Psiko Suami Liat Berpuasa
Psiko Suami Liat Berpuasa | Ramadhan sudah seminggu berlalu . Maknanya , kita sudah membiasakan diri bangun seawal 4 pagi untuk menyediakan juadah bersahur untuk keluarga . Mudah - mudahan yang berpuasa itu nanti lebih istiqamah untuk menunaikan ibadah dan bukan kerana pesta makanan di bazar ramadhan serta buffet hotel dan restoran .
Rasa - rasanyalah ada lagi tak lelaki / suami yang liat puasa ? Tak mustahil kalau ada kan ! Memang ada sebab Chinta dah nampak dengan mata kepala Chinta sendiri . Chinta cuma boleh geleng kepala je . Okeylah . Now ada tips untuk bimbing suami yang liat sangat nak puasa nih ... antaranya :
1. Kenal pasti punca .
Mungkin ibu bapa suami ni dulu tidak paksa dia berpuasa sejak dia kecil lagi . Jadi bila dah dewasa , dia rasa susah nak bila tiba - tiba mesti puasa .
2. Si isteri perlu bijak mengatur strategi .
Jangan paksa . Macam suruh anak - anak belajar berpuasa . Belajar berpuasa secara berperingkat , perlahan - lahan . Apatah lagi kalau suami tu baru saja kenal Islam .
3. Nasihat si suami secara bijaksana .
Kalau boleh jangan sampai teguran isteri tu menaikkan kemarahan si suami lah . Beritahu tentang kewajipan berpuasa tu dengan cara diplomasi . Sama ada dia menerima atau tidak , sekurang - kurangnya si isteri sudah berusaha menasihatinya .
4. Guna Psikologi
Kalau masih tak jalan gak , mungkin isteri boleh guna strategi whatsapp guna ayat yang baik - baik , memuji , beri perangsang supaya suami sedar tentang keperluan menjalankan tanggungjawab berpuasa .
5. Sediakan Hidangan Kegemaran
Si isteri boleh umpan suami dengan menu berbuka dan bersahur yang disukai suami sambil berdoa semoga Allah memberi rahmat dan membukakan pintu hati suami untuk berpuasa .
6. Sahur Pada Waktu Kecemasan
Cuba kejutkan suami pada waktu yang agak lewat untuk bersahur anggaran setengah jam sebelum imsak . Biasanya lelaki ni memang liat sikit bila suruh bangun sahur . Mungkin juga si isteri boleh bawakan makanan / minuman ke tempat tidur suami .
7. Berdoa
Sekiranya semua usaha kat atas ni tak berjaya , berdoalah pada Allah agar di beri kekuatan untuk membimbing suami , sentiasa cari peluang untuk beri galakan / dorongan agar suami dapat lakukannya satu hari nanti .
Sabar Menangani
Sama ada anak - anak ataupun suami , para isteri dan ibu perlu sabar untuk mentarbiahkan mereka supaya berpuasa . Sudah tentu bukan mudah . Kalau dah biasa tak puasa , memang rasa seksa bila berpuasa . Niat kerana Allah dan tawakkal , insha Allah dipermudahkan oleh Nya .
0 comments:
Post a Comment