Featured
loading...

Idea Scallop Langsir Gaya Mewah Untuk Lebaran


Idea Scallop Langsir Gaya Mewah Untuk Lebaran | Lebaran kian hampir . Seminggu lagi akan masuk bulan ramadhan . Pelbagai persiapan perlu dilakukan seperti baju raya , kuih raya dan juga langsir raya . Tanpa semua itu , raya seperti tidak lengkap .

Kepada yang dah biasa menjahit sendiri langsir di rumah , dan nakkkan kelainan pada scallop langsir rumah anda untuk lebaran nanti , berikut adalah contoh-contoh scallop langsir yang anda boleh jadikan panduan .


Idea Scallop Langsir Gaya Mewah Untuk Lebaran

Idea Scallop Langsir Gaya Mewah Untuk Lebaran

Idea Scallop Langsir Gaya Mewah Untuk Lebaran


Idea Scallop Langsir Gaya Mewah Untuk Lebaran


Idea Scallop Langsir Gaya Mewah Untuk Lebaran





Idea Scallop Langsir Gaya Mewah Untuk Lebaran


Idea Scallop Langsir Gaya Mewah Untuk Lebaran


Idea Scallop Langsir Gaya Mewah Untuk Lebaran


Idea Scallop Langsir Gaya Mewah Untuk Lebaran


Idea Scallop Langsir Gaya Mewah Untuk Lebaran


Idea Scallop Langsir Gaya Mewah Untuk Lebaran



Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap


Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap | Dikhabarkan pemilik asal resipi ini adalah chef daripada Hotel Empire Brunei. Tak pasti betul ataupun tidak. Saya dapat pun daripada Internet, so tidak pasti siapakah empunya asal resipi ini. Walau siapa pun pencipta resipi kek batik kukus ini, saya doakan semoga dia dan semua yang memanjangkan ilmu ini dimurahkan rezeki termasuk saya dan kawan-kawan yang sudi share. Masa mengukus tu saya tak follow resipi asal kek batik kukus , sebab masa saya buat, saya perhatikan berapa masa yang digunakan. Kalau ikut resipi asal kek batik kukus , lapisan coklat dikukus 1 jam, tapi saya kukus 25 minit sahaja.
Dah berkali-kali buat kek batik kukus ini. Sedap. Lembut. Cantik. Kali ini buat untuk sambutan hari guru di tadika anak pula.

Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan:


200gm mentega/lepa susu/marjerin
1/4 cawan gula halus
(gula putih biasa pun boleh.)
4 biji telur gred A atau B
1 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan kaya perisa asli
1/4 cawan susu pekat
*3/4 cawan tepung gandum (sikit lagi nak penuh secawan)
* 1/4 cawan horlick perisa original
(Ayak tepung gandum dan horlick bersama2).
1 sudu besar serbuk coklat
1/2 sudu besar chocolate emulco
Pewarna hijau
150 gm biskut marie (patah 4 dan bahagi kepada 2 bahagian)


Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap

 Pukul 200 gm mentega bersama 1/4 cawan gula dengan speed sederhana dahulu, baru tukar kepada speed tinggi. Pukul hingga kembang dan bertukar menjadi warna putih pucat. 

Nota: Kek ini tak manis sangat, kalau ada yang suka kek agak tawar, tak perlu letak gula. Nanti ada kaya dan susu pekat sebagai pemanis.


Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap

Sediakan 4 biji telur. Bersihkan kulitnya. Tadi kan guna speed tinggi, so sebelum masuk telur ni, tukar kepada speed sederhana dahulu. Pecahkan dan masukkan telur satu per satu. Apabila nampak macam dah bersatu (kuning telur dah tak nampak rupa), tukar kepada speed tinggi semula. Pukul hingga telur kembang.


Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap

Masukkan 1 sudu kecil esen vanila, 1/4 cawan kaya, dan 1/4 cawan susu pekat manis. Kaya tu tak kisah jenama apa pun tapi guna perisa asli. Apabila nampak sebati, perlahankan mixer.

Nota : Kaya yang kita sapu atas roti tu ya. Bukan kaya duit atau kaya budi bahasa.


Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap

Pastikan speed perlahan, ya. Kang berterabur tepung. Masukkan 3/4 cawan tepung gandum dan 1/4 cawan horlick yang sudah diayak tadi sedikit demi sedikit. Putar sekadar adunan semuanya sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

Masa ni dah boleh didihkan air kukusan dengan api sederhana. Tutup pengukus tu supaya suhu dalam pengukus stabil.


Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap

Satu bahagian adunan dimasukkan pewarna hijau. Nak letak warna lain pun boleh, asalkan halal dan selamat dimakan. Masukkan separuh daripada biskut marie. Gaul rata.


Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap

Satu lagi bahagian adunan dimasukkan dengan 1 sudu besar serbuk koko dan 1/2 sudu besar chocolate emulco. Kalau tak ada chocolate emulco, masukkan 2 sudu besar serbuk coklat sahaja. (Maknanya, total serbuk coklat yang dimasukkan ke dalam adunan tanpa chocolate emulco adalah 2 sudu besar.) Gaul rata dan masukkan baki biskut marie tadi. Gaul.


Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap

Sediakan acuan. Sapu minyak/marjerin/mentega pada sekeliling acuan. Bahagian dalam sahaja ya. Nak lagi selamat, masukkan sedikit tepung. Ratakan tepung ke seluruh bahagian dalam acuan (golek2kan acuan). Terbalikkan acuan dan hentak bagi membuang sisa tepung yang berlebihan. Ini bagi memastikan kek tidak melekat dan lebih mudah dikeluarkan. 

Masukkan adunan berwarna hijau. Padatkan adunan dengan sudu. Hentak beberapa kali supaya adunan mampat. Kalau tak mampat, kek akan berongga. Dah tak cantik pula.


Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap

Apabila air kukusan dah mendidih, letak acuan berisi adunan hijau tadi. Kukus hingga masak sekitar 20 minit. Tak perlu tutup permukaan acuan dengan plastik atau aluminium foil. Cuma, sebelum tutup pengukus tu, lap la dulu wap pada penutup.

Kalau guna penutup kaca yang ada lubang tu pun sama. Lap dulu wap pada penutup. Kalau risau juga air menitis atas kek, tutuplah dengan plastik atau aluminum foil.


Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap

Apabila adunan hijau masak, masukkan pula adunan coklat. Padatkan dan hentak beberapa kali.


Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap

Untuk kukusan last ni, saya tutup permukaan acuan dengan plastik macam dalam gambar ni sebab masa mengukus bertambah dan adunan makin tinggi. Kalau tak nak tutup pun tak apa. Cuma lap la wap pada penutup pengukus tu sebelum tutup pengukus.


Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap

Kukus sekitar 25 minit atau hingga kek masak. Ambil lidi bersih, cucuk pada kek tu. Jika lidi keluar bersih maknanya kek dah masak. Tutup api.


Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap

Ini rupanya kek dah masak.


Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap

Terbalikkan di atas redai.


 Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap



Facebook : Noy Yullan






Tips Berkesan Menjaga Wajah Dan Kecantikan



Tips Berkesan Menjaga Wajah Dan Kecantikan | Kecantikan kulit harus dijaga kerana ia adalah anugerah dari Allah. Islam sangat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasan diri. Ia merangkumi kecantikan diri dan penampilan kita sebagai umat Islam.


Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakan wanita sangat mementingkan kecantikan, dan kalau boleh sehingga usia walau sudah mencecah 40 tahun ke atas, wajah masih mahu nampak muda dan bertenaga.

Tambahan pula sebagai seorang isteri, wanita di dianjurkan agar berhias di depan suaminya.




"Innallah jamil, wa yuhibbu jamal": Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.



Ada yang beranggapan tidak perlu menjaga kecantikan dan kesihatan diri, itu adalah tanggapan yang salah sebenarnya..




Memang tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak mengambil berat bab kecantikan kulit, kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat tiada jeragat yang teruk, itu sudah mencukupi.


Sampaikan wajah nampak kusam dan tidak bermaya sekalipun tidak diendahkan.



Selagi belum ada teguran dari suami atau teman terdekat, bagi mereka penampilan mereka sudah mencukupi.



Tips Berkesan Menjaga Wajah Dan Kecantikan

Tanya pada diri anda:


- Sejauh mana anda menekankan bab menjaga kecantikan dan mahu kelihatan sihat dan muda?
- Adakah kita sudah cukup berhias dihadapan suami kita?



Oleh itu artikel ini akan menyenaraikan beberapa amalan yang telah terbukti memberi kesan dan telah diamalkan turun temurun sejak sekian lama oleh generasi terdahulu dan ditambah dengan kaedah baru.



1- Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting



Paling penting jangan tinggal solat.



Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.


2- Menjaga kecantikan kulit dengan minum air suam sebaik bangun dari tidur.



Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu.



Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.

Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat.


Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.


3- Mengurut wajah dari bawah dengan selawat



Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Amalkan setiap hari.



Nota tambahan: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pula.

Antara zikir yang boleh diamalkan adalah:

Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :


Baca ” Ya Badiyah ” (1x)
Baca ” Ya Nur ” (1x)
Baca ” Ya Hadi ” (1x)
Baca ” Ya Allah ” (3x)

4- Baca Surah Al-Waqiah



Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi.



Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.

Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan kulit (diri) kita & untuk kebahagiaan rumahtangga kita.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:



(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


5- Baca Surah Yusuf Selepas Solat Subuh



Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk. Amalkan dengan jujur dan ikhlas.



Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.


6- Berdoa setiap kali melihat cermin



Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s.



Amalkan setiap pagi. InsyaaAllah kecantikan kulit akan terpelihara.

Doanya begini:

“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”

7- Menggunakan produk yang bagus & halal untuk menjaga kecantikan kulit dan wajah


Salah satu usaha untuk menjaga kecantikan selain daripada berdoa dan mengamalkan petua yang dibincangkan diatas adalah dengan menggunakan produk yang terbukti berkesan secara saintifik.


Resepi Ringkas Sambal Hitam Ikan Bilis Belimbing Siap 1 Jam



Resepi Ringkas Sambal Hitam Ikan Bilis Belimbing Siap 1 Jam | Sambal hitam merupakan makanan tradisi orang Pahang . Sambal Hitam yang diperbuat dari belimbing buluh , mengambil masa yang lama untuk disiapkan mengikut resepi asal tetapi hasilnya memang sedap dan terbaik .


Resepi Ringkas Sambal Hitam Ikan Bilis Belimbing Siap 1 Jam

Sambal Hitam Ikan Bilis Belimbing


Untuk memudahkan anda membuat sambal hitam , berikut adalah resepi sambal hitam 1 jam yang sangat mudah dan cepat untuk disiapkan dan rasanya juga tetap enak dan sama seperti sambal hitam yang asli .

Bahan2 : 

(Sukatan saya genggam2 jer. Nak pedas nak kurang, masin, masam, manis boleh adjust sendiri ye).
1. Ikan bilis dlm 3 genggam.
2. Cili padi atau cabai melaka dlm 2 genggam.
3. Belimbing buluh dlm 3 atau 4 genggam (nak tukar ganti tomato pun boleh dlm 7 atau 8 biji).
4. Bawang besar 4 atau 5 biji.
5. Kicap
6. Garam secukup rasa.

Resepi Ringkas Sambal Hitam Ikan Bilis Belimbing Siap 1 Jam

Bawang merah, cabai melaka atau cili padi dan belimbing buluh sedia utk diblend. (kalau tak ada belimbing blh digantikan dengan tomato dlm 7 atau 8 biji. cuma kurang masam boleh tmbh asam keping).


Resepi Ringkas Sambal Hitam Ikan Bilis Belimbing Siap 1 Jam

Blender bahan2 tumis.


Resepi Ringkas Sambal Hitam Ikan Bilis Belimbing Siap 1 JamResepi Ringkas Sambal Hitam Ikan Bilis Belimbing Siap 1 Jam

Ikan bilis digoreng garing.


Resepi Ringkas Sambal Hitam Ikan Bilis Belimbing Siap 1 Jam

Ikan bilis yang dah ditumbuk. Ikut suka nak tumbuk kasar atau halus. Saya blend kering je. Kasar ada, halus pun ada. Ketepikan.


Resepi Ringkas Sambal Hitam Ikan Bilis Belimbing Siap 1 Jam

Tumis semua bahan2 yg dah diblend menggunakan minyak baki gorengan ikan bilis tadi.


Resepi Ringkas Sambal Hitam Ikan Bilis Belimbing Siap 1 Jam

Tumis sampai meletup2. Kemudian masukkan kicap. Saya campur2 guna kicap manis kipas udang & kicap pekat hitam tamin.


Resepi Ringkas Sambal Hitam Ikan Bilis Belimbing Siap 1 Jam

Masukkan ikan bilis yg dah ditumbuk tadi.


Resepi Ringkas Sambal Hitam Ikan Bilis Belimbing Siap 1 Jam

Perasakan dengan garam. Masak sampai kering & pecah minyak.





 Facebook : Anis Fadzilah




Cara Mudah Pembiakan Orkid Buat Sendiri Di Rumah


Cara Mudah Pembiakan Orkid Buat Sendiri Di Rumah | Sebagai penggemar orkid, fasa pembiakan orkid memang tidak dapat di elakkan kerana  ia sudah tentu memberikan anda kelebihan untuk meningkatkan bilangan pokok di dalam koleksi anda. Selain itu risiko anda untuk kehilangan total pokok yang mungkin mati di serang penyakit juga amat rendah kerana mempunyai beberapa pokok  daripada jenis yang sama.


Cara Mudah Pembiakan Orkid Buat Sendiri Di Rumah

Orkid boleh dibiakkan dengan beberapa cara antaranya:

– pembiakan daripada anak benih
  • daripada ‘flask’
  • pot komuniti
  • pot individu
– pembahagian rumpun
– keratan daripada pokok induk
– benih

Pembiakan melalui anak benih


1. Pengeluaran daripada ‘flask’


Benih yang telah disemai akan membesar menjadi anak benih di dalam ‘flask’. Apabila telah cukup besar ia perlu dikeluarkan untuk ditanam di dalam pasu. Anda boleh membeli anak benih di dalam ‘flask’ ini di nurseri orkid yang menjualnya dengan harga serendah  RM20.00, bergantung kepada sesuatu jenis orkid.

Berikut diterangkan teknik mengeluarkan anak benih daripada ‘flask’.

Anak orkid didalam botol (flask) boleh didapati dikebanyakkan nursery orkid.  Harganya dari RM20 hinggalah RM1000 mengikut jenis orkid.  Dalam satu botol ada lebih kurang 5 hingga 50 anak orkid.
Bahan bahan yang diperlukan;

  • Racun kulat ( keterangan lanjut dalan bab 3)
  • Lumut (sphagnum moss) atau sabut kelapa (yang sudah dihancurkan).  Basahkan lumut air atau sabut kelapa tersebut.
  • Kertas suratkhabar

Caranya;

1. Keluarkan anak orkid dari botol.  Jika mulut botol itu besar, gunakan penyepit (forceps) yang telah disterilkan.  Jika mulut botol itu kecil maka botol hendaklah dipecahkan.

2. Basuhkan anak orkid menggunakan air.  Pastikan tiada agar-agar (jelly) melekat diakar pokok.

3. Rendamkan anak orkid itu kedalam larutan anti fungus selama 10 hingga 15 minit.

4. Tuskan dan keringkan anak orkid itu di atas kertas suratkhabar selama setengah jam (hanya letakkan di atas kertas suratkhabar dan dianginkan)

5. Setelah itu balutkan akar anak orkid dengan lumut air atau sabut kelapa dan masukkan kedalam pasu mengikut saiznya (pasu yang kecil dipanggil thumbpot)

6. Untuk anak pokok yang terlalu kecil kumpulkan dan ditanam didalam satu pasu (pasu ini dipanggil compot)

7. Letakkan di tempat yang teduh dan tidak terkena air hujan.

8. Siram/semburkan baja penyubur sebanyak 2 atau 3 kali seminggu.

9. Apabila sudah membesar, pindahkan ke pasu yang besar sedikit mengikut saiz yang bersesuaian dengan anak orkid.  Ulangi proses pemindahan ini 2 atau 3 kali sehingga orkid matang.

Jangkamasa untuk anak orkid membesar hingga matang dan bersedia untuk berbunga adalah dari 5 bulan hingga 3 tahun bergantung pada jenis orkid.  Contohnya, orkid jenis phal mengambil masa sekurang kurangnya 8 bulan untuk berbunga.

2.  Pot komuniti


Orkid yang telah dikeluarkan daripada ‘flask’ dan telah ditanam secara kelompok di dalam satu pasu dikenali sebagai  ‘Communiy Pot’ atau ringkasnya ‘compot’. Penanam boleh terus membeli orkid yang telah siap di tanam di dalam ‘compot’ di nurseri orkid.Setiap ‘compot’ biasanya mengandungi antara 10-20 anak pokok. Risiko orkid untuk hidup jika dibiakkan  cara begini adalah lebih tinggi berbanding secara ‘flask’. Oleh itu  bagi anda yang kurang pengalaman, boleh membeli ‘compot’ orkid  untuk menggandakan koleksi orkid anda.

3. Pot individu


Setelah orkid di dalam ‘compot’ membesar, nurseri akan memindahkannya dalam pasu yang lebih besar  secara individu. Maka, anda juga boleh membeli  orkid secara begini kerana biasa orkid yang di tanam di dalam pasu individu telah hidup stabil.

Pembahagian rumpun


Teknik pembiakan ini amat sesuai untuk orkid simpodial. Apabila rumpun orkid telah cukup besar ia boleh dipecahkan kepada beberapa rumpun kecil untuk dibiakkan.

Keratan daripada pokok induk


Teknik  pembiakan ini  amat sesuai untuk orkid monopodial. Sebahagian pucuk orkid yang telah mempunyai akar dipotong  daripada pokok induk dan di tanam sebagai satu individu yan baru.


Resepi Ringkas Tomyam Mudah Tanpa Guna Kiub / Pes


Resepi Ringkas Tomyam Mudah Tanpa Guna Kiub / Pes | Tomyam yang berasal dari Thailand ni memang jadi kegemaran ramai . Banyak je restoran sediakan menu tomyam . Kalau malas masak atau tak pandai , order je kat tauke ya . 


Resepi Ringkas Tomyam Mudah Tanpa Guna Kiub / Pes

Resepi Ringkas Tomyam Mudah Tanpa Guna Kiub / Pes


Ramai je antara korang bergantung pada kiub atau pes tomyam yang ada di pasaran untuk buat tomyam sendiri di rumah . Itu pun ada juga tak dapat rasa tomyam yang super sedap ! Jangan bimbang , kat bawah ni ada resepi paling mudah buat tomyam tanpa guna kiub / pes tomyam .

Bahan-bahannya ialah:


1kg udang - buang kepala.
500gm sotong - buang tulangnya. Kepala tak.
5 keping dada ayam dipotong kiub.
15 biji limau nipis
5 biji limau kasturi
5 biji tomato separa masak (yang tak berapa nak merah)
7 batang serai muda
5 inci halia muda
3 inci lengkuas
1 genggam cili padi
2 biji bawang besar Holland
1 batang lobak merah
19 helai daun limau purut
3 liter air.
Sedikit daun ketumbar
Garam secukup rasa

Resepi Ringkas Tomyam Mudah Tanpa Guna Kiub / Pes

1- Didihkan air guna periuk


Resepi Ringkas Tomyam Mudah Tanpa Guna Kiub / Pes

Dah mendidih terus masukkan halia yang telah dihiris, bawang Holland dan lengkuas. 
Ha kenapa guna bawang Holland? 
Tak boleh ke bawang India? 
Baik, bawang India sesuai untuk masakan berempah macam kari, kurma dan sebagainya. 
Kalau masakan Thai, kau guna bawang Holland yang kuning tu. 
Ia lebih manis.


Resepi Ringkas Tomyam Mudah Tanpa Guna Kiub / Pes

masukkan dalam periuk bahan diatas bila bahan bawang tu dah mendidih .


Resepi Ringkas Tomyam Mudah Tanpa Guna Kiub / Pes

Dah mendidih, kau buang sikit menda-menda macam lelemak yang naik ke atas. 
Biasanya menda ni rasanya agak pahit hujung-hujung .


Resepi Ringkas Tomyam Mudah Tanpa Guna Kiub / Pes

Itu lobak dan tomato, potong macam itu. 
Kasi masuk semua dalam periuk.


Resepi Ringkas Tomyam Mudah Tanpa Guna Kiub / Pes

Ini daun limau purut. 
Humban juga bersama perahan limau nipis dan limau kasturi.


Resepi Ringkas Tomyam Mudah Tanpa Guna Kiub / Pes

Lepas itu kau tumbuk cili padi dengan 2-3 juring bawang Holland sampai lumat. 
Humban lagi dalam periuk.


Resepi Ringkas Tomyam Mudah Tanpa Guna Kiub / Pes

Dah mendidih, kau tabur daun ketumbar sikit. 


Resepi Ringkas Tomyam Mudah Tanpa Guna Kiub / Pes

Masukkan garam secukup rasa .


TIPS :


Kalau nak ada rasa cili sikit, kau tumis cili kering sikit dan tambah dalam 1 sudu besar masa letak garam. 
Nanti ia akan merah dan lawa.

Kalau nak jadikan ia tomyam putih, dah tutup api kau tambah susu cair dalam 1 tin. 
Juga masukkan 1 sudu besar cili pes yang dah ditumis.



Facebook : Resepi Abuain

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan