Featured
loading...

Cara Mudah Buat Bunga Telur


Cara Mudah Buat Bunga Telur | Satu ketika dahulu , Chinta ada menghadiri majlis perkahwinan sepupu . Ketika dia sedang sibuk menghias barang hantarannya , Chinta tertarik dengan bunga telur yang dihasilkan . Maka Chinta bertanya apakah bahan yang digunakan untuk menghasilkan bunga telur tersebut . Chinta tak berapa ingat tentang cara membuat bunga telur itu dan apa bahannya . Pada ketika itu , bunga telur itu agak popular sebab Chinta pernah jumpa di majalah juga . Pada hari ini , Chinta menemui yang hampir sama cara pembuatannya dan nak kongsi dengan pembaca bagaimana cara mudah bunga telur itu dihasilkan .


 DIY Bunga Telur


Cara Mudah Buat Bunga Telur


DIY bunga telur ini selain menggunakan dawai lembut , pewarna kelopak bunga adalah menggunakan pewarna  kuku . Sekarang banyak warna ada di pasaran . Ini adalah alternatif yang paling sesuai untuk pasangan pengantin yang mahu menjimatkan kos . Maklumlah GST macam dah bermula gitu .


 DIY Bunga Telur


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih | Oleh sebab ada keyword carian tema warna putih untuk majlis kahwin , maka gigihlah Cynta mencari tema warna putih untuk majlis kahwin untuk dipersembahkan kepada anda sebagai rujukan .


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih


Warna Putih


Warna putih adalah lambang kesucian . Sebab itu ramai pasangan pengantin memilih warna putih untuk baju perkahwinan mereka . Ada juga yang menganggap warna putih membosankan kerana ramai pengantin yang memilihnya . Maka mereka memilih warna lain untuk mencari kelainan .

Berikut adalah dekorasi majlis kahwin yang boleh anda ambil sebagai contoh untuk tema warna putih untuk majlis kahwin .


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih



Warna Tema Majlis Kahwin - Putih

Warna Tema Majlis Kahwin - Putih


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih

Warna Tema Majlis Kahwin - Putih

Warna Tema Majlis Kahwin - Putih

Pencahayaan


Sekiranya anda suka bermain dengan pencahayaan dan mahukan suasana yang romantis pada majlis kahwin anda , anda boleh sahaja menggunakan warna tertentu pada lampu untuk memberi kesan warna yang menawan pada majlis anda . Berikut adalah cotoh yang anda boleh gunakan .


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih

Warna Tema Majlis Kahwin - Putih

Warna Tema Majlis Kahwin - Putih


Lihatlah hasilnya bila anda menggunakan lampu berwarna pada majlis kahwin anda untuk memberi kesan suasana romantik . Cantik bukan !


Jenis Air Detox


Jenis Air Detox | Air detox merupakan minuman kesihatan yang popular di masa ini . Kalau anda minum di restoran pun , ada restoran yang memberikan minuman detox percuma kepada pelanggannya . Air detox juga mudah disediakan dalam masa yang singkat sahaja .


Jenis Air Detox

Air Detox


Air detox  dikatakan boleh mengeluarkan toxin dalam badan . Malah air detox juga merupakan cara yang paling mudah membakar lemak di dalam badan . Sama ada ianya benar ataupun mitos , anda sendiri tentukan dengan cuba mengamalkannya .


Jenis Air Detox


Jenis Air Detox


Ada pelbagai jenis air detox . Anda oleh menghasilkan air detox menggunakan pelbagai jenis buah , sayuran dan herba . Semuanya bergantung kepada selera anda . Berikut adalah antara contoh jenis air detox yang anda boleh hasilkan sendiri .


Jenis Air Detox

Bahan Asas


Bahan asas air detox adalah lemon , timun , halia dan daun pudina . Semua yang dinyatakan tadi merupakan bahan yang selalunya ada dalam air detox selain buah - buahan . Bahan asas air detox tersebut dikatakan dapat memecahkan lemak dalam badn selain aktif menyingkirkan toksin .


Jenis Air Detox


Jenis Air Detox


Cara Mudah Mencorak Kek


Cara Mudah Mencorak Kek | Perkara pertama yang jadikan kita sangat tak sabar nak rasa kek adalah corak pada kek tersebut . Bila corak luaran kek cantik , maka sudah tentunya corak di dalam kek juga menarik . 

Cara Mudah Mencorak Kek

Mencorak Kek


Banyak cara boleh kita lakukan untuk mencorak kek . Kerja mencorak kek jadi lebih mudah jika kita dah tentukan tema kek itu untuk majlis apa . Maka idea yang kreatif akan datang dengan mudah . Asalkan segala jenis bahan untuk mencorak kek yang diperlukan sudah tersedia .

Cara Mudah Mencorak Kek


Cantik tak corak kek kuda belang di atas ? Kalau anda berminat nak tahu bagaimana nak hasilkan corak kek kuda belang itu , berikut ada langkah - langkah untuk menghasilkan corak kek kuda belang . 


Cara Mudah Mencorak Kek

Corak Kek Kuda Belang


Sekarang , mari kita lihat bagaimana cara untuk hasilkan luaran kek seperti kuda belang sebagaimana corak kek kuda belang di atas . Untuk hasilkan corak kek kuda belang , anda perlukan coklat masakan . Coklat masakan itu perlulah anda

  • cairkan menggunakan kaedah double boiling bersama sedikit butter supaya kelihatan berkilat
  • tuang coklat cair di atas dulang 
  • ratakan coklat sehingga menjadi nipis 
  • biarkan coklat menjadi beku dan sejuk
  • potong coklat mengikut corak kuda belang 
  • lekatkan di atas kek yang sudah disapukan krim sehingga menjadi corak kuda belang



Cara Mudah Mencorak Kek

Corak Kek Marble


Bukan susah sebenarnya cara nak menghasilkan corak kek marble ni . Anda ikut sahaja panduan menghasilkan corak kek marble di bawah . Langkah - langkah yang perlu anda lakkan adalah 

  • adunan yang sudah siap , bahagikan kepada 3 bahagian
  • bahagian pertama anda tak perlu lakukan apa - apa . Biarkan saja .
  • bahagian kedua , anda masukkan pewarna merah dan gaul sebati
  • bahagian ketiga , anda masukkan coklat / serbuk koko cair . Gaul hingga sebati

Cara Mudah Mencorak Kek


Selepas semua langkah menghasilkan cora kek marbel di atas anda lakukan , anda perlu 
  • ambil loyang pembakar , sapukan butter atau letakkan kertas minyak
  • ambil satu senduk adunan yang tiada warna dan tuangkan di tengah loyang .
  • kemudain , mabil pula satu senduk adunan warna coklat dan tuangkan diatasnya perlahan - lahan .
  • selepas itu , tuangkan pula adunan berwarna merah .

Lakukan langkah di atas berulang sehingga loyang anda penuh . Selepas itu barulah dibakar . Selamat mencuba ya .







Resepi Mudah Kek Ais Krim


Resepi Mudah Kek Ais Krim | Bismillah . Ketika bercuti bersama keluarga , tentu anda mahu menghasilkan sesuatu yang mudah untuk santapan bersama . Apatah lagi jika ketika itu ada yang menyambut hari kelahirannya . Sudah tentu jika boleh anda mahu hasilkan sendiri kek tersebut ala DIY dan kek itu biarlah mudah untuk disediakan . 


Kek Ais Krim



Resepi MudahKek Ais Krim


Ais krim adalah kegemaran ramai orang . Malah ais krim juga menjadi pencuci mulut kegilaan sesetengah orang terutama kanak - kanak . Apa kata anda hasilkan kek menggunakan ais krim . Ianya sangat mudah dan cepat . Berikut adalah langkah - langkah  resepi mudah kek ais krim yang anda boleh ikuti .

Bahan - bahan ;

  • Kit Kat bar
  • Ais Krim 2 perasa berbeza 
  • Biskut Oreo berkrim
  • Coklat m&m



Kek Ais Krim


Langkah Mudah Kek Ais Krim ;


1- Anda kisarkan biskut oreo berkrim .

2- Sediakan loyang kek .

3- Letakkan kit kat bar di sekeliling loyang .

4- Masukkan biskut oreo yang anda telah kisar . Ratakan biskt oreo kisar di dasar loyang .

5- Masukkan ais krim perasa pertama , ratakan . Kemudian masukkan pula ais krim perasa kedua , ratakan . 

6- Taburkan biskut oreo yang dihancurkan kasar dan taburkan coklat m&m di atasnya .

7- Simpan sebentar di dalam peti sejuk sebelum dipotong .


Mudah sahaja bukan . Anda boleh menghasilkannya dalam beberapa minit sahaja . Selepas itu , kek ais krim ini sudah boleh anda potong dan makan bersama keluarga di petang hari . Anak - anak anda pasti sukakannya .


Selamat bercuti semua ...

Pentingnya Berkhitan Bagi Anak Perempuan


Pentingnya Berkhitan Bagi Anak Perempuan | Tahun lepas saya ada menonton program Semanis Kurma berkisar tentang anak luar nikah . Panel jemputan ketika itu memiliki rumah perlindungan untuk gadis mengandung anak luar nikah . Katanya , selama beberapa tahun beliau membuat kajian , beliau mendapati anak - anak gadis ini tidak berkhitan . Maka saya berhajat membuat entry berkitan ini .



Pentingnya Berkhitan Bagi Anak Perempuan


Pentingnya Berkhitan Bagi Anak Perempuan


Saya melihat , kesibukan ibu bapa pada zaman ini telah menyebabkan mereka memandang remeh soal mengkhitan anak gadisnya . Tak hairanlah kalau rama remaja sekarang tidak berkhitan . Berbeza dengan zaman dahulu . Anak dilahirkan dengan bantuan mak bidan . Jadi mak bidan akan melakukan khitan kepada anak perempun sebagai pelengkap tugasnya .


Berikut adalah maklumat hasil carian saya di google .



Berkhitan

Berkhitan adalah termasuk dalam sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud:
" Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda: lima perkara yang menjadi sunnah nabi-nabi iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencukur misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak . " (Riwayat Muslim)



Hukum berkhatan bagi lelaki dan perempuan adalah wajib mengikut imam Syafi'i sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
" Daripada 'Uthaim bin Kulaib daripada ayahnya, daripada datuknya, bahawasanya ia datang menemui Nabi s.a.w sambil berkata: "Sesungguhnya aku telah memeluk Islam lalu baginda s.a.w bersabda: "Cukurlah rambutmu ketika kafir dan berkhatanlah ". (Riwayat Ahmad)



Mengenai berkhatan bagi kaum perempuan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
" Daripada Ummu 'Atiyyah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda, janganlah engkau berlebih-lebihan ketika berkhatan kerana yang demikian itu akan memberi kebaikan kepada wanita dan disukai oleh suami " (Riwayat Abu Daud).



Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب 
Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. (Riwayat Muslim)



Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.

2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,

3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.



Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkhatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.



Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.



Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.



Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas melihat hadith2 Nabi saw, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .



"Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.." dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan,di akhirnya pakar perubatan ini berkata :" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)


Lelaki berkhatan ketika usia dewasa tu perkara biasa . Setakat ni saya tak ada dengar wanita berkhitan ketika dewasa . Sekiranya berkhitan ini dapat elakkan anak gadis daripada terjebak kepada perkara maksiat , maka ibu bapa harus lakukannya .


* NOTA :

Ada kenyataan di atas yang bersifat 18 sx . Harap pembaca dah cukup matang untuk menilaikannya .



Jangan Lakukan Pada Bayi Baru Lahir


Jangan Lakukan Pada Bayi Baru Lahir | Selalu sahaja Chinta melihat ibu bapa yang sangat gembira dengan kelahiran bayi baru dengan berkongsi status dan gambar bayi di media sosial seperti Facebook dan Instagram serta lainnya . Tujuan mereka sekadar mahu berkongsi kegembiraan dengan orang lain .


Jangan Lakukan Pada Bayi Baru Lahir


Jangan Lakukan Pada Bayi Baru Lahir 


Siapa tak suka bila dapat baby baru kan . Kerana keterujaan mendapat bayi baru menyebabkan ibu bapa lupa ada banyak perkara yang boleh mengundang bahaya pada bayi mereka . Oleh itu , berikut Chinta seneraikan beberapa perkara yang ibu bapa perlu ambil tahu .

Cukur Rambut


Islam menggalakkan ibu bapa supaya mencukur bersih kepala bayi . Ini kerana rambut pada kepala bayi menyimpan segala kekotoran semasa di dalam uri ibunya . Kekotoran itu jika tidak dibuang boleh memberi kesan pada sel - sel otak bayi . 

Ibu bapa selalunya cukur rambut bayi masa majlis cukur jambul . Itupun ada kalanya hanya di potong sedikit sahaja pada bahagian tertentu . Makanya , selepas ini , selepas bayi lahir , cukur bersih rambutnya .

Ambil Gambar


Terdapat satu kes yang berlaku di China di mana seorang pelawat yang datang melawat bayi baru lahir telah mengambil gambar bayi tersebut . Tanpa disedari , flash dari kamera tersebut telah menyebabkan mata bayi rosak walaupun ketika gambar di ambil , mata bayi itu masih tertutup . 

Hanya selepas beberapa bulan , ibu bapa bayi mendapati ada kecacatan pada mata bayinya . Selepas mendapatkan rawatan doktor , mereka diberitahu , mata bayi rosak disebabkan flash dari kamera . Kalau anda menjadi ibu bapa bayi tersebut , tentu anda menyesal dan terkilan bukan .

Cium Bayi


Elakkan orang sembarangan cium bayi terutama mereka yang sedang demam , selsema dan batuk . Malah ibu bapa juga tidak tahu jika mereka itu juga ada penyakit lain yang boleh berjangkit dan berbahaya . Bayi sangat sensitif dan mudah mendapa penyakit kerana antibodinya yang belum kuat . 

Susu Botol


Untuk kuatkan sistem imun dan antibodi bayi , elakkan beri bayi susu botol ( susu tepung ) dalam tiga bulan pertama sekurang - kurangnya . Kalau nak beri juga susu botol disebabkan ibu perlu bekerja , berilah selepas enam bulan . Ini kerana puting susu botol itu sebenarnya mengandungi bahan kimia .

Kajian mendapati , agen kanser ada dalam badan kita bermula dengan puting susu botol . Walaupun sekadar 4 % , jika ianya memakan masa sehingga lima tahun , maka jumlah yang terkumpul adalah sangat banyak . Sebab itu , di zaman ini , ramai antara kita yang menghidap kanser walaupun mengamalkan gaya hidup yang sihat . Malah ramai yang dikesan menghidap kanser pada usia yang muda .

Kerap Cuci Dan Stril


Barang - barang kegunaan bayi seperti tuala , tilam , bantal , lampin kain , kain buai dan sebagainya perlu kerap di cuci dan distril untuk membunuh kuman . 

Jangan biarkan bayi memakai lampin terlalu lama . Jangan tunggu hingga lampin penuh dengan air kencing baru nak tukar . Ianya membahayakan alat sulit bayi . Jika alat sulit bayi terperam dengan kelembapan terlalu lama , ianya akan meninggalkan kesan ruam kemerah - merahan . 



Pelamin Tunang


Pelamin Tunang | Pelamin merupakan singahsana pengantin sebagai raja sehari pada satu ketika dulu . Zaman sekarang pula , bertunang saja sudah duduk atas pelamin bersama bakal suami . Kalau orang dulu mesti tak bagi bakal suami hadir sama . Tak molek katanya . Macam dah tak sabar saja nak kahwin ! Berbeza dengan zaman sekarang kalau boleh cincin tunang pun nak bakal suami yang sarungkan macam cara orang kafir tu . Baru mukadimah je Chinta dah bebel panjang ... hehehee .


Pelamin Tunang


Pelamin Tunang


Okey , sekarang kita terus je masuk ke tajuk . Oleh kerana dah jadi budaya abad 21 ni , maka ramailah yang nak ikut trend duduk atas pelamin masa majlis bertunang . Pelamin untuk majlis bertunang selalunya ringkas sahaja dekorasinya . Cukuplah dekorasi pelamin tunang ini untuk naikkan seri majlis . Contohnya seprti di bawah ni .


Pelamin Tunang


Pelamin Tunang


Pelamin Tunang


Pelamin Tunang


Pelamin Tunang


Pelamin DIY


Pelamin ni sebenarnya bukan susah pun nak buat sendiri . Boleh saja buat pelamin DIY dengan membuat rujukan melalui internet . Sebelum nak buat tu , perlulah pilih tema , warna dan jenis dekorasi . Bagi Chinta , buat sendiri lebih jimat sebab selepas majlis tunang boleh recycle untuk majlis lainnya atau untuk kegunaan rumah / bilik sendiri .




Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan