Cara Mudah Mencorak Kek
Cara Mudah Mencorak Kek | Perkara pertama yang jadikan kita sangat tak sabar nak rasa kek adalah corak pada kek tersebut . Bila corak luaran kek cantik , maka sudah tentunya corak di dalam kek juga menarik .
Mencorak Kek
Banyak cara boleh kita lakukan untuk mencorak kek . Kerja mencorak kek jadi lebih mudah jika kita dah tentukan tema kek itu untuk majlis apa . Maka idea yang kreatif akan datang dengan mudah . Asalkan segala jenis bahan untuk mencorak kek yang diperlukan sudah tersedia .
Cara Mudah Mencorak Kek
Cantik tak corak kek kuda belang di atas ? Kalau anda berminat nak tahu bagaimana nak hasilkan corak kek kuda belang itu , berikut ada langkah - langkah untuk menghasilkan corak kek kuda belang .
Corak Kek Kuda Belang
Sekarang , mari kita lihat bagaimana cara untuk hasilkan luaran kek seperti kuda belang sebagaimana corak kek kuda belang di atas . Untuk hasilkan corak kek kuda belang , anda perlukan coklat masakan . Coklat masakan itu perlulah anda
- cairkan menggunakan kaedah double boiling bersama sedikit butter supaya kelihatan berkilat
- tuang coklat cair di atas dulang
- ratakan coklat sehingga menjadi nipis
- biarkan coklat menjadi beku dan sejuk
- potong coklat mengikut corak kuda belang
- lekatkan di atas kek yang sudah disapukan krim sehingga menjadi corak kuda belang
Corak Kek Marble
Bukan susah sebenarnya cara nak menghasilkan corak kek marble ni . Anda ikut sahaja panduan menghasilkan corak kek marble di bawah . Langkah - langkah yang perlu anda lakkan adalah
- adunan yang sudah siap , bahagikan kepada 3 bahagian
- bahagian pertama anda tak perlu lakukan apa - apa . Biarkan saja .
- bahagian kedua , anda masukkan pewarna merah dan gaul sebati
- bahagian ketiga , anda masukkan coklat / serbuk koko cair . Gaul hingga sebati
Selepas semua langkah menghasilkan cora kek marbel di atas anda lakukan , anda perlu
- ambil loyang pembakar , sapukan butter atau letakkan kertas minyak
- ambil satu senduk adunan yang tiada warna dan tuangkan di tengah loyang .
- kemudain , mabil pula satu senduk adunan warna coklat dan tuangkan diatasnya perlahan - lahan .
- selepas itu , tuangkan pula adunan berwarna merah .
Lakukan langkah di atas berulang sehingga loyang anda penuh . Selepas itu barulah dibakar . Selamat mencuba ya .
0 comments:
Post a Comment