Resepi Raya Biskut Gajus
Resepi Raya Biskut Gajus | Kacang gajus ni rangup dan lemak rasanya . Tapi ada orang yang tak berani makan kacang gajus sebab kajian mengatakan bahawa kacang gajus boleh matikan sel otak . Denga perkatan mudah , boleh jadi bodoh kalau makan kacang gajus .
Resepi Raya Biskut Gajus
Biskut gajus ni boleh dikatakan biskut legend .
Dari zaman kecik sampai la ni masih ada .
Cara buat biskut gajus juga mudah dan ringkas
Cawan penyukat
Bahan-bahan :
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula halus
1bijik kuning telur
Sedikit esen vanila
Kacaukan guna senduk bagi sebati
Masukkan 1 sb susu tepung .
yang tak makan susu boleh ganti serbuk badam .
1/2 sb tepung beras
dah tak yah guna emplek
kacau rata
1/2 cawan cornflakes di blender halus
boleh ganti nestum atau gajus sangai dan blend
1 3/4 cawan (3/4 tu hampir penuh cawan )tepung gandum
1 sb serbuk penaik ayak dulu
Masukkan sikit-sikit sambil uli.
Doh dah siap cantek licin
Ok sediakan kelengkapan menggelek
Tray
Gelas
Tepung
Dan doh
Gelek sedang-sedang , nipis dan cetak
Tray
Gelas
Tepung
Dan doh
Gelek sedang-sedang , nipis dan cetak
cetak buah gajus yang cute hehe
Sapu kuning telur dan letak gajus diatasnya .
Panaskan oven suhu 170 api atas bawah
rak no 2 dari bawah kalau oven besar
rak no1 dari bawah kalau oven kecik
dan bakar 20 minit
0 comments:
Post a Comment