loading...

Hikmah Kahwin Muda


Hikmah Kahwin Muda | Bismillah . Rasulullah SAW memberi wasiat supaya kita mengambil kesempatan pada zaman muda untuk melakukan sesuatu  yang berfaedah . Kerana zaman muda sangat pendek serta cepat berlepas pergi . Ia ibarat bunga - bungaan pada musim rabi' ( musim bunga ) cantik dan berseri . Jika ia ' kecut ' dan layu , tamatlah masanya . 


Hikmah Kahwin Muda



Kahwin Muda


Kahwin muda merupakan Sunnah Rasulullah s.a.w. . Rasulullah mula berkahwin pada usia 25 tahun . Ketika itu , baginda berkahwin engan Siti Khadijah yang berusia 40 tahun dan telah dikurniakan 6 orang anak . 

Hikmah Kahwin Muda


Kahwin muda memberi banyak hikmah jika anda melusurinya dengan lebih mendalam . Walaupun kewangan dan kematangan itu menjadi penghalang , jika anda meletakkan Islam dan la Quran itu sebagai panduan , segala yang sukar akan ada jalan mudahnya . Berikut adalah beberapa hikmah kahwin muda .

1. Usia muda merupakan nikmat Allah SWT yang amat bernilai . 


Uda dan dara ni macam  musim bunga , semua orang suka tengok bunga . Anda tak suka ? Memang tak de jiwa ! Cian kan ... hahahaaa . Tu lah hakikatnya . Dalam hidup setiap manusia ni musim bunga hanya berlaku untuk beberapa waktu jer tapi penuh dengan keindahan . Pada usia inilah , pembaca dapat nikmati banyak keseronokan hidup aka syurga dunia .

2. Zaman bertenaga penuh dengan kekuatan , kelakian dan kejaguhan .


Energy anda masa nih memang umph ! Otak pun ada kat tahap sangat cergas . Cuma kurang pengalaman . Darah muda anda menyebabkan anda kurang pertimbangan . Tetapi menepati selera dan menjamu keinginan hubungan kelamin yang sedang membara .

3. Berkahwin dapat elakkan uda dan dara daripada terjerumus ke lembah maksiat , pergaulan bebas . Ia dapat merendahkan penglihatan serta menjaga kemaluan 


Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda : 

" Wahai kaum pemuda ! Sesiapa yang mampu berkahwin antara kamu , hendaklah dia kahwin . Kerana kahwin itu lebih membantu untuk menjaga mata dan memelihara kemaluan . Namun sesiapa yang tidak mampu , hendaklah ia berpuasa kerana berpuasa itu boleh meredakan runtunan nafsu syahwat . "   ( Riwayat Imam al - Bukhari )

4. Kahwin awal boleh menambah generasi / umat Islam di dunia .


Kahwin muda bermakna dapat zuriat / keturunan  awal dan dapat lahirkan anak ramai hingga tempoh tertentu . Bila usia memasuki 35 dan keatas , untuk hamil adalah sukar kerana faktor kesuburan .


Pada para pemuda yang mahu berkahwin muda , anda perlu pertimbangkan banyak faktor . Antaranya :
  • Kewangan  mesti stabil  
  • dapat sediakan keperluan asas ( rumah , kenderaaan , keperluan isi rumah ) 
  • dapat kawal emosi , 
  • dapat harungi masalah yang bakal wujud , 
  • bersedia membesarkan anak dalam dunia serba mencabar dan canggih , 

Dr. Muhammad Syamat juga ada berkata : 
" Allah swt telah mengurniakan kebahagiaan kepada  manusia sama ada pada tubuh badannya atau rohaninya dengan tidak mengazab tubuh badan demi mendapat kebahagiaan akhirat . "

1 comment:

  1. betul tu... kawin muda dapat mengelakkan dari berlakunya maksiat yang tidak kita nampak..

    singgah sini.
    Review Prolin All Over Clear Lotion Work As Insect Repellent

    ReplyDelete

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan