loading...

Cara Rawat Anak Kencing Malam


Kencing malam adalah tabiat yang diluar kawalan . Kadang kala para ibu sudah memastikan si anak membuang air kecil dahulu sebelum tidur tetapi kencing malam tetap berlaku . Malah kencing malam ini boleh berlaku sehingga si anak itu dewasa . Para ibu jangan bimbang , ada petua / cara rawat anak kencing malam 


 Cara Rawat Anak Kencing Malam


Cara Merawat Anak Kencing Malam


1. Tembakau Dan Kapur Sirih


Ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh. Kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. Amalkan selalu.

2. Air Lemon Dan Madu 


Perahkan sedikiair lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkannya di sebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.


3. Buang Air Kecil Sebelum Tidur




Sebelum anak anda masuk tidur, pesan padanya agar bangun untuk ke tandas apabila dia terasa ingin buang air kecil. Andainya dia takut hendak pergi tandas sendiri, suruh anak anda kejutkan anda atau pasangan.

Galakkan anak untuk buang air sebelum tidur. Seeloknya pimpin anak anda ke tandas dan suruh dia buang air sebelum masuk ke bilik tidur.



4. Beri Pujian




Beri pujian padanya apabila dia bangun untuk ke tandas di waktu malam atau apabila dia tidak kencing di tilam



5. Beri Penerangan




Elakkan dari memberi sindiran negatif seperti marah dan ejekan kerana ini akan mengganggu keyakinan diri si anak. Sebaiknya terangkan padanya kenapa kencing di atas tilam tidak baik. Contohnya, katakana padanya bahawa tilam basah susah untuk dibersihkan dan akan memudahkan kuman membiak dan membawa penyakit. Jangan menghukum anak kerana ini memberinya lebih banyak tekanan. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal tabiatnya dan hukuman akan menjejaskan jati dirinya.



6. Jangan beritahu orang lain tentang tabiatnya. 


Hormatilah hak peribadinya. Kanak-kanak malu kerana kencing malam dan sudah tentu dia tidak mahu orang lain juga tahu mengenai masalahnya. Berfikiran positif dan sabar. Beritahu diri anda yang usaha si anak menghentikan tabiat ini memakan masa. Sikap kurang sabar hanya menjadikannya lebih tertekan.



7. Elakkan dari menggunakan tilam yang tebal dan sukar untuk dicuci. 




Sebaliknya gantikan dengan tilam yang nipis atau lain jenis yang boleh dicuci setiap kali anak anda terkencing di atasnya. Jika rasa terlalu nipis, lapikkan dengan 2 atau 3 helai comforter.



8. Bawa anak ke tandas dan mandikan walaupun di malam hari. 




Lakukan selama 3 malam berturut-turut. Pada malam ke 4 anak anda tidak akan kencing malam lagi.



9. Guna Psikologi


Seorang anak buh vee ada masalah kencing malam ni . Kencing malamnya hilang sejak dia duduk di asrama . Psikologi juga memainkan peranan nak hentikan kencing malam ni . Takkanlah nak biar diri diketawakan kawan - kawan kan . Jadi dia psiko diri dia supaya tak kencing malam dan ianya berkesan .



Semoga segala petua / cara diatas dapat membantu para ibu mengatasi masalah anak kencing malam . Usaha insha Allah akan ada hasilnya .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan