loading...

Cara Mudah Pembiakan Orkid Buat Sendiri Di Rumah


Cara Mudah Pembiakan Orkid Buat Sendiri Di Rumah | Sebagai penggemar orkid, fasa pembiakan orkid memang tidak dapat di elakkan kerana  ia sudah tentu memberikan anda kelebihan untuk meningkatkan bilangan pokok di dalam koleksi anda. Selain itu risiko anda untuk kehilangan total pokok yang mungkin mati di serang penyakit juga amat rendah kerana mempunyai beberapa pokok  daripada jenis yang sama.


Cara Mudah Pembiakan Orkid Buat Sendiri Di Rumah

Orkid boleh dibiakkan dengan beberapa cara antaranya:

– pembiakan daripada anak benih
  • daripada ‘flask’
  • pot komuniti
  • pot individu
– pembahagian rumpun
– keratan daripada pokok induk
– benih

Pembiakan melalui anak benih


1. Pengeluaran daripada ‘flask’


Benih yang telah disemai akan membesar menjadi anak benih di dalam ‘flask’. Apabila telah cukup besar ia perlu dikeluarkan untuk ditanam di dalam pasu. Anda boleh membeli anak benih di dalam ‘flask’ ini di nurseri orkid yang menjualnya dengan harga serendah  RM20.00, bergantung kepada sesuatu jenis orkid.

Berikut diterangkan teknik mengeluarkan anak benih daripada ‘flask’.

Anak orkid didalam botol (flask) boleh didapati dikebanyakkan nursery orkid.  Harganya dari RM20 hinggalah RM1000 mengikut jenis orkid.  Dalam satu botol ada lebih kurang 5 hingga 50 anak orkid.
Bahan bahan yang diperlukan;

  • Racun kulat ( keterangan lanjut dalan bab 3)
  • Lumut (sphagnum moss) atau sabut kelapa (yang sudah dihancurkan).  Basahkan lumut air atau sabut kelapa tersebut.
  • Kertas suratkhabar

Caranya;

1. Keluarkan anak orkid dari botol.  Jika mulut botol itu besar, gunakan penyepit (forceps) yang telah disterilkan.  Jika mulut botol itu kecil maka botol hendaklah dipecahkan.

2. Basuhkan anak orkid menggunakan air.  Pastikan tiada agar-agar (jelly) melekat diakar pokok.

3. Rendamkan anak orkid itu kedalam larutan anti fungus selama 10 hingga 15 minit.

4. Tuskan dan keringkan anak orkid itu di atas kertas suratkhabar selama setengah jam (hanya letakkan di atas kertas suratkhabar dan dianginkan)

5. Setelah itu balutkan akar anak orkid dengan lumut air atau sabut kelapa dan masukkan kedalam pasu mengikut saiznya (pasu yang kecil dipanggil thumbpot)

6. Untuk anak pokok yang terlalu kecil kumpulkan dan ditanam didalam satu pasu (pasu ini dipanggil compot)

7. Letakkan di tempat yang teduh dan tidak terkena air hujan.

8. Siram/semburkan baja penyubur sebanyak 2 atau 3 kali seminggu.

9. Apabila sudah membesar, pindahkan ke pasu yang besar sedikit mengikut saiz yang bersesuaian dengan anak orkid.  Ulangi proses pemindahan ini 2 atau 3 kali sehingga orkid matang.

Jangkamasa untuk anak orkid membesar hingga matang dan bersedia untuk berbunga adalah dari 5 bulan hingga 3 tahun bergantung pada jenis orkid.  Contohnya, orkid jenis phal mengambil masa sekurang kurangnya 8 bulan untuk berbunga.

2.  Pot komuniti


Orkid yang telah dikeluarkan daripada ‘flask’ dan telah ditanam secara kelompok di dalam satu pasu dikenali sebagai  ‘Communiy Pot’ atau ringkasnya ‘compot’. Penanam boleh terus membeli orkid yang telah siap di tanam di dalam ‘compot’ di nurseri orkid.Setiap ‘compot’ biasanya mengandungi antara 10-20 anak pokok. Risiko orkid untuk hidup jika dibiakkan  cara begini adalah lebih tinggi berbanding secara ‘flask’. Oleh itu  bagi anda yang kurang pengalaman, boleh membeli ‘compot’ orkid  untuk menggandakan koleksi orkid anda.

3. Pot individu


Setelah orkid di dalam ‘compot’ membesar, nurseri akan memindahkannya dalam pasu yang lebih besar  secara individu. Maka, anda juga boleh membeli  orkid secara begini kerana biasa orkid yang di tanam di dalam pasu individu telah hidup stabil.

Pembahagian rumpun


Teknik pembiakan ini amat sesuai untuk orkid simpodial. Apabila rumpun orkid telah cukup besar ia boleh dipecahkan kepada beberapa rumpun kecil untuk dibiakkan.

Keratan daripada pokok induk


Teknik  pembiakan ini  amat sesuai untuk orkid monopodial. Sebahagian pucuk orkid yang telah mempunyai akar dipotong  daripada pokok induk dan di tanam sebagai satu individu yan baru.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan