Pelamin Tunang
Pelamin Tunang | Pelamin merupakan singahsana pengantin sebagai raja sehari pada satu ketika dulu . Zaman sekarang pula , bertunang saja sudah duduk atas pelamin bersama bakal suami . Kalau orang dulu mesti tak bagi bakal suami hadir sama . Tak molek katanya . Macam dah tak sabar saja nak kahwin ! Berbeza dengan zaman sekarang kalau boleh cincin tunang pun nak bakal suami yang sarungkan macam cara orang kafir tu . Baru mukadimah je Chinta dah bebel panjang ... hehehee .
Pelamin Tunang
Okey , sekarang kita terus je masuk ke tajuk . Oleh kerana dah jadi budaya abad 21 ni , maka ramailah yang nak ikut trend duduk atas pelamin masa majlis bertunang . Pelamin untuk majlis bertunang selalunya ringkas sahaja dekorasinya . Cukuplah dekorasi pelamin tunang ini untuk naikkan seri majlis . Contohnya seprti di bawah ni .
Pelamin DIY
Pelamin ni sebenarnya bukan susah pun nak buat sendiri . Boleh saja buat pelamin DIY dengan membuat rujukan melalui internet . Sebelum nak buat tu , perlulah pilih tema , warna dan jenis dekorasi . Bagi Chinta , buat sendiri lebih jimat sebab selepas majlis tunang boleh recycle untuk majlis lainnya atau untuk kegunaan rumah / bilik sendiri .
0 comments:
Post a Comment