Featured
loading...

Keburukan Akaun Bersama


Keburukan Akaun Bersama | Ada yang berpendapat bahawa apabila berumahtangga , suami isteri perlulah ada akaun bersama untuk perbelanjaan rumahtangga di mana suami dan isteri memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tersebut setiap bulan .

Keburukan Akaun Bersama

Akaun Bersama


Akaun bersama atau simpanan bersama ( joint current / saving account ) merupakan akaun bank yang dibuka dengan menggunakan dua nama . Kedua-dua nama ini mempunyai hak untuk mengeluarkan sejumlah wang dari akaun tersebut tanpa persetujuan sebelah pihak .

Tujuan membuka akaun bersama ini adalah supaya kedua belah pihak ( suami / isteri ) sama - sama menyumbang dalam perbelanjaan melalui simpanan tersebut . Selain itu , mereka juga dapat menggunakan wang tersebut dengan jelas dan dimaklumi kedua-dua belah pihak . Malah mereka juga boleh menggunakan wang dalam akaun tersebut untuk kegunaan bersama seperti bercuti dan perbelanjaan ketika saat kecemasan . Yang paling penting , akaun bersama menunjukkan mereka saling mempercayai antara satu sama lain dalam pengeluaran wang .

Sebelum anda berhasrat membuka akaun bersama , banyak perkara yang perlu anda dan pasangan anda jelas tentangnya seperti
  • tujuan anda dan pasangan anda membuka akaun bersama
  • tetapkan jenis perbelanjaan untuk akaun bersama
  • jumlah wang yang anda dan pasangan perlu masukkan setiap bulan
  • siapa yang boleh keluarkan wang 
  • berapa jumlah yang boleh dikeluarkan setiap bulan 
  • keluarkan wang dengan pengetahuan pasangan anda
  • jenis kecemasan yang boleh menggunakan wang dari akaun tersebut
  • bagaimana dengan baki akaun setiap bulan
  • bila perlu kemaskini akaun
  • pengeluaran maksima yang boleh dilakukan 

Keburukan Akaun Bersama


Disebalik banyak kebaikan membuka akaun bersama , terdapat juga keburukan membuka akaun bersama yang anda perlu fikirkan apabila mmbuka akaun bersama seperti
  • apabila berlaku penceraian , bagaimana mahu membahagikan wang dalam akaun bersama
  • sebelah pihak telah menyalahgunakan wang dalam akaun 
  • tidak melakukan kemaskini akaun
  • berlaku penipuan atas nama kecemasan bagi sebelah pihak
  • sebelah pihak tidak memasukkan sejumlah wang seperti yang dipersetujui
  • jumlah wang yang dimasukkan tidak seperti yang dipersetujui

Berikut adalah kisah benar yang anda perlu fikir dan pertimbangkan jika mahu membuka akaun bersama .

Ada sebuah keluarga terdiri dari suami , isteri dan anak . Si Suami telah memasukkan sejumlah RM50,000 ke dalam akaun bersama di sebuah bank tempatan . Apabila si suami meninggal , si isteri tidak dapat ambil RM50,000 itu walaupun dia adalah pemilik akaun bersama .

Sekiranya anda tidak mahu situasi di atas berlaku kepada anda , sebelum anda membuka akaun bersama , pastikan bank anda ada terma Joint Tenancy ( this terms means one party die , the other joint party gets money automatically ) dalam perjanjian akaun bank bersama anda . Dapatkan perjanjian hitam dan putih ( black and white ) .

Satu perkara yang anda perlu tahu adalah , kebanyakan bank tempatan TIDAK ADA terma JOINT TENANCY untuk akaun bersama . 


Jadi , sila baca dan teliti semua terma akaun bersama yang pihak bank berikan sebelum menurunkan tandatangan supaya anda tidak rasa tertipu kemudian hari .




Cara Rawat Anak Kencing Malam


Kencing malam adalah tabiat yang diluar kawalan . Kadang kala para ibu sudah memastikan si anak membuang air kecil dahulu sebelum tidur tetapi kencing malam tetap berlaku . Malah kencing malam ini boleh berlaku sehingga si anak itu dewasa . Para ibu jangan bimbang , ada petua / cara rawat anak kencing malam . 


 Cara Rawat Anak Kencing Malam


Cara Merawat Anak Kencing Malam


1. Tembakau Dan Kapur Sirih


Ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh. Kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. Amalkan selalu.

2. Air Lemon Dan Madu 


Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkannya di sebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.


3. Buang Air Kecil Sebelum Tidur




Sebelum anak anda masuk tidur, pesan padanya agar bangun untuk ke tandas apabila dia terasa ingin buang air kecil. Andainya dia takut hendak pergi tandas sendiri, suruh anak anda kejutkan anda atau pasangan.

Galakkan anak untuk buang air sebelum tidur. Seeloknya pimpin anak anda ke tandas dan suruh dia buang air sebelum masuk ke bilik tidur.



4. Beri Pujian




Beri pujian padanya apabila dia bangun untuk ke tandas di waktu malam atau apabila dia tidak kencing di tilam



5. Beri Penerangan




Elakkan dari memberi sindiran negatif seperti marah dan ejekan kerana ini akan mengganggu keyakinan diri si anak. Sebaiknya terangkan padanya kenapa kencing di atas tilam tidak baik. Contohnya, katakana padanya bahawa tilam basah susah untuk dibersihkan dan akan memudahkan kuman membiak dan membawa penyakit. Jangan menghukum anak kerana ini memberinya lebih banyak tekanan. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal tabiatnya dan hukuman akan menjejaskan jati dirinya.



6. Jangan beritahu orang lain tentang tabiatnya. 


Hormatilah hak peribadinya. Kanak-kanak malu kerana kencing malam dan sudah tentu dia tidak mahu orang lain juga tahu mengenai masalahnya. Berfikiran positif dan sabar. Beritahu diri anda yang usaha si anak menghentikan tabiat ini memakan masa. Sikap kurang sabar hanya menjadikannya lebih tertekan.



7. Elakkan dari menggunakan tilam yang tebal dan sukar untuk dicuci. 




Sebaliknya gantikan dengan tilam yang nipis atau lain jenis yang boleh dicuci setiap kali anak anda terkencing di atasnya. Jika rasa terlalu nipis, lapikkan dengan 2 atau 3 helai comforter.



8. Bawa anak ke tandas dan mandikan walaupun di malam hari. 




Lakukan selama 3 malam berturut-turut. Pada malam ke 4 anak anda tidak akan kencing malam lagi.



9. Guna Psikologi


Seorang anak buh vee ada masalah kencing malam ni . Kencing malamnya hilang sejak dia duduk di asrama . Psikologi juga memainkan peranan nak hentikan kencing malam ni . Takkanlah nak biar diri diketawakan kawan - kawan kan . Jadi dia psiko diri dia supaya tak kencing malam dan ianya berkesan .



Semoga segala petua / cara diatas dapat membantu para ibu mengatasi masalah anak kencing malam . Usaha insha Allah akan ada hasilnya .


Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap



Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap | Lobak merah diketahui mengandungi beta carotin yang tinggi . Jika anda mahu tahu , sayuran dan buahan apa yang mengandungi beta carotin , sayuran dan buahan itu mestilah berwarna jingga seperti lobak merah .

Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap

Lobak merah , jika ada di dapur anda , bukan sekadar boleh menjadi bahan campuran dalam kari , sayuran campur , salad dan juga dibuat jus , malah lobak merah juga boleh dibuat kek carrot dan muffin carrot. 


Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap

Jika anda mah mencuba membuat kek lobak merah mudah dan sedap , berikut adalah bahan-bahannya .

2 batang lobak sederhana besar 
1+1/4 cawan gula halus
4 biji telur
1/2 cawan walnut atau pecan di sangan dulu
1 cawan setengah minyak
 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
Dan 1 sk serbuk kayu manis jika suka


Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap

langkah-langkah pembuatan kek lobak merah adalah seperti berikut :

1- Asingkan putih dan kuning telur seperti diatas .

Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap

2- Ayak tepung bersama baking powder , soda bikarbonat dan serbuk kayu manis .

Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap

3- Sagat carrot dan tumbuk kasar kacang walnut .

Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap

4- Satukan telur kuning dan gula . Putar dalam 5 minit je .

Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap

5- Masukkan minyak dan putar lagi .

Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap

6- Boleh masuk tepung . Gaul guna senduk .

Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap

7- Masuk campuran carrot dan walnut . Gaul rata

Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap

8- Adunan nampak pekat  . 

Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap

9- Masukkn telur putih

Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap

10- Mix sampai jadi macam kapas .

Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap

11- Masuk sikit dalam adunan dan kacau

Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap

12- Ulang sampai habis . Hasilnya jadi seperti diatas .

Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap

Loyang oles minyak dan lapik baking paper dan tuang adunan. 
Panaskan oven dan bakar suhu 150 masa 1 jam dalam 50 minit . 
Tunggu hingga masak ikut oven masing2. 
Kalau kukus juga 1 jam guna api sederhana .


Facebook : Azlina Ina


Resepi Ringkas Buat Roti Bun Sukatan Cawan



Resepi Ringkas Buat Roti Bun Sukatan Cawan | Walau saya tidak pro buat roti bun. Tapi selalu bila buat roti bun di rumah jadi dan sedap la. Yang minta resepi roti bun tu. Ni ha. Boleh buat makan - makan di rumah . Minum petang. Jimat. Di jamin roti bun ni halal dan bersih. Sedap lagi makan roti bun ni panas-panas . Roti bun lembut dan gebu . 

smile emoticon
Resepi Ringkas Buat Roti Bun Sukatan Cawan

Bahan-bahannya :


  • 3 cwn tepung gandum 
  • 1 cwn air suam
  • 1 paket yis
  • 1 telur
  • 2 sudu besar mnyak
  • 1 sudu kecil garam
  • 8-10 sudu gula (blh kurangkan kalau pkai susu pekat)
  • 2 sudu besar susu cair/pekat



Resepi Ringkas Buat Roti Bun Sukatan Cawan

Cara Membuatnya :


1. Mix tepung dan garam dalam 1 mangkuk besar.


2. Ambil air panas campur gula. Gaul sampai larut. Test air kena suam-suam panas. Tapi jangan panas sangat sebab yis akan mati. Terus campur 1 peket yis dalam air tu dan biarkan sampai berbuih. (Dalam 5 minit)


3. Bila air yis tadi sudah berbuih , masukkan minyak ke dalam air yis tu , telur sebiji dan susu cair atau pekat. Gaul kejap.

4. Masukkan semua ke dalam mangkuk yang di isi tepung tadi. Maka mula lah kamu uli . 

5. Uli sampai doh tidak melekat di mangkuk. (Kadang-kadang even dia basah-basah sikit tidak perfect tak apa . Nanti ko uli 2nd time tu campur tepung , doh akan cantik juga tu) dan biarkan dalam tempat yang suam-suam atau tutup mangkuk dengan kain. Biar dia naik 2 atau 3 kali ganda. Kalau tempat kamu panas cepat la dia kembang.

6. Ambil doh yang kembang tu , terbalik atas papan uli , kena tabur tepung sikit. Uli. Uli dan uli.

7. Buat la bulat-bulat kecil. Susun dalam loyang yang kena letak sedikit minyak bagi mengelakkan nanti melekat sangat.

8. Selesai uli-uli dan susun dalam loyang. Biarkn dalam 30 mnit untuk kembang sekali lagi. Tempat yang sama juga. Tempat suam atau panas.

9. Sebelum bakar. Sapu sedikit susu cair atau telur (eggwash). Boleh tabur cheese. 
smile emoticon
10. Panaskan oven 220c dulu. Sebelum masuk bun tu , turunkan suhu kepada 180c. Masak la untuk 10-15minit. Tengok oven kamu la. 


Resepi Ringkas Buat Roti Bun Sukatan Cawan


Tips Buat Roti Bun


Kalau mau tau doh bun cukup kena uli ,  ko ambil doh tu sikit ,  ko tarik-tarik . Kalau dia cepat koyak , belum cukup kena uli tapi kalau ko uli doh bun tak koyak ,  Naa ... sudah jadi doh bun tu.



Facebook : Sai Kit Yeng


Resepi Ringkas Bingka Kemboja Sukatan Cawan


Resepi Ringkas Bingka Kemboja Sukatan Cawan | Chinta pernah beberapa kali makan bingka ini tapi memang tak tahu namanya . Rupanya namanya Bingka Kemboja ya . Kebetulan jenjalan kat facebook jumpa lak resepinya . Jadinya , nak mudah rujuk , Chinta simpan je lah resepi Bingka Kemboja dalam blog Chinta .

Resepi Ringkas Bingka Kemboja Sukatan Cawan

Resepi Ringkas Bingka Kemboja Sukatan Cawan



Pada sesiapa yangberhajat nak buat Bingka Kemboja , berikut Chinta kongsikan resepi Bingka Kemboja sukatan cawan supaya senang anda nak membuatnya .


Bahan-bahannya :

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan( 2 helai daun pandan)
1 cawan santan
1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka

Resepi Ringkas Bingka Kemboja Sukatan Cawan

Cara-cara membuatnya

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak. Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.

Resepi Ringkas Bingka Kemboja Sukatan Cawan


Bergurau Dengan Anak Mengikut Islam


Bergurau Dengan Anak Mengikut Islam | Gurauan terhadap anak-anak sehingga menipu serta membuatnya marah, menjatuhkan aibnya sehingga dia rasa malu dan tidak menjaga hak serta kehormatannya, ia amat TIDAK WAJAR.


Bergura Dengan Anak Mengikut Islam

Contohnya , bergurau dengan anak seperti berikut yang sering dilakukan oleh kita :
1) Ahmad....balik. Mak dah sampai!

Bila Ahmad bangun dan pergi ke pintu, tiada pun maknya. Rupanya cikgu main-main kan. 

Apa agaknya perasaan Ahmad?
2) Cikgu ada ada 3 biji gula-gula saja. Ana, Ani dan Ahmad saja yang dapat. Yang lain, tak dapatlah sebab dah tak ada.

Apa perasaan yang lain?
3) Ani!!! Ada polis datang nak tangkap Ani. Sebab Ani tak siap kerja.

Apa agaknya tindakan Ani?

Banyak lagi contoh kelakuan, permainan dan percakapan kita yang terangan tidak menghormati anak-anak syurga ini.

Allah berfirman di dalam surah Al-Maidah ayat 8:

اعدلوا هو اقرب للتقوى...
" Berlaku adillah, kerana itu adalah yang paling hampir kepada taqwa. "

Rasulullah juga memerintahkan di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ash-Habus Sunan dan Imam Ahmad serta Ibnu Hibban daripada An-Nu'man bin Basyir r.a sabdanya:

اعدلوا بين ابناءكم. اعدلوا بين ابناءكم. اعدلوا بين ابناءكم
" Berlaku adillah antara anak-anak kamu! Berlaku adillah anrara anak-anak kamu! Berlaku adillah antra anak-anak kamu! "
.
Di dalam buku Tarbiyatul Aulad jilid satu ada disebutkan tentang Tanggungjawab Pendidikan Moral terhadap anak-anak. Salah satu topiknya adalah Tabiat Suka Berdusta.
.
Dr Abdullah Nasih Ulwan menyebutkan:

" Lantaran itu semua, Nabi Muhammad SAW yelah mengancam para penguasa terhadap anak-anak dan para pendidik mereka dari membiasakan percakapan dusta di hadapan anak-anak walaupun dengan niat menyedapkan telinga atau menggembirakan atau bergurau sekalipun, agar tidak tercatit suatu dusta atas diri mereka di sisi Allah. "
Abu Daud dan Baihaqi telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amir r.a katanya:

" Ibuku memanggilku pada suati hari, sedang Rasulullah s.a.w berada di rumah kami. Ujar ibuku: Hey, mari ke mari, aku hendak berikan kau sesuatu! Maka Rasulullah s.a.w bertanya kepada ibuku: Apa yang hendak kau berikan kepadanya? Ibuku menjawab: Saya hendak memberikannya kurma. Maka sabda Nabi s.a.w: ANDAIKATA ENGKAU TIDAK MEMBERINYA SESUATU, NESCAYA AKAN DICATITKAN KE ATASMU SUATU DOSA. "


Idea Baju Crochet Untuk Bayi


Idea Baju Crochet Untuk Bayi | Alangkah indahnya kalau Chinta boleh mengait crochet sendiri . Maka bolehla Chinta mengait crochet baju bayi yang comel untuk dihadiahkan kepada anak buah macam Idea Baju Crochet Untuk Bayi di bawah ini .


Idea Baju Crochet Untuk Bayi


Sebenarnya , seni sulaman crochet ni kita boleh pelajari . Anda boleh saja cari di youtube panduan asas sulaman crochet . Anda boleh ikuti langkah demi langkah seni sulaman crochet yang diajarkan dari asas sehinggalah yang paling sukar .


Idea Baju Crochet Untuk Bayi

Idea Baju Crochet Untuk Bayi


Idea Baju Crochet Untuk Bayi

Idea Baju Crochet Untuk Bayi


Idea Baju Crochet Untuk Bayi


Sebenarnya , seni sulaman crochet ini bukan sahaja anda boleh menghasilkan Idea Baju Crochet Untuk Bayi , malah juga crochet kasut bayi , crochet alas meja , crochet sarung bantal , crochet tudung saji , crochet sweater , crochet topi , crochet selendang / sal . crochet sarung tangan dan sebagainya .



Hiasan Cup Cake Yang Menawan


Sempena nak menyambut CNY ni , tentu ada dikalangan anda nak buat cup cakes dengan hiasn yang menawan . Malah ada juga yang mengambil tempahan majlis sama ada kenduri , cukur jambul , pertunangan juga sambutan harijadi . Bagi anda yang sedang tercari - cari Hiasan Cup Cake Yang Menawan untuk dipersembahkan kepada pelanggan , apa kata anda rujuk sahaja imej - imej Hiasan Cup Cake Yang Menawan di bawah .

Hiasan Cup Cake Yang Menawan



 Amazing Cup Cakes


 Amazing Cup Cakes


 Amazing Cup Cakes




 Amazing Cup Cakes



Amazing Cup Cakes



Amazing Cup Cakes



Amazing Cup Cakes



Sungguh teruja bukan . Bagi mereka yang bertangan seni , tiada masalah untuk menghasilkan deco-deco seperti di atas . Harapan Chinta , imej - imej Hiasan Cup Cake Yang Menawan yang dipaparkan di atas dapat membantu anda menghasilkan deco yang benar - benar memuaskan hati  .


Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan