loading...

Prosedur Memohon Nak Angkat


Prosedur Memohon Nak AngkatRamai keluarga yang tidak mempunyai anak berhasrat mahu mengambil anak angkat . Pun begitu , pengambilan anak angkat zaman ini tidaklah semudah zaman dahulu . Zaman dahulu , ibu bapa angkat hanya perlu ambil anak tersebut daripada ibu bapanya kemudian hebahkan kepada orang kampung , sahabat handai dan saudara mara . Tujuan memperkenalkan anak angkat tersebut adalah untuk mengelakkan daripada fitnah dan umpat keji masyarakat .


Prosedur Memohon Anak Angkat

Anak Angkat


Berbeza zaman sekarang , pengambilan anak angkat perlulah mengikut prosedur memohon anak angkat yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat . Tujuannya adalah untuk memudahkan anak angkat tersebut melalui proses pendaftaran sekolah , rawatan kesihatan , insurance dan lainnya dengan adanya surat pengesahan pengambilan anak angkat .

Prosedur Memohon Anak Angkat


Tujuan kebenaran pengambilan anak angkat adalah untuk memberi peluang kepada seseorang atau pasangan suami-isteri yang tidak mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul .
Mengikut Seksyen 6(1) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) , anak angkat bermaksud : 

Telah dalam jagaan dan dipelihara serta dididik oleh seseorang atau pasangan sebagai anaknya yang berterusan atau anak mereka secara anak angkat de facto selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan .

Untuk mengambil anak angkat , prosedur memohon anak angkat perlulah dilakukan . Antaranya , ibu bapa angkat perlu tahu syarat - syarat pengambilan anak angkat yang telah ditetapkan , memiliki semua dokumen yang diperlukan untuk mengambil anak angkat serta sudah bersedia secara fizikal dan mental untuk mengambil tindakan selanjutnya .

Syarat - Syarat Memohon Anak Angkat

  • Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia. 
  • Berusia 25 hingga 60 tahun.
  • Perkahwinan secara sah (5 tahun ke atas). 
  • Bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau 
  • kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat juga boleh dipertimbangkan permohonannya. 
  • Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia. 
  • Pemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur di antara pemohon dan kanak-kanak  mestilah lebih 21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja. 
  • Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga. 
  • Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal. 
  • Bebas dari rekod kesalahan jenayah. 
  • Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat. 
  • Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.

Dokumen Yang Diperlukan


Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk proses pengambilan anak angkat .
  1.     Gambar ukuran pasport (suami/isteri).

   2.     Surat pengesahan dari pegawai perubatan mengenai status kesihatan pemohon (suami/isteri).
           Sila klik untuk muat turun 

   3.     Salinan kad pengenalan (suami/isteri).

   4.     Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.

   5.     Slip gaji atau pengesahan pendapatan (suami/isteri).

   6.     Lain-lain dokumen sokongan, contoh: laporan Pakar Perubatan, surat sokongan lain dan            sebagainya.

Setelah lengkap segala dokumen pengambilan anak angkat yang diperlukan seperti di atas , anda boleh membuat permohonan pengambilan anak angkat secara online atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan (PKMD/J) di tempat pemohon bermaustautin atau tinggal .

Malah lebih mudah sekiranya anda pergi terus ke Pejabat Pendaftaran Negara dengan syarat anda telah menjaga anak angkat anda selama 2 tahun atau lebih bersama bukti sijil kelahirannya .

Pejabat Kebajikan Masyarakat


Sekiranya anda berurusan dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat , permohonan pengambilan anak angkat yang telah lengkap akan diproses dan sesi temu duga akan dijalankan oleh PKMD/J.

Perkara - Perkara Yang Akan Dibincangkan Di Dalam Sesi Temuduga


 1.   Menilai latar belakang sosial pemohon. 
 2.   Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara. 
 3.   Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara. 
 4.   Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952, Adoption Ordinance (Sarawak Cap 91 (Ammendment 2002) dan The Adoption (Central Registry) Regulations 1960 serta Adoption Ordinance 1960 (Sabah No. 23 of 1960) yang mana bersesuaian . 

 Permohonan Yang Diterima Di peringkat Ibu Pejabat JKM



 1.   Permohonan anak pelihara yang diterima akan dipertimbangkan oleh Pengarah Bahagian Kanan-Kanak. 

 2.   Semua permohonan anak angkat akan dihubungi menerusi surat berhubung status permohonan mereka. 

 3.   Permohonan anak angkat yang dipertimbangkan akan didaftarkan ke dalam senarai menunggu bagi tempoh setahun (1 tahun) dari tarikh surat pertimbangan dikeluarkan. 

 4.   Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat akan menawarkan anak pelihara kepada pemohon yang telah diletakkan di dalam senarai menunggu setelah Mesyuarat Panel Penempatan  Anak Pelihara bersidang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Bahagian Kanak-Kanak
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Telefon : 03-8323 1000

Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN )


Malah lebih mudah sekiranya anda pergi terus ke Pejabat Pendaftaran Negara dengan syarat anda telah menjaga anak angkat anda selama 2 tahun atau lebih bersama bukti sijil kelahirannya .

Ada 3 jenis borang yang ada perlu isi di JPN


1- Borang Perihal Kanak - Kanak , Ibu Dan Bpa Angkat

2- Borang Penyerahan

3- Borang Penerimaan

Dokumen yang anda perlukan ketika menghantar borang permohonan ;


1- Surat beranak asal kanak-kanak dan mykid sekiranya ada 

2- Kad Pengenalan

3- Surat beranak asal kanak - kanak dan mykid sekiranya ada


Semoga semua maklumat di atas dapat membantu anda yang memerlukan / dalam proses mengambil anak angkat .





1 comment:

  1. Tq for sharing sis..saya akan share dengan kawan yg nak ambil anak angkat

    ReplyDelete

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan