Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap
Resepi Kek Lobak Merah Mudah Dan Sedap | Lobak merah diketahui mengandungi beta carotin yang tinggi . Jika anda mahu tahu , sayuran dan buahan apa yang mengandungi beta carotin , sayuran dan buahan itu mestilah berwarna jingga seperti lobak merah .
Lobak merah , jika ada di dapur anda , bukan sekadar boleh menjadi bahan campuran dalam kari , sayuran campur , salad dan juga dibuat jus , malah lobak merah juga boleh dibuat kek carrot dan muffin carrot.
Jika anda mah mencuba membuat kek lobak merah mudah dan sedap , berikut adalah bahan-bahannya .
2 batang lobak sederhana besar
1+1/4 cawan gula halus
4 biji telur
1/2 cawan walnut atau pecan di sangan dulu
1 cawan setengah minyak
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
Dan 1 sk serbuk kayu manis jika suka
langkah-langkah pembuatan kek lobak merah adalah seperti berikut :
1- Asingkan putih dan kuning telur seperti diatas .
2- Ayak tepung bersama baking powder , soda bikarbonat dan serbuk kayu manis .
3- Sagat carrot dan tumbuk kasar kacang walnut .
4- Satukan telur kuning dan gula . Putar dalam 5 minit je .
5- Masukkan minyak dan putar lagi .
6- Boleh masuk tepung . Gaul guna senduk .
7- Masuk campuran carrot dan walnut . Gaul rata
8- Adunan nampak pekat .
9- Masukkn telur putih
10- Mix sampai jadi macam kapas .
11- Masuk sikit dalam adunan dan kacau
12- Ulang sampai habis . Hasilnya jadi seperti diatas .
Loyang oles minyak dan lapik baking paper dan tuang adunan.
Panaskan oven dan bakar suhu 150 masa 1 jam dalam 50 minit .
Tunggu hingga masak ikut oven masing2.
Kalau kukus juga 1 jam guna api sederhana .
Facebook : Azlina Ina
0 comments:
Post a Comment