehingga sebati .
4. Curah pada roti yang telah disusun dalam acuan .
5. Taburkan kismis dan kacang atas roti dan bakar roti atas dulang yang berisi air ( steam bake )dengan suhu kepanasan 180 darjah celsius selama 35 minit atau sehingga roti keperangan .


SOS VANILA



Sos vanilla bukan sahaja sangat sedap tapi juga mudah disediakan . Sos vanila ni anda boleh juga makan bersama roti , biskut , ais krim , kek dan apa sahaja pencuci mulut yang anda mahu .

Bahan - bahan sos vanila


125 ml susu UHT
125 ml krim putar
1/4  cawan gula kaster
2 biji kuning telur 
1 sudu besar tepung jagung


Cara Membuat Sos Vanila


1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga betul - betul sebati .
2. Masakkan atas api yang sederhana sehingga sedikit likat . Pastikan sentiasa dikacau semasa memasak supaya tidak berketul . Sekiranya berketul anda boleh mesinkan dengan air dan tapis .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan