Jangan Lakukan Pada Bayi Baru Lahir
Jangan Lakukan Pada Bayi Baru Lahir | Selalu sahaja Chinta melihat ibu bapa yang sangat gembira dengan kelahiran bayi baru dengan berkongsi status dan gambar bayi di media sosial seperti Facebook dan Instagram serta lainnya . Tujuan mereka sekadar mahu berkongsi kegembiraan dengan orang lain .
Jangan Lakukan Pada Bayi Baru Lahir
Siapa tak suka bila dapat baby baru kan . Kerana keterujaan mendapat bayi baru menyebabkan ibu bapa lupa ada banyak perkara yang boleh mengundang bahaya pada bayi mereka . Oleh itu , berikut Chinta seneraikan beberapa perkara yang ibu bapa perlu ambil tahu .
Cukur Rambut
Islam menggalakkan ibu bapa supaya mencukur bersih kepala bayi . Ini kerana rambut pada kepala bayi menyimpan segala kekotoran semasa di dalam uri ibunya . Kekotoran itu jika tidak dibuang boleh memberi kesan pada sel - sel otak bayi .
Ibu bapa selalunya cukur rambut bayi masa majlis cukur jambul . Itupun ada kalanya hanya di potong sedikit sahaja pada bahagian tertentu . Makanya , selepas ini , selepas bayi lahir , cukur bersih rambutnya .
Ambil Gambar
Terdapat satu kes yang berlaku di China di mana seorang pelawat yang datang melawat bayi baru lahir telah mengambil gambar bayi tersebut . Tanpa disedari , flash dari kamera tersebut telah menyebabkan mata bayi rosak walaupun ketika gambar di ambil , mata bayi itu masih tertutup .
Hanya selepas beberapa bulan , ibu bapa bayi mendapati ada kecacatan pada mata bayinya . Selepas mendapatkan rawatan doktor , mereka diberitahu , mata bayi rosak disebabkan flash dari kamera . Kalau anda menjadi ibu bapa bayi tersebut , tentu anda menyesal dan terkilan bukan .
Cium Bayi
Elakkan orang sembarangan cium bayi terutama mereka yang sedang demam , selsema dan batuk . Malah ibu bapa juga tidak tahu jika mereka itu juga ada penyakit lain yang boleh berjangkit dan berbahaya . Bayi sangat sensitif dan mudah mendapa penyakit kerana antibodinya yang belum kuat .
Susu Botol
Untuk kuatkan sistem imun dan antibodi bayi , elakkan beri bayi susu botol ( susu tepung ) dalam tiga bulan pertama sekurang - kurangnya . Kalau nak beri juga susu botol disebabkan ibu perlu bekerja , berilah selepas enam bulan . Ini kerana puting susu botol itu sebenarnya mengandungi bahan kimia .
Kajian mendapati , agen kanser ada dalam badan kita bermula dengan puting susu botol . Walaupun sekadar 4 % , jika ianya memakan masa sehingga lima tahun , maka jumlah yang terkumpul adalah sangat banyak . Sebab itu , di zaman ini , ramai antara kita yang menghidap kanser walaupun mengamalkan gaya hidup yang sihat . Malah ramai yang dikesan menghidap kanser pada usia yang muda .
Kerap Cuci Dan Stril
Barang - barang kegunaan bayi seperti tuala , tilam , bantal , lampin kain , kain buai dan sebagainya perlu kerap di cuci dan distril untuk membunuh kuman .
Jangan biarkan bayi memakai lampin terlalu lama . Jangan tunggu hingga lampin penuh dengan air kencing baru nak tukar . Ianya membahayakan alat sulit bayi . Jika alat sulit bayi terperam dengan kelembapan terlalu lama , ianya akan meninggalkan kesan ruam kemerah - merahan .
0 comments:
Post a Comment