loading...

Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap


Resepi Kekek Batik Kukus Mudah Dan Sedap | Dikhabarkan pemilik asal resipi ini adalah chef daripada Hotel Empire Brunei. Tak pasti betul ataupun tidak. Saya dapat pun daripada Internet, so tidak pasti siapakah empunya asal resipi ini. Walau siapa pun pencipta resipi kek batik kukus ini, saya doakan semoga dia dan semua yang memanjangkan ilmu ini dimurahkan rezeki termasuk saya dan kawan-kawan yang sudi share. Masa mengukus tu saya tak follow resipi asal kek batik kukus , sebab masa saya buat, saya perhatikan berapa masa yang digunakan. Kalau ikut resipi asal kek batik kukus , lapisan coklat dikukus 1 jam, tapi saya kukus 25 minit sahaja.
Dah berkali-kali buat kek batik kukus ini. Sedap. Lembut. Cantik. Kali ini buat untuk sambutan hari guru di tadika anak pula.

13263776

Bahan-bahan yang diperlukan:


200gm mentega/lepa susu/marjerin
1/4 cawan gula halus
(gula putih biasa pun boleh.)
4 biji telur gred A atau B
1 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan kaya perisa asli
1/4 cawan susu pekat
*3/4 cawan tepung gandum (sikit lagi nak penuh secawan)
* 1/4 cawan horlick perisa original
(Ayak tepung gandum dan horlick bersama2).
1 sudu besar serbuk coklat
1/2 sudu besar chocolate emulco
Pewarna hijau
150 gm biskut marie (patah 4 dan bahagi kepada 2 bahagian)


13263872_1549530975352962_2087459268648036157_n

 Pukul 200 gm mentega bersama 1/4 cawan gula dengan speed sederhana dahulu, baru tukar kepada speed tinggi. Pukul hingga kembang dan bertukar menjadi warna putih pucat. 

Nota: Kek ini tak manis sangat, kalau ada yang suka kek agak tawar, tak perlu letak gula. Nanti ada kaya dan susu pekat sebagai pemanis.


13240039_1549530978686295_2415811951175335327_n

Sediakan 4 biji telur. Bersihkan kulitnya. Tadi kan guna speed tinggi, so sebelum masuk telur ni, tukar kepada speed sederhana dahulu. Pecahkan dan masukkan telur satu per satu. Apabila nampak macam dah bersatu (kuning telur dah tak nampak rupa), tukar kepada speed tinggi semula. Pukul hingga telur kembang.


13237753_1549531005352959_6119516518429790978_n

Masukkan 1 sudu kecil esen vanila, 1/4 cawan kaya, dan 1/4 cawan susu pekat manis. Kaya tu tak kisah jenama apa pun tapi guna perisa asli. Apabila nampak sebati, perlahankan mixer.

Nota : Kaya yang kita sapu atas roti tu ya. Bukan kaya duit atau kaya budi bahasa.


1936251_1549531002019626_4685871519600721147_n

Pastikan speed perlahan, ya. Kang berterabur tepung. Masukkan 3/4 cawan tepung gandum dan 1/4 cawan horlick yang sudah diayak tadi sedikit demi sedikit. Putar sekadar adunan semuanya sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

Masa ni dah boleh didihkan air kukusan dengan api sederhana. Tutup pengukus tu supaya suhu dalam pengukus stabil.


13244897_1549531048686288_49986493354960793_n

Satu bahagian adunan dimasukkan pewarna hijau. Nak letak warna lain pun boleh, asalkan halal dan selamat dimakan. Masukkan separuh daripada biskut marie. Gaul rata.


13256349_1549531035352956_8430851163406507791_n

Satu lagi bahagian adunan dimasukkan dengan 1 sudu besar serbuk koko dan 1/2 sudu besar chocolate emulco. Kalau tak ada chocolate emulco, masukkan 2 sudu besar serbuk coklat sahaja. (Maknanya, total serbuk coklat yang dimasukkan ke dalam adunan tanpa chocolate emulco adalah 2 sudu besar.) Gaul rata dan masukkan baki biskut marie tadi. Gaul.


13226844_1549531075352952_3144042873379324404_n

Sediakan acuan. Sapu minyak/marjerin/mentega pada sekeliling acuan. Bahagian dalam sahaja ya. Nak lagi selamat, masukkan sedikit tepung. Ratakan tepung ke seluruh bahagian dalam acuan (golek2kan acuan). Terbalikkan acuan dan hentak bagi membuang sisa tepung yang berlebihan. Ini bagi memastikan kek tidak melekat dan lebih mudah dikeluarkan. 

Masukkan adunan berwarna hijau. Padatkan adunan dengan sudu. Hentak beberapa kali supaya adunan mampat. Kalau tak mampat, kek akan berongga. Dah tak cantik pula.


13240071_1549531085352951_6036970157115851717_n

Apabila air kukusan dah mendidih, letak acuan berisi adunan hijau tadi. Kukus hingga masak sekitar 20 minit. Tak perlu tutup permukaan acuan dengan plastik atau aluminium foil. Cuma, sebelum tutup pengukus tu, lap la dulu wap pada penutup.

Kalau guna penutup kaca yang ada lubang tu pun sama. Lap dulu wap pada penutup. Kalau risau juga air menitis atas kek, tutuplah dengan plastik atau aluminum foil.


13230105_1549531112019615_4033495126414936980_n

Apabila adunan hijau masak, masukkan pula adunan coklat. Padatkan dan hentak beberapa kali.


13174080_1549531115352948_5666812458154434961_n

Untuk kukusan last ni, saya tutup permukaan acuan dengan plastik macam dalam gambar ni sebab masa mengukus bertambah dan adunan makin tinggi. Kalau tak nak tutup pun tak apa. Cuma lap la wap pada penutup pengukus tu sebelum tutup pengukus.


13256066_1549531155352944_1788872664687678971_n

Kukus sekitar 25 minit atau hingga kek masak. Ambil lidi bersih, cucuk pada kek tu. Jika lidi keluar bersih maknanya kek dah masak. Tutup api.


13260012_1549531145352945_5546459902443160950_n

Ini rupanya kek dah masak.


13260232_1549531195352940_7152171955126414274_n

Terbalikkan di atas redai.


 13230179



Facebook : Noy Yullan






0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN | Distributed By Belog Kehidupan