Featured
loading...

Tema Rumah Warna Hijau


Tema Rumah Warna Hijau | Selalu kita jumpa rumah yang menggunakan warna hijau untuk menghias ruang tamu rumah mereka tetapi kelihatan biasa-biasa sahaja . Selalunya mereka tidak menggunakan tone warna serta aksesori hiasan yang sesuai sebagai padanan .


Tema Rumah Warna Hijau

Tema Rumah Warna Hijau


Kebetulan Chinta menemui contoh - contoh penggunaan tona warna hijau untuk ruang tamu yang menarik untuk dikongsikan bersama anda . Bukan sekadar tona warna hijau untuk ruang tamu kelihatan sesuai malah sedap mata memandang . Penggunaan warna hijau di ruang tamu juga elok untuk terapi jiwa dan stress .


Tema Rumah Warna Hijau

Tema Rumah Warna Hijau

Tema Rumah Warna Hijau

Tema Rumah Warna Hijau





Resepi Ringkas Roti Burger Berinti Keju Dan Daging


Resepi Ringkas Roti Burger Berinti Keju Dan Daging | Roti burger adalah antara makanan segera yang disukai ramai . Bermacam jenis roti burger yang ada di pasaran . Yang sinonim dengan anda adalah burger McD dan Burger King . Bagi kalangan orang tempatan , Burger Bakar sudah mula popular . 

Roti Burger Berinti 3 Sekawan

Resepi Ringkas Roti Burger Berinti Keju Dan Daging


Roti burger , jika anda beli dan hasilkan sendiri , anda boleh isi pelbagai jenis inti mengikut cita rasa anda sendiri . Selalunya anda akan meletakkan telur , daging dan daging ayam sebagai inti kerana itu adalah kegemaran utama anak - anak . Apa kata anda cuba meletakkan bahan inti lebih dari itu .

Langkah Menghasilkan Roti Burger Berinti


Untuk menghasilkan roti burger berinti , terlebih dahulu anda perlulah 
  • mengeluarkan isi di bahagian tengah broti burger sebagaimana yang ditunjukkan oleh gambar di bawah .

Roti Burger Berinti 3 Sekawan

  • masukkan daging / daging ayam / ham
  • masukkan telur
  • taburkan cheese
  • taburkan daun parsley 
  • atau apa sahaja bahan yang anda gemari


Roti Burger Berinti 3 Sekawan

  • tutup roti burger dan bunkus dengan kerajang aluminium
  • bakar pada suhu 180C selama 10 hingga 15 minit .

Mudah Dan Ringkas


Roti burger berinti ini jadi mudah kerana anda boleh dapatkan roti itu di pasaraya . Apabila anda boleh meletakkan apa sahaja bahan di dalamnya , maka terhasillah roti burger berinti yang ringkas untuk hidangan seisi keluarga .

RESEPI RINGKAS MOCHA ICE BLENDED


RESEPI RINGKAS MOCHA ICE BLENDED | Selalunya kita cuma minum mocha ais blended di restoran sahaja . Maklumlah , bab makanan orang barat ni selalunya kita tak ambil tahu cara nak buat sendiri di rumah . 


RESEPI RINGKAS MOCHA ICE BLENDED

RESEPI RINGKAS MOCHA ICE BLENDED


Hari ini Chinta nak kongsi resepi ringkas mocha ice blended untuk anda cuba sendiri di rumah . Bahan-bahan membuat mocha ice blended dan cara membuat mocha ice blended adalah seperti berikut :

Bahan-bahannya :


● 2 scop ais krim perisa coklat
● 1 sudu besar nescafe

● 4 sudu besar susu pekat manis
● 2 sudu besar milo
● Sedikit air masak
● Air gula secukupnya (jika perlu)
● Ais kiub secukupnya


Cara-caranya :


Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga hancur. Siap unutk dihidang.


Mudah sahaja cara membuat mocha ice blended bukan ? Pejam mata pun boleh buat kan . Selamat mencuba bagi pecinta mocha ice blended .



Pelajari Keinginan Lelaki


" Setiap isteri mempunyai satu keinginan yang kuat iaitu untuk merasai dirinya dicintai . Apabila keinginan itu dipenuhi , mereka akan merasa bahagia . Setiap suami mempunyai satu keinginan yang kuat iaitu untuk merasai dirinya dihormati . Apabila keinginan itu dipenuhi , mereka akan merasa bahagia . Apabila salah satu daripada keinginan atau keperluan ini tidak dapat dipenuhi , keadaan perhubungan akan menjadi tidak tenteram . Tidak ada kefahaman tentang rasa cinta dan rasa hormat menjadikan pasangan bertindak secara negatif antara satu sama lain . Memahami tentang rasa cinta dan rasa hormat membolehkan pasangan menangani konflik . "                                                                 
Dr. Emerson Eggerichs , " Love And Respect "

Pelajari Keinginan Lelaki








Pelajari Keinginan Lelaki


Kalau cinta dan sayang tu bahasa perempuan , maka rasa dihormati adalah bahasa lelaki . Kaum lelaki akan merasa dirinya dihormati apabila 6 perkara di bawah ni dapat dipenuhi .

1. Ingin menguasai , mahu kerja keras dan pencapaiannya dihargai .


Mereka nak perempuan memahami pentingnya erti pekerjaan yang ingin dilakukan , tanggungjawab yang ingin ditunjukkan serta sumbangan yang ingin diberikan . Maka para perempuan , berilah galakan dan sokongan ya.

2. Mahu memainkan peranan menyediakan dan memberi perlindungan .


Sekiranya terpaksa bergantung pada perempuan ,  lelaki sejati akan merasa dirinya lemah , dayus , dan rendah harga diri .

3. Mahukan autoriti untuk memimpin dan berkhidmat .


Di dalam perhubungan , rasa hormat itulah yang diinginkan lelaki untuk menyenangkan hatinya memimpin dan berkhidmat .

4. Mahu terlibat , mengambil tahu dan mahu pendapatnya diterima .


Rasa tanggungjawab menjadikan lelaki mahu melibatkan diri dalam hal - hal yang dia boleh membantu . Ajaklah lelaki berbincang . Mereka mahu mengambil bahagian , bekerjasama memainkan peranan dan sama - sama terlibat memegang tanggungjawab .

5. Berkongsi minat dan aktiviti .


Di sebalik kejayaan seorang lelaki berdiri seorang perempuan dibelakangnya . Perempuan yang selalu di sisi berkongsi minat , memberi sokongan moral dan galakan , menolaknya dari belakang untuk lelaki terus maju ke depan akan menjadikan lelaki itu lebih hebat .

6. Dahagakan kemesraan dan layanan .


Lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang memberi layanan mesra ( kerana rasa dihormati ) walaupun terhadap perempuan yang tidak dicintainya . Lelaki akan setia dalam cintanya apabila merasa dihargai . Kesetiaan itu akan kekal selamanya kerana sebenarnya lelaki dahagakan kemesraan dan layanan  perempuan .

Idea Warna Biru Untuk Bilik Tidur


Idea Warna Biru Untuk Bilik Tidur | Bilik tidur adalah syurga . Maka untuk mewujudkan syurga terutama untuk berdua bersama pasangan , anda perlukan sentuhan warna serta kombinasi yang sesuai di samping aksesori hiasan pada bilik anda .


Idea Warna Biru Untuk Bilik Tidur

Idea Warna Biru Untuk Bilik Tidur


Bagi pecinta warna biru untuk bilik tidur , anda tentu sedang mencari-cari kombinasi serta eksesori warna biru yang sesuai untuk bilik tidur rumah anda . Untuk menyulam cinta dan berasmara , suasana romantik bilik tidur berwarna biru adalah sangt membantu . Berikut adalah conth yang anda boleh gunakan .


Idea Warna Biru Untuk Bilik Tidur

Idea Warna Biru Untuk Bilik Tidur

Idea Warna Biru Untuk Bilik Tidur


Cara Pakai Bra Penyebab Kanser


Cara Pakai Bra Penyebab Kanser | Sebelum ni Chinta tak terfikir lak kalau bra yang kita pakai setiap hari tu boleh sebabkan kanser . Cuma Chinta ada baca , bila kita tidur tak digalakkan pakai bra sebab akan beri kesan sampingan . Itu lah yang Chinta amalkan .

Cara Pakai Bra Penyebab Kanser


Cara Pakai Bra Penyebab Kanser


Grismaijer , dalam kajiannya telah mendapatkan sebuah statistik singkat tentang berapa lama wanita memakai bra dalam sehari ;
  • 3 dari 4 wanita memakai bra 24 jam per hari 
  • 1 dari 7 wanita memakai bra lebih dari 12 jam per hari tetapi tak menggunakannya ketika tidur .
  • 1 dari 152 wanita memakai bra kurang dari 12 jam per hari 
  • 1 dari 168 wanita jarang atau bahkan yang tidak pernah memakai bra sama sekali .

Kesimpulan dari statistik di atas , wanita yang memakai bra selama 24 jam sehari berisiko 125 kali lebih besar terkena kanser payudara berbanding mereka yang jarang memakai bra .

~ Dressed To Kill : The Link Between Breast Cancer and Bras ~ 

" Tidur adalah masa untuk rehatkan payudara . Sebaiknya jangan tidur dengan bra ."Grismaijer .- laman duniafitnes 

Berita baik bagi para ibu . Menyusukan anak dapat menurunkan risiko kanser payudara kerana limfatik pada payudara hanya berkembang secara optimum ketika kehamilan dan juga menyusukan anak .

Jadinya , wanita yang memakai bra terlalu lama malah tak menyusukan anak , juga wanita yang memakai bra dengan saiz yang tidak sesuai dalam tempoh yang lama berisiko lebih tinggi untuk dapat kanser payudara !

Bra yang sempit boleh meningkatkan suhu dan menghalang aliran getah bening di kawasan payudara . Getah bening berfungsi untuk membersihkan sisa dan racun penyebab kanser serta menjauhkannya dari payudara .



Risiko Asma Kepada Ibu Hamil



Risiko Asma Kepada Ibu Hamil | Hari ini Chinta nak kongsikan sedikit maklumat tentang risiko asma kepada ibu hamil . 

Risiko Asma Kepada Ibu Hamil

Asma berlaku apabila saluran pernafasan kecil di dalam paru - paru menjadi lebih sempit sehingga mengganggu peredaran oksigen yang dibekalkan kepada tubuh badan . Penyempitan saluran pernafasan ini adalah disebabkan oleh otot - otot pada saluran pernafasan mengecut serta banyak lendir yang dihasilkan di dalam saluran pernafasan . Apabila keadaan ini berlaku , seseorang itu akan menjadi sukar untuk bernafas serta pernafasannya berbunyi  dan mengalami batuk .

Tanda Seseorang Mengalami Serangan Asma Yang Tidak Terkawal



1- Mengalami serangan asma teruk melebihi dua kali dalam seminggu ( memerlukan bantuan nebulizer atau inhaler ) melebihi dua kali dalam seminggu .
2- Batuk berlendir sehingga mengganggu tidur pada awal pagi ( sebelum subuh ) atau tengah malam melebihi dua kali seminggu .
3- Terpaksa menggunakan pil - pil steroid (prednisolone) melebihi dua kali dalam setahun .

Asma boleh menyerang ibu hamil sama ada mereka tiada asma atau memang sudah menghidapi asma . Kajian menunjukkan bahawa asma akan menyerang ibu hamil ketika kandungan berusia antara 24 hingga 36 minggu . Sekiranya tiada gangguan asma di usia awal kelahiran ( kurang 13 minggu ) , berkemungkinan ibu hamil akan bebas dari serangan asma sepanjang kehamilan .

Risiko Asma Kepada Ibu Hamil


Dalam satu kajian yang dilakukan di American College of Obstetricians and Gynecologists pada tahun 2008 mendapati bahawa asma yang tidak terkawal akan memberikan risiko tekanan darah tinggi semasa hamil seterusnya mewujudkan masalah preeclampsia iaitu tekanan darah terlalu tinggi ketika hamil sehingga menyebabkan kerosakan pada uri , buah pinggang , hati dan otak . 

Apabila asma menyerang ibu hamil , maka si anak di dalam kandungan akan mendapat kurang oksigen . Keadaan ini akan menjejaskan bayi seperti perkembangan fizikal bayi dalam rahim yang terencat ( intrauterine growth retardation ) di mana bayi yang dilahirkan bersaiz kecil dan mempunyai berat badan yang kurang dari 2500 gm , berlaku kelahiran pramatang ( belum mencapai 37 minggu ) dan risiko kematian bayi semasa dan selepas dilahirkan .



Rawatan Asma Dan Pencegahan


Sekiranya ibu hamil mendapati ada tanda - tanda serangan asma seperti batuk teruk di waktu malam atau di awal pagi , rasa ketat pada dada dan sukar untuk bernafas , ibu hamil dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan doktor dengan segera .


Tahukah anda bahawa rasa loya dan kerap muntah - muntah pada awal kehamilan juga boleh menyebabkan asma menyerang menjadi lebih teruk  . Sekiranya perkara ini berlaku , maka doktor akan mencadangkan pemeriksaan pergerakan bayi dalam rahim dilakukan setiap hari selepas usia kehamilan 28 minggu .


Ibu hamil dinasihatkan supaya tidak berada dekat dengan orang yang sedang merokok , tidak mendekati binatang peliharaan , elak dari berpanas atau terlalu sejuk , menjaga kebersihan rumah dari habuk dan elak berbaring di karpet supaya dapat menghindarkan diri dari mendapat serangan asma .


Selebihnya , berserah kepada Allah , banyakkan berdoa minta dijauhkan dari segala jenis penyakit dan bayi berada dalam keadaan baik dan sihat sehingga saat melahirkan dandilahirkan serta rajinkan diri membaca al - Quran  .


Cheese Bread / Brazillian Cheese Roll



Cheese Bread / Brazillian Cheese Roll | Ramai anak-anak anda yang suka makan cheese . malah ibu bapa juga ramai yang suka makan cheese . Jadinya , kalau buat hidangan sarapan / makan petang menggunakan cheese sebagai bahan sampuran , mesti ramai yang akan suka memakannya .

Cheese Bread / Brazillian Cheese Roll

Cheese Bread / Brazillian Cheese Roll  


Untuk menghasilkan Cheese Bread / Brazillian Cheese Roll , anda perlukan bahan - bahan berikut seperti :


Bahan-bahan :

1 biji telur
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak sayuran
5 oz @1 1/4 cawan parutan cheese (parmesan@ pecorino)
1/4 sudu besar baking powder
1sud kecil garam
1 1/2 cawan tepung ubi / tepung kanji (boleh pakai tepung jagung 3/4 cawan sahaja)

Cheese Bread / Brazillian Cheese Roll

Cara-cara membuatnya :


■Panaskan oven 190°c selama 10-15 minit

■Blend telur + susu segar + minyak

■Masukkan cheese. blend lagi

■seterusnya , masukkan baking powder + garam

■masukn tepung ubi sedikit-sedikit sehingga habis

■Griskan acuan muffin. tuang adunan

■optional saya tabur oregano (resepi asal tak ada)

■ bakar suhu 190°c selama 20 minit @ sehingga masak bergantung pada oven masing-masing . (permukaan kekuningan coklat)

* Facebook


Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan