loading...

Resepi Mudah Kek Vanilla Nutella


Resepi Mudah Kek Vanilla Nutella | Nutella merupakan sejenis jem yang berasaskan coklat . Nutella bukan sekadar dioleskan di atas roti , tapi boleh menghasilkan pelbagai resepi lain seperti aiskrim , puding dan brownies juga . 

Resepi Mudah Kek Vanilla Nutella

Resepi Mudah Kek Vanilla Nutella 


Kali ini , apa kata anda gunakan nutella untuk buat kek marble nutella pula . Mari kita tengok bahan-bahan dan cara membuat Kek Vanilla Nutella sebagaimana di bawah .


Bahan-bahan : 

250 gram butter LURPAK 
250 gram tepung gandum *
1 sudu besar ovalette
1&1/2 sudu besar baking powder *
145 gram gula halus
4 biji telor AA
1 sudu besar essen vanila or vanilla powder 
1/2 cawan susu full milk
2 sudu besar ( sudu makan ) nutella 
2 sudu besar ( sudu metric) coco powder


Resepi Mudah Kek Vanilla Nutella

Cara-cara membuatnya :

1- Bahan bertanda * diayak 2 kali 

2- Satukan butter dan gula juga ovlette . Pukul hingga putih berkrim ( high speed) .

3- Masukkan telor satu demi satu and beat till fully and all combine .

4- Masukkan vanilla powder atau vanilla essen .

5- Masukkan tepung berselang seli dengan susu sehingga habis .

6- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian - 

  • Satu bahagian di biarkan plain  
  • satu lagi bahagian di campurkan nutella and coco powder ( sebatikan dalam adunan )
7- Sapu sedikit butter pada loyang and lapik baking paper di dasar loyang 

8- Marblekan adunan secara free style  .

9- Bakar 150'c @ 160'c selama 45 minit atau sehingga masak 
( guna api bawah sahaja then 10 minit terakhir baru on api atas bawah )
* cara ni untuk elak permukaan atas kek pecah/ rentung / membukit .



1 comment:

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan