Resepi Ringkas Sardin Gulung Ramadhan
Resepi Ringkas Sardin Gulung Ramadhan | Sardin merupakan makanan dalam tin sama ada ikan ataupun sotong . Pelbagai jenama sardin di pasaran . Jenis ikan yang dijadikan sardin adalah ikan tuna dan makarel sama ada bersaiz besar dan juga kecil . Ikan dan sotong ini dimasak bersama sos tomato sehingga tulang ikan menjadi lembt sebelum ditinkan .
Resepi Ringkas Sardin Gulung Ramadhan
Bulan ramadhan ataupun puasa selalunya memerlukan sajian yang ringkas sebagai pembuka selera . Ini kerana masa yang suntuk untuk menyediakannya . Petang ini , apa kata anda cuba resepi sardin gulung ramadhan yang ringkas ini tetapi tetap menyelerakan untuk dimakan .
Bahan Membuat Kulit
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin/butter
Sikit garam
Air sejuk dari peti ais
Caranya:
Gaul sikit garam dengan tepung gandum. Pastu masuk marjerin dan gaul rata dengan tangan sampai jadi serbuk roti. Masukkn air sikit-sikit sampai doh tak lekat di tangan, tapi jangan terlalu lembik atau keras. Rehatkan kejap doh dalam 15 minit. Tutup dengan kain bersih.
* 1 adunan doh boleh dapat dlm 16-17 biji sardin roll
Bahan Inti
1 tin sardin
Bwg merah
Garam
Gula
Jus limau
Caranya:
Tumis bawang merah potong dadu /mayang halus sampai naik bau dan kekuningan. Masuk sardin kacau kejap. Masuk sikit garam, gula ,jus limau. Tambah sikit air dan biar kuahnya agak kering , masak api perlahan.
Ambik doh tadi dan bulat2 kan kecil dan canai nipis
*1 adunan doh boleh dapat dalam 16-17 biji sardin roll
*1 adunan doh boleh dapat dalam 16-17 biji sardin roll
Letak sikit inti sardin dan kelarkn sikit maacm dalam gambar .
Dan gulung perlahan dan ketat, tutup bahagian tepi dengan picit sikit dengan tangan .
dah boleh digoreng .
Goreng dengan api sederhana. jangan kuat nak elak gelembung .
Agak kuning dan garing boleh angkat .
0 comments:
Post a Comment