loading...

Pentingnya Berkhitan Bagi Anak Perempuan


Pentingnya Berkhitan Bagi Anak Perempuan | Tahun lepas saya ada menonton program Semanis Kurma berkisar tentang anak luar nikah . Panel jemputan ketika itu memiliki rumah perlindungan untuk gadis mengandung anak luar nikah . Katanya , selama beberapa tahun beliau membuat kajian , beliau mendapati anak - anak gadis ini tidak berkhitan Maka saya berhajat membuat entry berkitan ini .



Pentingnya Berkhitan Bagi Anak Perempuan


Pentingnya Berkhitan Bagi Anak Perempuan


Saya melihat , kesibukan ibu bapa pada zaman ini telah menyebabkan mereka memandang remeh soal mengkhitan anak gadisnya . Tak hairanlah kalau rama remaja sekarang tidak berkhitan . Berbeza dengan zaman dahulu . Anak dilahirkan dengan bantuan mak bidan . Jadi mak bidan akan melakukan khitan kepada anak perempun sebagai pelengkap tugasnya .


Berikut adalah maklumat hasil carian saya di google .



Berkhitan

Berkhitan adalah termasuk dalam sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud:
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda: lima perkara yang menjadi sunnah nabi-nabi iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencukur misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak . " (Riwayat Muslim)



Hukum berkhatan bagi lelaki dan perempuan adalah wajib mengikut imam Syafi'i sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :
" Daripada 'Uthaim bin Kulaib daripada ayahnya, daripada datuknya, bahawasanya ia datang menemui Nabi s.a.w sambil berkata: "Sesungguhnya aku telah memeluk Islam lalu baginda s.a.w bersabda: "Cukurlah rambutmu ketika kafir dan berkhatanlah ". (Riwayat Ahmad)



Mengenai berkhatan bagi kaum perempuan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
" Daripada Ummu 'Atiyyah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda, janganlah engkau berlebih-lebihan ketika berkhatan kerana yang demikian itu akan memberi kebaikan kepada wanita dan disukai oleh suami (Riwayat Abu Daud).



Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب 
Ertinya : Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. (Riwayat Muslim)



Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.

2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,

3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.



Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkhatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.



Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.



Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.



Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas melihat hadith2 Nabi saw, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .



"Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.." dan pelbagai lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan,di akhirnya pakar perubatan ini berkata :" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit ( Majalah, Oktober 1994)


Lelaki berkhatan ketika usia dewasa tu perkara biasa . Setakat ni saya tak ada dengar wanita berkhitan ketika dewasa . Sekiranya berkhitan ini dapat elakkan anak gadis daripada terjebak kepada perkara maksiat , maka ibu bapa harus lakukannya .


* NOTA :

Ada kenyataan di atas yang bersifat 18 sx . Harap pembaca dah cukup matang untuk menilaikannya .



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan